Saturday, July 24, 2010

Kesenangan Itu.. Memerangkap

Sabtu, 24 Julai 2010.

Salam..

Baru ada internet balik. Cepat-cepat tulis blog. Takut-takut kejap lagi dah tak ada balik. Tak mau tangguh lagi. Sebenarnya, banyak lagi dalam list site-wajib-tekan kalau online. Tapi, sabar dulu. Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Rasa senang itu perangkap.

Kesenangan itu memerangkap..


Jordan Tak Best, Susah


Banyak kali dengar mahasiswa-mahasiswa universiti cakap pasal Jordan.
Susah..
Tak praktikal..
Tak sistematik..
Tak ada cuti..

Tapi, try dulu baru tau. Orang boleh cakap macam-macam pun ramai yang dengar-dengar cerita juga. Kadang-kadang yang 'pum-pam' lebih tu tak pernah rasa pun. Tokok tambah je lebih.

So, datang dulu. Rasa sendiri.

Tak macam orang cakap. Semua ok. Duit tak ada masalah. Cuti boleh jalan mana-mana kalau save lebih sikit. Exam online saja. Bertulis pun multiple choice. Baca nota-nota confirm dapat score.

Pergi jamiah (universiti), balik lepak saja. Yang ada internet kat rumah, buka laptop, skype dengan family, kawan-kawan, member-member sekolah dulu, bilik sebelah pun nak pakai ym. Senang.

Er.. tak macam cerita-cerita kat Malaysia. Senang je duduk sini. Mana ada tak best. Mana ada susah.


Gambar mula-mula sampai JUST.


Senang tu Menyusahkan


Bukan nak buat keling. Bukan nak buat konspirasi. Bukan nak putar belit makna bahasa 1Malaysia kita. Tapi, tu adalah hakikat study kat Jordan.

Hidup senang. Banyak cobaan..

Pergi kelas pagi. Petang balik, online. Malam, rehat-rehat, tengok drama jepun. Dekat-dekat exam baru rasa nak buka buku. Jadual tipikal sem 1 dan 2.

Masuk summer sem, tiap-tiap hari ada kelas. Tak boleh buat macam dulu dah. Kalau buat, tak payah nangis la kalau dapat markah kurang separuh. You deserve that. Lain lah kalau genius tahap enstain. Tapi, genius kalau malas aku yakin pasti akan kecundang jua.

Teringat pesan senior, "It's not about how genius you are, but how hard working you are. InshaAllah, Allah tengok usaha, bukan tengok natijah."

Usaha ada, tawakkal ada, inshaAllah result ada.

Memang betul. Jordan susah. Tapi bukan susah sebab belajar tak best. Sebab hidup senang sangat sebenarnya. Kesenangan tu la dugaan dia kat sini.

Bukan senang nak susah, tapi bukan susah nak susah. Senang tu la yang menyusahkan nak jadi senang. Sebab benda senang ni susah mula-mulanya. Paham ke tak ni? Haha..


Extraordinary from Ordinary


Benda luar biasa dicipta oleh orang biasa yang bertindak dengan luar biasa. Sebab?

Kesusahan tu melahirkan orang yang berjiwa kental dan tabah. Contoh banyak. Pilih la mana-mana. Yang dekat ada, yang jauh pun ada.

Mak ayah saya, dulu masa kecil tolong datuk nenek menoreh getah. Naik turun gunung dua tiga kali sehari perkara biasa. Pergi bendang, masuk hutan tiap-tiap hari. Masa tu, umur baru tujuh lapan tahun.

Alhamdulillah, banyak saya belajar dari mak ayah. Ayah suka motivate, mak tempat bermanja.

Rasulullah SAW, mula-mula berdakwah. Bukan senang. Susah sangat-sangat. Kat Mekah, kena tindas dengan Quraisy. Pergi taif kena baling batu. Sampai empayar Islam sebesar dua pertiga dunia. Semua tu berhasil dengan kerja keras.

Warren Buffett, pengerusi dan CEO Berkshire Hataway, salah seorang investor dan pengusaha yang paling berjaya di dunia. Beliau adalah saingan Bill Gates dalam carta orang paling kaya di dunia selain Carlos Slim. Masa zaman kanak-kanak, pernah menjual gula-gula getah, Coca-cola dan juga majalah mingguan dari rumah ke rumah.

Bersusah-susah dahulu, senang-senang kemudian.

Study pun macam tu juga. Study awal-awal, last last senang.


Jangan buang masa.. :)

Monday, July 5, 2010

Umrah dalam Summer

Isnin, 05 Julai 2010.


Salam..

Alhamdulillah. Tiada kata secantik bahasa dapat diucapkan. Kesempatan mengerjakan umrah pada 28 Jun hingga 3 Julai lepas amat-amat berharga. Tak sangka pula dapat peluang pergi tanah suci, Haramain (dua tanah suci) secepat ini. memang dalam perancangan nak pergi dalam masa study kat Jordan ni. Tapi tak terfikir pula masa 1st year. Memang barakah bumi syam. Bumi anbia'. Alhamdulillah..



Panorama Madinah dan Mekah


Sampai di Madinah selepas 24 jam naik bas. Sehari. Serius tak tipu. Sehari dalam bas. Sakit-sakit belakang benda biasa. Memang dah biasa naik bas lama-lama sejak form 1. Tapi ni la paling lama setakat ni.

Dari Irbid ke Aqabah. Terus ke Tabuk. Sampai di Madinah.

Adat bermusafir. Ulama'-ulama' dulu-dulu pun merantau pusing-pusing dunia. Merentas dua tiga benua. Semata-mata nak cari tok guru. Sanggup berjalan kaki, naik unta berbulan-bulan.

Dugaan pertama.

Sampai di Madinah. Bandar Islam yang diasaskan Rasulullah SAW. Canggih, banyak bangunan tinggi-tinggi, rata-ratanya hotel. Dari hotel kecil-kecilan dekat pinggir-pinggir kota Madinah sampai Starbucks kat luar pagar Masjid Nabawi, semua sibuk dengan promosi-promosi masing-masing nak tarik haj dan hajjah yang datang. (orang saudi panggil kami haj/hajjah walaupun datang untuk umrah je)

Memang pesat membangun. Tapi sehebat manapun pembangunan, semaju manapun perniagaan, seruan azan memang ditaati penduduk sini.

Time azan, pintu-pintu besi kedai semua berbunyi. Dengar azan, tutup kedai. Pergi solat. Lepas solat, buka balik.

Yang ini memang saya respek. Tak ada polis nak halau pergi solat. Tak ada pulak 'unit menutup kedai masa solat'. Semua sensitif. Azan, tutup kedai, pergi solat dulu. Alhamdulillah. Sejuk hati tengok.



"Wahai orang-orang yang beriman, apabila telah dipanggil untuk solat pada hari Jumaat, maka bergeraklah untuk mengingati Allah dan tinggalkan jual beli. Itulah yang terbaik bagimu, jika kau mengetahui."
-Al-Jumu'ah, Ayat 9.


Memang pesanan Rasulullah mereka ingat betul-betul. Kalau marah, Sollu ala Nabi.. Sollu ala Nabi.. cepat-cepat selawat.


Bangunan-bangunan hotel dan pasaraya depan Masjid Nabawi.



Cuaca


Cuaca memang panas dan berhaba. Pernah kawan Saudi saya di JUST komplen pasal ni. Tapi memang luar jangkaan, suhu mencecah 50 degree. Angin ada, tapi hangat. Matahari pula sangat terik. 

Memang ujian terbesar.

Ada hikmahnya, tak ada la nak keluar jalan-jalan, shopping walaupun barang memang murah, tak ada cukai. Lebih baik stay kat masjid. Sejuk. Air cond 24 jam. Iktikaf pun dapat pahala kalau malas sangat nak baca Quran atau solat sunat.

Tidur di masjid memang jadi 1st choice. Hotel? Buat simpan barang je. Haha..


Masjid Nabawi, Madinah. Makam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar di dalamnya.


Masjid Al-Haram, pintu masuk Malik Fahd.


Masjid Quba', masjid pertama dibina Rasulullah.



Orang-Orang 


Tak ramai orang Saudi yang saya jumpa sepanjang kat sana. Lagi ramai orang luar rasanya. Bila tanya, orang Iran. Orang Yaman. Orang Kashmir. Orang Indonesia. Orang Malaysia.

Semua datang buat umrah. InshaAllah, mabrur..

Pernah sekali ada sorang brother Iran ni tengok kami sembang-sembang dalam Masjid Nabawi sambil-sambil tunggu dhuha. Kami pun bagi la salam. Dia jawab.

"What language are you speaking?" dia tanya terus.

Kami pun cerita pasal Malaysia dengan Bahasa Melayu dengan bangsa Melayu, Cina, India dan macam-macam lagi.

"I heard more than 10 different language today," dia cakap. Seronok katanya dengar macam-macam bahasa.

Dalam ramai-ramai orang tu, sure ada la yang tak sedap mata memandang. Benda ni normal. Yang berebut-rebut nak solat kat Raudhah. Yang tolak-tolak time naik bas, tak sedar perempuan. Bukan kita tak boleh nak bagi. Yang bergaduh pasal nak ambil air zam-zam sampai polis datang. Macam-macam..

Yang penting semua diikat dengan La Ilaha Illa Allah..
Alhamdulillah..