Monday, August 23, 2010

Puasa Yang Yok??

19 Ogos 2010.
(post ni dah tertangguh selama 4 hari sebab blogger.com diblock seketika di Jordan) 


Salam..


Sudah seminggu Ramadhan dilalui. Sekarang dah masuk hari ke-9.

Puasa apa cerita?
Solat dan qiam macam mana?
Sedekah dan zakat bagaimana?

Soalan-soalan lazim ditanya di bulan Ramadhan.



Bulan Ramadhan, Bukan Setakat ‘Bulan Puasa’



Bulan Ramadhan, bukan bulan puasa. Jangan sempitkan skop kepada puasa saja.


Memetik kata-kata Tuan Guru, kita panggil bulan ni dengan nama Ramadhan sebagaimana Allah panggil. Bukan bulan puasa.


Sangat setuju dengan pendapat Tuan Guru ni. Asal bulan Ramadhan je, bulan puasa. Lazim, ingat puasa. Senang cerita, kerja-kerja terus jalan macam biasa, tambah tak makan dan tak minum. Ini silap kita.


Itu yang jadi puasa tapi tak solat. Sebab memang selalunya pun tak solat.


Itu yang jadi puasa tapi mengumpat sana, mengumpat sini, mencarut sana, mencarut sini. Sebab memang selalunya mulut dok sebut benda-benda gitu.


Itu yang jadi puasa tapi malam-malam clubbing sana, clubbing sini. Sebab memang tiap-tiap hari lepas kerja selalu pergi lepak sana. Tarawikh? Tu sunat aje. Pandai jawab.


Macam biasa. Kerja tetap jalan.Hidup macam biasa. Janji tak makan, tak minum siang hari. Kalau tak kena tangkap dengan jabatan agama. Nampak? Gitu ke puasa?


Puasa sebab nak kurus kot.. Er.. Ada?


Ramadhan Kareem. Ramadhan ni bulan tarbiyah orang kata. Kalau sakit hati sangat pun nak dengar tarbiyah.. tarbiyah.. senang cerita ‘bulan nak mengajar jadi manusia’. Kadang-kadang kita tak boleh dengar orang cakap pasal tarbiyah ni. Asal dengar “tarbiyah”, mind set kita, ni mesti budak ni nak ceramah aku ni. Asal dengar “sama-sama kita berusaha ke arah iman dan amal”, mind set kita, ni budak tabligh mana ni.


Betul tak? Susah kalau hati tu dah gelap sangat. Orang tegur, semua benda tak nak dengar. Astagfirullah.. Banyak-banyak istighfar.


Ok. Dalam masa sebulan ni tolong hormat hukum-hukum Allah. Jangan kasi Allah murka dalam bulan pengampunan ni. Orang nak kasi ampun, kita buat kurang ajar. Patut ke? Langsung tak munasabah rasanya.


Ramadhan bukan setakat puasa saja. Tolak tepi istilah ‘bulan puasa’. Masa Ramadhan nilah kita nak baiki diri. Yang jarang solat sunat, ikut solat tarawikh. Yang susah nak puasa sunat, kita puasa, wajib lagi tu puasa Ramadhan ni. Yang kurang sedekah, kita banyakkan sedekah. Zakat fitrah tu pun macam sedekah, malah wajib lagi tu.


InshaAllah, kalau buat dengan ikhlas, azam nak baiki diri, rasa nak bertaubat, benda-benda yang kita dok amal time Ramadhan ni akan jadi biasa masa bulan-bulan lain. Dengan izin Allah. Bertepatan dengan firman Allah,





“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

Surah Al Baqarah, 183.


HA! Itu tujuan puasa kita sebenar. TAQWA. Agar kamu bertaqwa.


Bukan agar kamu kurus.
Bukan agar kamu sihat.
Bukan agar kamu lapar dan dahaga. Jimat, tak payah makan minum.


Tapi, agar kamu bertaqwa.


Nak kurus exercise la tiap-tiap hari. Nak sihat, main bola selalu. Nak jimat, bukan sampai berlapar caranya.


Nak capai tujuan sebenar puasa Ramadhan ni bukan sekadar cakap di mulut. Kena buktikan dengan amalan, tambah ikhlas di hati. Saya pun tak pasti mampu capai atau tidak, tapi sama-samalah kita berusaha.


Ramai orang puasa, tapi setakat dapat lapar dan dahaga. Nauzubilahi min zalik.


-Peringatan untuk diri sendiri dan anda semua.



Nak Tegur, Tegur Terus



Saya tegur-tegur macam baik sangat ni bukan apa. Malam ni saya belajar satu benda berharga.


Pertama kali solat di Masjid Al Banna di Wastil Balad. Saya solat sebelah seorang pak cik tua ni. Semasa solat isaya’ kelihatan tak sedap duduk. Lap sana, lap sini. Memang cuaca malam ni agak panas, angin pun memang agak hangat.


Masuk solat tarawikh, dia nampak agak marah. Tapi terus solat. Sampai habis empat rakaat solat tarawikh, imam bangun nak bagi tazkirah. Belum pun sempat tazkirah, pak cik sebelah saya ni bangun, terus bising-bising.


Saya sebenarnya tak ada la paham sangat apa yang diemokan pak cik ni. Tapi, ada beberapa point yang saya agak-agak dapat tangkap.


Dia tak puasa hati kipas perlahan sangat. Air cond slow sangat. Panas, nak solat pun tak khusyu’.


Orang lain semua pandang muallim ni. Tapi, tak ada yang bising. Hentam balik dia ni. Memang panas pun. Orang lain semua berpeluh-peluh, saya pun sama. Tapi pak cik ni sorang je berani, terus bangun, complain pasal kipas sekali dengan air cond.


Saya respect sungguh pak cik ni. Rata-rata arab memang gitu. Kalau ada masalah, berani, terus tegur. Tak cakap-cakap belakang. Tak ada nak buka mulut lepas nasi jadi bubur.


Satu lagi, orang lain tak ada nak hentam balik. Tak ada nak ‘boo’. Semua dengar. Padahal masalah kecil je. Kalau kita, “Alah, dia ni nak bising apa? Aku pun panas juga.”


Last sekali, imam suruh orang lain bagi ruang kat pak cik ni duduk di saf depan sebab kat depan dekat sikit dengan air cond.


Dia berani complain dia dapat duduk sebelah air cond. Untung.


Tapi, ada juga kurang adab. Yang ni kita tak payah la ikut.


Orang Melayu, nak tegur memang kena jaga hati. Sibuk sangat jaga hati sampai semua benda tak jadi. Nak tegur kawan, takut kena panggil skema. Nak tegur adik beradik, takut kena panggil kurang ajar. Nanti nak tegur bini pun, takut. Takut bini merajuk.


Tu semua DAYUS namanya. Jaga hati tak bertempat.



Wallahua’lam. Wasalam..

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Kareem

9 Ogos 2010.

Salam..

Ramadhan menjelang jua. Teringat hari pertama puasa dulu-dulu. Masa kecil, first time saya puasa separuh hari je. Masa tu darjah satu.. ke.. darjah dua er? Ahaha.. teruk betul la kalau darjah dua pun puasa tak larat. Pra sekolah agaknya.

Bukan tak tahan. Sengaja buka. Nampak lauk daging atas meja. Amek, ngap. Lepas tu terus tak puasa sampai raya. Time raya seronok mengalahkan orang puasa. Pra sekolah tu. Tak mumaiyiz lagi. "-.-


Ramadhan Kedua di Jordan


"Tahun ni raya di Jordan," Ustazah Fatahiyah, coordinator Middle East Programme (MEP) bagi pengumuman kat depan semua student INTEC tahun lepas. Semua tepuk tangan, ntah seronok ke apa ntah. Budak-budak Mesir mula la buat point nak kenakan kami. Pasrah.

Tapi, Allah juga menentukan, kami fly sekali. Maka riuhlah seluruh pelajar tanah Arab, gara-gara tak dapat raya dengan family. Lebih tepat, Allah Maha Adil. Semua sama. 12 September 2009, kami berlepas dengan meninggalkan tanah air yang tinggal seminggu lagi nak raya.

Berpeluang Ramadhan seminggu di Jordan, langsung raya di sana satu pengalaman yang singkat. Rasa berkat bumi anbia'. Time buka puasa ada sahaja senior ajak makan. Boleh kata, seminggu terakhir Ramadhan tu tak ada lah duit keluar sampai berpuluh-puluh dinar.

"Kalau macam ni, tiap-tiap bulan, bulan puasa pun tak apa." Makan free punya pasal.

Itu cerita dulu.

"Allahumma ballighna Ramadhan.."

Hampir setahun berlalu, Selangkah demi selangkah. Masa yang pantas berlalu hingga tak terasa pun berada di bulan Ramadhan semula. Ku mengharap Ramadhan kali ini penuh makna. Err.. ayat nasyid.

Esok bulan Ramadhan menjelang lagi. Ramadhan kedua di bumi Jordan. Sekarang tengah-tengah summer. Tambah lagi seminggu dua lagi exam final summer semester. Dugaan.. Dugaan..

Pagi kelas sampai tengah hari. Balik universiti confirm penat, panas. Tengah puasa pula tu. Memang tidur pun sedap. Malam pula tarawikh. Study bila?

Haish.. inshaAllah ada masa. Ibadah tak patut jadi alasan. Ada la hikmahnya tu. tak kasi lagho sangat la tu. Ya Allah, berilah kekuatan.


Antara iftor pertama di Jordan.


Matlamat Ramadhan



Abu Hurairah -radhiyallahu ‘anhu- berkata,



“Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- naik ke atas mimbar seraya bersabda :


“Amiin…amiin…amiin”. Beliau ditanya, “Wahai Rasulullah, engkau tidak pernah melakukan seperti ini”. Beliau menjawab, “Jibril -alaihis salam- berkata kepadaku, “Semoga kecelakaan bagi seorang hamba yang didatangi oleh bulan Ramadan, namun tidak diberi keampunan”, maka saya pun berkata, “Amiin”. [HR. Ibnu Khuzaimah dalam Shohih-nya (3/192), Ahmad dalam Al-Musnad (2/246 & 254), dan Al-Baihaqiy dalam As-Sunan (4/204). Dishohihkan oleh Al-Albaniy dalam Shohih Al-Adab Al-Mufrod (646)]


Tahun ini, telah diset dalam kepala, matlamat Ramadhanku:


1. Banyak-banyak doa dan istighfar. Bulan Ramadhan, bulan penghapus dosa.


2. Tinggalkan banyak buang masa. Bulan Ramadhan, jin-jin dan setan-setan diikat. Masa ni la nak ajar nafsu, jangan mengada-ngada sangat.


3. Banyak qiamullail. Ada satu malam menyerupai seribu malam, Lailatul Qadr. Harap-harap dapat bertemu dengannya.


4. Khatam Quran, tapi tahun ni sekali dengan terjemahannya. Bulan Ramadhan bulan Al Quran.

Umrah Ramadhan menyerupai Haji bersama Rasulullah SAW. Yang ini inshaAllah jika bertemu lagi di Ramadhan akan datang.

Tahun ini, gua balik raya kat Malaysia. Alhamdulillah..


Benda paling best buat moreh, halawiyat.


Macam Epilog: Dia Datang Bersama Ramadhan


Aku tak tahu kenapa sekarang. Aku masih keliru.

Aku tak tahu kenapa dia datang sekarang. Aku buntu.

Kuserahkan segala padamu, Ya Tuhanku.

Aku syukur banyak-banyak ke atas kehadirannya dalam hidupku. Mengajarku erti hidup pada memberi dan berjasa barangkali.

InshaAllah dia akan membuatkan hidupku lebih bermakna selepas ini barangkali.

Mungkin dialah yang kutunggu-tunggu untuk merubah segala-galanya dalam hidupku. Menjadikanku lebih sempurna barangkali.

Namun,

Adakah aku bersedia menerimanya? Aku pun tak tahu.

Adakah aku bersedia menjaganya? Aku pun tak tahu.

Dia datang pada waktu yang agak genting. Datang tanpa kupinta. Tapi mungkin selama ini, dialah yang akan mengenalkanku kepada dunia. Ya, mungkin dia.

Segala-galanya akan terjawab dalam tempoh Ramadhan ini, inshaAllah.

Sama ada layakkah aku untuknya. Bantulah istikharahku ya Allah..


"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah, Ayat 183)


Wallahua'lam.. Wasalam..

Sunday, August 1, 2010

Saya Anak Mak dan Ayah

31 Julai 2010.


Salam


Lega rasanya dapat pindah ke rumah baru. Alhamdulillah, semua barang dah angkat. Buat majlis solat hajat, makan-makan sikit-sikit semalam. Tapi lupa pula nak ambil gambar. So, tak adalah gambar majlis tu nak dikongsi di sini.


Nak cari rumah ni bukan senang. Kena pusing-pusing tempat sama dua tiga kali dengan bawa kamus bahasa arab, ambil nombor telefon sana, ambil telefon sini, ada salah faham sikit dengan syarikat cari rumah, dan macam-macam lagi. Last sekali dapat rumah ni. Walaupun mungkin ada masalah sikit dengan bil air. Tapi, saya puas hati dengan respon kawan-kawan.  


Terima kasih banyak-banyak sebab datang walaupun ada yang sibuk dengan exam lagi esoknya. Thanks for compliments.




Nak Lentur Buluh Biar Dari Rebung




Ok. Dulu-dulu saya tak faham-faham apa maksud lentur ni. Kenapa buluh? Susah sangat ke kerja tu? Saya sebenarnya, bukan suka sangat bersastera, berperibahasa. Apatah lagi bersajak macam kawan saya, si hazen ni. Ada peribahasa yang saya pakai, ada yang saya kurang setuju.


Fikir punya fikir memang betul “melentur buluh biarlah dari rebungnya” ni. Buluh ni keras. Bukan senang nak bengkokkan. Silap step nak lentur boleh patah. Jadi, kenalah mula dari kecilnya lagi. Mula dari rebungnya. Bila dah besar terus saja membengkok.


Sama juga dengan manusia. Dari kecil kena bagi asuhan dengan betul. Silap ajar jadi kurang ajar. Betul?  Bukan tak boleh nak ajar bila dah besar. Boleh, tapi susah. Bila dah besar, jiwa dah remaja, nafsu pun dah tahap kuda, terpukul sikit lari rumah jadinya. Dari kecil ajar, inshaAllah tak ada masalah.


Saya sebenarnya ternampak seorang ayah sedang lepak-lepak dengan anak dekat masjid tadi. Tengah-tengah sembang-sembang, ayah dia suruh tasmi’. Tasmi’ tu maksudnya baca Quran secara bertalaqi. Talaqi tu pula baca berhadapan dengan guru secara ‘lutut bertemu lutut’. ‘Lutut bertemu lutut’ tu pula.. haish.. face to face orang kata.


Ok.. ok.. balik cerita asal. Pak cik tu suruh anak dia baca Quran. Dia dengar. Si anak tu pun bacalah dengan perlahan-lahan. Ayah dia tegur, “Kuatkan suara sikit”. Si anak ni pun bacalah dengan kuat sikit.


Saya terharu. Teringat zaman dulu-dulu, masa mak dan ayah saya ajar kami mengaji ramai-ramai lepas maghrib. Nasib baik kecil-kecil mak ayah dah ajar, kalau tak memang saya tak pandai baca Quran. Mak ayah saya punya sistem, sebelum darjah 6 dah khatam baca dengan mereka. Sebab lepas UPSR dah masuk asrama. Bila lagi nak ajar? Hebat mak ayah saya sebenarnya. Memang betul cara tu.


Dalam hal didik anak-anak ni, saya respect betul Negara Jepun. Ada satu post yang digelar family consultant terlibat dalam memberi nasihat dalam membesarkan anak-anak. Khidmat mereka bukan dicari oleh keluarga, tapi mereka sendiri mencari keluarga-keluarga yang mempunyai anak dan memerhati perkembangan asuhan anak-anak tersebut.


Nasihat mereka bukanlah selalu diterima semua ibu bapa, tapi tugas tetap diutamakan mereka. Begitulah pentingnya generasi-generasi muda seawal bayi pada pandangan mereka.


Mereka rata-ratanya bukanlah Islam. Tapi tahu sahaja menjaga anak sebaik-baiknya. Malah lebih elok dari sesetengah ibu bapa Islam walaupun hal tersebut memang diwajibkan ke atas semua ibu bapa.



Sesungguhnya Abu Hurairah menceritakan bahwa Nabi bersabda,
"Tidak ada anak yang dilahirkan, kecuali dilahirkan atas kesucian. Dua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi sebagaimana binatang itu dilahirkan dengan lengkap. Apakah kamu melihat binatang lahir dengan terputus (hidung, telinga, dan sebagainya)?"



"Sungguh kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baknya."
Surah At-Tin, ayat 4.


Lebih memalukan, kes-kes mendera anak, lebih teruk membuang bayi amat berleluasa dalam kalangan umat Islam di Malaysia, dengan lebih tepat orang Melayu. Saya lebih suka untuk menyandarkan, perbuatan-perbuatan tersebut kepada orang Melayu, bukan orang Islam kerana Islam tidak pernah mengajar perbuatan-perbuatan sedemikian rupa. Minta maaf.


“Religion is not culture. And culture is not religion. Becoming a Muslim doesn’t mean you Arabise or Pakistanise yourselves,” kata Dr. Tariq Ramadhan ketika diminta mengulas mengenai Islam di UK.


Begitulah jua dengan beberapa perkara salah yang dilakukan sesetengah bangsa. Janganlah menghukumnya atas dasar Islam walaupun dia adalah seorang Muslim. Ini tidak adil. Ajaran adat resam adalah berlainan dengan ajaran agama walaupun ada persamaan contohnya dalam segi menyuruh membuat kebaikan.



 Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang akan mencorakkannya.




Kenapa Mak tak Suruh Dulu?



Saya ada seorang kawan. Mula-mula jumpa masa dekat DQ tapi tak pernah tegur masa tu. Sebab course lain. Lagi satu selalu lepak-lepak dengan member dia yang dah habis hafal.


“Kerek sungguh mamat-mamat ni.”


Tak ada lah. Gurau.. Gurau.. Sebab mereka ni dah habis. Agak jealous di situ.


Time interview saya jumpa dia ni lagi, bilik interview sama.


Masuk preparation dekat INTEC, jumpa dia ni lagi, bilik sama pula tu. Tengok jadual, kelas sama la pula, MEJ 1.


Dekat Jordan, rumah pun sama. Dah pindah masuk rumah baru ni, ada juga dia ni.


Dari dulu asyik sama saja..


Tapi ada satu benda tak sama. Dia hot. Ramai da try taqdim tapi tak dapat. Taqdim tu cop maksudnya. Nama beliau tak perlulah saya sebut. Hehe..



Saya selalu dengar orang cakap,

“Apsal la mak aku tak hantar masuk tahfiz. Kalau tak mesti aku pun hot macam Sale.”

“Rugi la aku masuk MMTD. Kalau masuk MTS mesti dah masuk 30 juz dalam kepala.”

“Apsal la ayah aku tak hantar masuk RMC. Kalau tak mesti dah tough badan aku.”

“Apsal ayah aku tak campak aku kat laut dulu. Kalau tak mesti dah pandai berenang.”

Macam-macam lagi.



Saya pun kadang-kadang terfikir benda sama. Suka sangat menyesal benda-benda yang dah lepas. Tak bagus sebenarnya. Lagi teruk nak salahkan asuhan ibu bapa.


Sebenarnya, tiada cara yang khusus nak didik anak-anak. Tak ada pula patut hantar masuk sekolah mana-mana. Semua ikut aturan mak ayah masing-masing dan kehendak anak-anak.


Lupakan masa lalu. Fikirkan masa depan.


Kalau kita dah terlepas peluang. Jangan biarkan generasi masa depan menyesali perkara yang sama.

Kalau kita terlepas nak bergelar hafiz seawal usia remaja, asuhlah anak mengaji sejak kecil.
Kalau kita rasa susah nak baca paper atau buku, ajar anak membaca benda berfaedah sejak kecil.
Kalau kita rasa rugi tak belajar berdebat di zaman sekolah dulu, suruh anak masuk team debat di sekolah.


Saya respect sungguh ayah kawan saya tadi. Menurutnya, ayah dia bukanlah seorang yang arif dengan Quran, juga bukan seorang hafiz. Tapi dia hantar anaknya masuk sekolah tahfiz. Dengan hasrat agar anaknya menjadi hamlatul Quran yang berbakti kepada masyarakat, seorang doktor pula tu. Ini contoh bapa mithali. Seorang ayah yang berpandangan jauh.


Ramai orang fikir kenapa tak bermula dari dulu. Sedikit orang fikir kenapa tak bermula dari sekarang. Lagi sedikit orang berfikir kenapa tak bermula sekarang untuk masa depan.



Lenturlah sejak kecil.




-Catatan untuk masa depan.



Wallahua’lam. Wasalam..