Wednesday, April 27, 2011

Pilihanraya : Siqah dan Izzah

Rabu, 27 April 2011.

Salam..


Pilihanraya Persatuan Mahasiswa Irbid (PERMAI), Jordan akan berlangsung dalam dua tiga hari lagi. PERMAI, persatuan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Irbid, Jordan. Semenjak nama-nama calon dikeluarkan secara rasmi sampailah sekarang, banyak sungguh kontroversi-kontroversi dan isu-isu timbul.

Time macam ni lah kita lihat tindakan dan perangai semua pihak. Calon tarik diri. JPR dikata tak telus. Sistem pilihanraya tak relevan. Yang dah mula kempen awal. Kroni. Macam-macam. Kuasa demokrasi katanya..

Apa-apa pun, saya sangat respek orang-orang yang bertindak dengan matang dan bijak. Dan juga silence is not an option. Salut..


1. Pemimpin: Siqah dan Izzah ciri utama.

Saya teringat ketika mesyuarat Intelectual Quranic Generation Club (IQRaC) semasa di DQ satu ketika dulu. Ketika dulu lah sangat. Baru dua tahun lepas. Tengah-tengah orang lain rancak bangun mencadang dan menyokong nama yang layak menyandang jawatan, bangun sorang sahabat kita ni,

"Ana bukan nak cadang nama. Tapi, sikitlah sebagai peringatan kita semua. Sapa-sapa pun yang akan naik jadi pemimpin kena sedar. Kita sebagai pemimpin ada dua perkara. Satu, Siqah. Dua, Izzah.

Siqah itu kepercayaan. Orang percaya kita boleh memimpin mereka.

Izzah itu kemegahan. Ada maruah kita yang tidak boleh digadaikan semata-mata untuk menawan hati dan undi pengikut. Ikutlah yang benar.

Ingatlah dua perkara ini."

Dia duduk. Orang lain semua senyap. Terkesan dengan kata-kata beliau. Saya panggil Abe Ja (Faizal), orang Kelantan. Sungguh bernas dan mantap. Tidak disangkal lagi, bekas peserta pidato kebangsaan.

Saya sangat setuju dengan Abe Ja.

Tapi siqah ni macam-macam orang tafsir.

Orang baik sikit kita panggil siqah.
Orang pakai baju melayu kita panggil siqah.
Orang pakai tudung labuh kita panggil siqah.

Yang saya paham, siqah = orang percaya. Kalau betullah fahaman saya tu, maksudnya penggunaan perkataan salah di situ. Pelik..

Contoh. Saya siqah dengan abang Sahel (bukan nama sebenar) untuk naik jadi Presiden PERMAI. Maksudnya, time Sahel pakai baju Melayu je saya akui dia pemimpin saya. Time dia main bola, pakai seluar track, baju t-shirt saya tak hormat dia. Tak nampak dia sebagai pemimpin kalau dia main bola.

Kalaulah siqah itu terletak pada pakaian SAHAJA..

Apa-apa hal pun, pemimpin kena siqah (orang percaya) dan mempunyai izzah sendiri.


2. PILIHanraya: Pilih pemimpin kita. Rugilah kalau ikut saja.

Adat manusia, ada orang suka, ada orang tak suka. So, tak adalah peliknya kalau time pilihanraya gini banyak fan page promote baik-baik pasal calon. Walaupun, kita tahu tak adalah dia baik sangat, etc... Tapi, bertindak matang! Orang lain sokong dia. Kita tak sokong jangan buruk-burukkan dia.

Saya like je semua page yang ada. Baca. Baik buruk kita fikir la sendiri. Hehe

Walaupun, ada orang menang politik dengan jatuhkan lawan, kita jangan ikut. Cara tak matang ni kita jangan ikut. Tak macho lah brader..

Pangkat bukan matlamat kita. Tapi faedah bersama yang kita nak capai. Kalau dia lagi baik, kita kalah, apa salahnya kita pun sama-sama sokong? Sinergi namanya. 1+1=3

So, PILIHanraya kuasa di tangan kita. Pilih orang yang kita sendiri nak. Lagi cantik kalau pilih yang benar dan sesungguhnya, yang mengikut jalan Allah itu sentiasa benar JIKA betul caranya. Bukan setakat tengok siapa yang popular sekarang. Ikut orang saja, memang rugi.


Ulya, kiri sekali. Sahabat yang baik, juga salah sorang calon tahun ni.
Lokasi: Wau Cafe, Glasgow, Scotland.


3. Tak ada jawatan, kerja tak jalan.

Selalu sangat tengok budaya sebelum dan selepas pilihanraya negara kita sendiri. Sebelum election, macam-macam janji ditabur. Itulah, ini lah. Dah lepas menang, dua tiga benda saja buat. Dari? Berpuluh-puluh janji masa kempen dulu.

Itu kalau menang. Yang kalah? Senyap saja.

Tak hairanlah kalau sikap ni ada dalam mahasiswa-mahasiswa kita. Contoh depan mata pun macam tu. Gitu lah jadinya pengikut.

Tak ada jawatan, tak ada kerja, hati senang.

Saya pernah minta dekat abang saya, Faidhi sesuatu yang boleh dikolaborasikan bersama antara PPIM dengan MMJ. Memandangkan saya ada lah position dalam MMJ buat masa ni. Rasa bertanggungjawab pula. Jawapan beliau sangat membuka mata saya.

"Dah ada jawatan baru nak buat program ye?"

Pendek tapi memang betul.

Apa salahnya, tak ada jawatan pun kita bagi sumbangan? Nak tunggu ada jawatan baru nak buat kerja memang patutlah muka sama saja yang jadi ajk kalau ada program. Bila fikir balik, mahasiswa itu sendiri satu tanggungjawab. Sebagai orang terpelajar, ajarlah orang yang tak berpeluang untuk belajar.

Benefit others saya kira dah jadi lumrah hidup kita. Orang jadi baik kita dapat faedah. Cuba kalau orang keliling kita jahat, habis kita hidup pun tak senang. Nak keluar rumah kena kejar orang gila ke.. Kena pau duit ke.. Mana aman hidup gitu.

Kawan kita paling dekat. Kubur lain-lain pun, dalam rumah bilik sebelah-sebelah. Kalau dia main api, bilik dia terbakar, bilik kita pun terbakar sama.

Cakap sikit pun dah dapat pahala. Kita tahu, tak cakap, dosa. Sama-sama kawan pun nak mencegah dengan hati ke? Lemahnya iman kita.. Kata nak berPERMAI hingga ke syurga. Orang lemah iman dengan kuat iman sapa yang masuk syurga? Jahanamkan orang lagilah, not an option. Pandai-pandailah fikir..

Selalu orang tunggu dapat jawatan baru nak jalan benda-benda berfaedah buat orang lain. Bila fikir balik, bunyi macam naif lah. Memang itu sebenarnya tugas kita sebagai manusia. Barulah kelas pertama!


Muka-muka harapan masa depan.
Gambar ketika program 'Write the Future' : Pengalaman berharga.


"Awak tahu anak-anak orang Cina, India yang study oversea buat apa bila balik cuti di Malaysia? Keluar duit sendiri, masuk dalam masyarakat, buat kerja amal, bagi manfaat dekat orang. Padahal belajar pun pakai duit sendiri. Balik cuti tapi tak cuti.

Anak orang Melayu, balik cuti pergi  Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan segala jenis tempat nak bercuti. Pakai duit biasiswa."

-Pesanan Dato Mashitah Ibrahim semasa Kursus Bina Minda di Amman, Jordan bulan-bulan lepas.

Memang betul. Kenapa kita sangat pentingkan diri?

Abang saya kata, budak-budak medic Ireland, UK balik Malaysia selalu minta nak join program PPIM. Budak medic Jordan tak dengar pula.

Dah tiba masa kita merasai erti hidup pada memberi. Bila lagi?

Sapa setuju angkat tangan macam saya... Tak de lah.


Selamat mengundi warga PERMAI.


Wallahualam, Wasalam..

Saturday, March 19, 2011

Malu Kawe

Sabtu, 19 Mac 2011


Salam..


Aku teringat masa dulu-dulu, selalu naik bas ekspress nak pergi Somap, dokek Somban nu ar. Amek bas malam, senang sket nak nanges sorang-sorang. Tak kantoi. Keh3..
Ehem. Tade lah. Aku jenis rambo. Mane penah nanges time naik bas. Skodeng budak-budak nangis atas bas ade la. Kememe..

Time abah nak hantar pegi stesen malam-malam, mesti adik aku nak ikot punye. Pastu tido time tengah tungu bas. Orang dah kata tak yah ikot, nak jugak. Bukan nye best pon. Sayang sangat kot kat abang dia yang cool ni..

Tunggu bas pulak tak sah kalo tak lebih sejam dua. Standard bas ekpress kita. Penah bas pukul 9 sampai pukul 12. Kesian abah nak pegi kerja, adik nak pegi skolah esok..

Dan tiap-tiap kali lpas turun rumah.. dekat stesen bas.. nak naik bas.. abah aku selalu pesan,

"Cek molek doh ko ticket tu? Tengok tarih nga maso. Duet boh dale molek doh ko? Nok bini pon ikut la.."

maksud dia..
["Check betol-betol dah ke tiket tu? Tengok tarikh dan masa. Duet letak baik-baik dah ke?" -yang hujung tu aku tipu-]


Asal nak naik bas je, mesti gitau macam tu. Dah banyak kali dengar. So, aku selalu la cek tiket aku, baca dua tiga kali.. Time beli, time nak simpan, time nak packing, time nak turun rumah, time nak naik kete, time sampai kat stesen, time nak naik bas dan juga 5 kali sebelum dan sesudah solat..

Tade lah. Time beli je ngan time nak turun rumah je..

Penting ka?

Penting wooo..


Tragedi Coventry - Manchester


Cerita ini diceritakan oleh kawan kepada kawan kepada kawan aku..

Ada empat orang budak ni. Pergi UK time winter holiday. Poyo je.. Orang lain pegi Turki, Syria dan jalan-jalan Jordan (atau femesly disebut JJ) saja. Depa ni bukan first time sangat pun baru nak gi travel. Yang dua lagi tu penah dah sampai England katanya. Yang aku dengar la.. Tak tahu la kot..

Plan asal nak buat ala-ala apa nama tu, couchsurfing? Dengan selamba badak berendamnya, diorang ni tak book la apa-apa tiket kat UK. Ingat UK ni macam afrika ke nak lompat naik atas lori. Keh3..

"Adventure sket," kata rambo bersara MTD.
"Aku ikut je," striker simpanan sekolah rendah setuju.

Namun, muka yang sikah jangan disangka bukan buaya darat. Kata je penah datang UK, tapi sume dah lupa. Macam mana nak book tiket kalo kad tarak?? Haha..
Maka, dengan terhegeh-hegehnya pinjam kredit card orang-orang sana. Baru nak book sume tiket.

Sampai kat Coventry. Hajatnye nak pergi Cadbury World kat Birmingham. Tapi sebab petang nanti dah kena naik bas pergi Manchester pulak, depa ni cancel la nak pergi Cadbury World yang diidam-idamkan tu. Kesian.. Tiket punya pasal. Beli lagi last menet..

So, memandangkan rambo MTD tu hobinya layan Glee dan juga puisi-puisi english, diorang pun setuju la nak pergi Stratford saja, tempat lahirnya Shakespeare.

Lepas amik gambar dengan kawan-kawan Coventry diorang bersama rumah sekali, diorang pun bergerak ke stesen bas dengan memikul beg masing-masing, macam nak gi Everest. Asal nak naik bas pukul 6.20am gitu nak pegi Stratford. Tapi, terlambat dua tiga menet. Kena la tunggu bas pukul 7 lebih. Sedih..


Sampai Stratford. Jalan-jalan. Amik gambar ngan tugu-tugu. Tapi rumah Shakespeare tak sempat masuk. Nak kejar bas pukul 2 petang nanti. Takut telepas lagi.


rumah kelahiran Shakespeare


Terus naik bas balik Coventry dalam pukul 12. Dalam bas..

"Eh, pukul 8? 8pm. Weh. Bas pukul 8 malam la.. Aku silap tengok. Hehe.." tetiba sorang lagi ahli adventure team ini, mamat spek putih bersuara.

Senyap..

"Sies?" sorang lagi tanya. Cool je.

Rambo ngan striker simpanan sekolah rendah tak bersuara.
Nak marah-marah kan takut mamat spek putih terasa. Dah la dia yang tolong beli tiket.

Sume senyap..

"Aku dah tak tahu nak kata apa." Rambo hantar sms kat mamat cool. Haha..


Terus je sampai University Warwick kat Coventry. Kawan-kawan depa ni ada kat sana. Tengah kuliah time tu. Kata nak wat farewell sket la. Pagi tadi dah amek gambar sama-sama macam dah nak bla..

Tapi, bas pukul 8 sebenarnya!! Dah tebal 14 inci dah muka masing-masing. Terpaksa la diorang ni lepak-lepak kat uni sampai malam.

Malam tu, kawan-kawan diorang ni hantar la pergi stesen. Baik sungguh depa ni. memang menghormati tetamu ala-ala arab gitu.

Sambil-sambil tunggu,

"Nanti nak datang sana, gitau la kami. 24/7 tade masalah," rambo.
"Baru sehari dah nak bla dah. Sori la tak leh dok lama-lama. Travel katakan," striker skolah rendah.
"A'ah. Mekasih la korang sume. Susah-susah je," mamat spek putih.
".......," mamat cool. (Lupa dah dia ni cakap apa. Tak ada pape kot..)


muka seronok nak naek bas.


Bas sampai. Tengok cam penuh semacam. Muat ke 4 orang lagi.

"Are you guys sure? Manchester? 4 person?" tanya driver, pakai smart. Suspek tol.

Mamat spek putih pun kuarkan bb casing kaler hijau beliau. Tunjuk tiket kat driver bas. Bas ni tak maen tiket kertas-kertas ni. Pakai email je. Teknologi hujung kuku jari orang kata.

"Hmm.. we don't have your booking number in list," kata pacik driver.

"Ha? How can? @$$!#^#^$&%^&&)(*&&%*%$##@ " tak ingat apa mat rambo ni cakap. Macam arab dah pulak. Pengalaman tak sampai 2 tahun bergaduh dengan pacik taxi dimanfaatkan sepenuhnya.


"OK. OK. We'll try to contact HQ. What's your booking email?" pacik driver cuba bertenang. Sapa tak cuak dengan rambo. Pisau kat mana-mana ntah dia sorok.. Hehe.. Tak de lah. Yang ni dah bersara.

Cek punya cek. Tanya punya tanya HQ. Still tak dapat conformation booking. Email pula tak match. Habis lah..

4 orang travellers ni pun dah naik cuak. Apo kono ni? Dah la mamat cool penah tertinggal bini kat Oman. Lagi baik tertinggal bini dari tertinggal bas katanya.

Apa lagi, mamat cool ni dok je kat tengah-tengah pintu bas. Tak nak kasi dia tutup. Confident habes..

Nampak dah gawat semacam, sorang lagi driver mintak bb tadi. Nak tengok email tu betol-betol. Pastu..

"You guys booked your tickets for today or tomorrow?" dia tanya.

"Today!" sume jawab. Laju je.

"But this is for tomorrow. 22nd."


O.O !!

Terkejot beruk empat-empat travellers tu. Esok ke??!!

Dah. Sume turun bas. Tarik kuar beg laju-laju. Pusing belakang. Tutup muka..


Bas tu pun jalan..


"Dah! Aku tak kira! Esok aku nak gi Cadbury World gak!!" kata rambo.

Belom lagi malu macam ni agaknya. Mana takya. Selalu dialah hero time tembak-tembak orang, potong-potong orang. Ni.. silap naik bas. Dah la tadi bertekak yakin kemain. Haha..

Tak cukop dengan silap tengok masa. Malam tu silap tengok tarikh pulak! Haha..


Maka, terpaksalah malam tu tido sehari lagi kat rumah member kat Coventry tu. Tambah 14 inci lg tebal muka ni. Hampeh..


sampai jugak diorang ni kat Cadbury World. ada hikmah..


Pengajaran


1. Kata-kata orang tua ni jangan pandang lekeh. Tu pasal abah aku suruh cek tarikh ngan masa selalu kalo beli tiket.

2. Orang UK baik-baik. Kami.. er. Diorang ni tak kena maki pun walopon wat sabo. Lambat bas tu sampai Manchester.

3. Jangan nak adventure sangat.



Wallahua'lam. Wassalam..