Salam..
Baru ada internet balik. Cepat-cepat tulis blog. Takut-takut kejap lagi dah tak ada balik. Tak mau tangguh lagi. Sebenarnya, banyak lagi dalam list site-wajib-tekan kalau online. Tapi, sabar dulu. Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Rasa senang itu perangkap.
Kesenangan itu memerangkap..
Jordan Tak Best, Susah
Banyak kali dengar mahasiswa-mahasiswa universiti cakap pasal Jordan.
Susah..
Tak praktikal..
Tak sistematik..
Tak ada cuti..
Tapi, try dulu baru tau. Orang boleh cakap macam-macam pun ramai yang dengar-dengar cerita juga. Kadang-kadang yang 'pum-pam' lebih tu tak pernah rasa pun. Tokok tambah je lebih.
So, datang dulu. Rasa sendiri.
Tak macam orang cakap. Semua ok. Duit tak ada masalah. Cuti boleh jalan mana-mana kalau save lebih sikit. Exam online saja. Bertulis pun multiple choice. Baca nota-nota confirm dapat score.
Pergi jamiah (universiti), balik lepak saja. Yang ada internet kat rumah, buka laptop, skype dengan family, kawan-kawan, member-member sekolah dulu, bilik sebelah pun nak pakai ym. Senang.
Er.. tak macam cerita-cerita kat Malaysia. Senang je duduk sini. Mana ada tak best. Mana ada susah.
Gambar mula-mula sampai JUST.
Senang tu Menyusahkan
Bukan nak buat keling. Bukan nak buat konspirasi. Bukan nak putar belit makna bahasa 1Malaysia kita. Tapi, tu adalah hakikat study kat Jordan.
Hidup senang. Banyak cobaan..
Pergi kelas pagi. Petang balik, online. Malam, rehat-rehat, tengok drama jepun. Dekat-dekat exam baru rasa nak buka buku. Jadual tipikal sem 1 dan 2.
Masuk summer sem, tiap-tiap hari ada kelas. Tak boleh buat macam dulu dah. Kalau buat, tak payah nangis la kalau dapat markah kurang separuh. You deserve that. Lain lah kalau genius tahap enstain. Tapi, genius kalau malas aku yakin pasti akan kecundang jua.
Teringat pesan senior, "It's not about how genius you are, but how hard working you are. InshaAllah, Allah tengok usaha, bukan tengok natijah."
Usaha ada, tawakkal ada, inshaAllah result ada.
Memang betul. Jordan susah. Tapi bukan susah sebab belajar tak best. Sebab hidup senang sangat sebenarnya. Kesenangan tu la dugaan dia kat sini.
Bukan senang nak susah, tapi bukan susah nak susah. Senang tu la yang menyusahkan nak jadi senang. Sebab benda senang ni susah mula-mulanya. Paham ke tak ni? Haha..
Extraordinary from Ordinary
Benda luar biasa dicipta oleh orang biasa yang bertindak dengan luar biasa. Sebab?
Kesusahan tu melahirkan orang yang berjiwa kental dan tabah. Contoh banyak. Pilih la mana-mana. Yang dekat ada, yang jauh pun ada.
Mak ayah saya, dulu masa kecil tolong datuk nenek menoreh getah. Naik turun gunung dua tiga kali sehari perkara biasa. Pergi bendang, masuk hutan tiap-tiap hari. Masa tu, umur baru tujuh lapan tahun.
Alhamdulillah, banyak saya belajar dari mak ayah. Ayah suka motivate, mak tempat bermanja.
Rasulullah SAW, mula-mula berdakwah. Bukan senang. Susah sangat-sangat. Kat Mekah, kena tindas dengan Quraisy. Pergi taif kena baling batu. Sampai empayar Islam sebesar dua pertiga dunia. Semua tu berhasil dengan kerja keras.
Warren Buffett, pengerusi dan CEO Berkshire Hataway, salah seorang investor dan pengusaha yang paling berjaya di dunia. Beliau adalah saingan Bill Gates dalam carta orang paling kaya di dunia selain Carlos Slim. Masa zaman kanak-kanak, pernah menjual gula-gula getah, Coca-cola dan juga majalah mingguan dari rumah ke rumah.
Bersusah-susah dahulu, senang-senang kemudian.
Study pun macam tu juga. Study awal-awal, last last senang.
Jangan buang masa.. :)