26 November 2009.
Salam..
Esok Hari Raya Eidul Adha..
Di Jordan, tidak digunakan perkataan ‘qurban’ sebab ia didefinisikan sebagai sembelihan untuk upacara pemujaan pada zaman jahiliyah. Maka, perkataan ‘uddhiyah’ digunakan, juga membawa maksud korban namun dalam konteks berbeza.
Betapa besarnya pengorbanan dilakukan nabi Allah, Ibrahim sehinggakan peristiwa yang menguji iman di segenap ruang dada beliau untuk menamatkan riwayat anak kandung sendiri yang telah diidam-idam, didoa-doakan sejak sekian lama, Ismail. Bayangkan betapa perasaaan seorang bapa yang terlalu gembira dengan kehadiran cahaya mata yang amat bermakna, tambah-tambah lagi pada masa tersebut nabi Ismail telah meningkat remaja, diarahkan untuk menyembelih anak sendiri oleh Allah SWT.
Agak kasar perkataan ‘sembelih’ digunakan. Namun itulah hakikatnya. Masa kecil-kecil dulu, selalu saya dengar pengorbanan.. pengorbanan.. tapi tak faham apa yang dikorbankan? Pelik.. Sehinggalah perkataan sembelih hinggap di telinga. Masha Allah.. Peristiwa apakah ini?
Namun, Maha Suci Allah yang akhirnya menggantikan nabi Ismail dengan kibasy yang akhirnya dijadikan korban.
lembu, haiwan pilihan di Malaysia..
Pengorbanan..
Hari Raya Eidul Adha 1429H tahun lalu adalah yang paling segar dalam ingatan saya..
Pulang ke rumah pada 3 Disember tahun lalu selepas tamat SPM, saya sempat berjumpa dengan sanak saudara yang sedang cuti sekolah. Destinasi sentiasa dituju, rumah nenek, Hajah Aisyah. Satu-satunya tempat di mana kami sekeluarga berkumpul semasa cuti dan hari raya.
Hari Raya Haji tinggal seminggu lagi. Nenek sibuk dengan persiapan korban. Tidak pernah ‘miss’ korban tiap-tiap tahun, semangat beliau pada tahun tersebut juga sama. Dibantu anak-anak dengan keluarga masing-masing, tambah lagi cucu yang ramai, kerja-kerja sembelih dan lapah dibuat kami sendiri beramai-ramai. Senang.
Tapi, nenek tak sihat sangat masa tu. Sering mengadu sakit-sakit. Mak dan ayah saya selalu bawa beliau ke hospital, bergilir-gilir dengan ayah dan mak saudara yang tinggal berhampiran. Saya baru habis ‘exam’, dah lama tak jumpa nenek. Satu-satunya nenek yang masih saya ada..
Rasa tak sedap hati. Semasa tidur di rumah kami, beliau mengadu pernah bermimpi abang saya berpakaian putih berjumpa dengan beliau. Abang saya? Apakah petanda ini?
“Ya Allah, sihatkanlah nenekku.. Aku sayang nenek.” Risau.
Satu malam, nenek telefon, rasa tak sedap badan. Batuk-batuk. Mak segera bawa nenek ke hospital dengan mak saudara, Macik Nab.
Takdir Allah. Nenek telah pergi dalam perjalanan ke hospital.. Di pangkuan anak, Macik Nab. Mak saya panik. Macik Nab menangis. Saya sebak.. Lidah kelu, tidak terkata.
...
Kami semua terlalu sayang nenek. Ntah mengapa. Melihat jenazah nenek dikafankan dan dikebumikan, saya tidak mampu menangis seperti orang lain. Mungkin tidak sanggup air mata menjadi saksi pemergian nenek. Moga-moga nenek tenang..
Persiapan korban tetap berjalan walaupun tanpa kehadiran nenek yang telah mengatur segala pada awalnya. 8 Disember, beberapa hari selepas nenek pergi, Hari raya Eidul Adha tiba. Agak dingin sedikit suasana. Namun, ibadah dan hasrat arwah nenek tetap ditunaikan.
Ganjaran..
Masih segar dalam ingatan. Aidul Adha menjadi semakin bermakna..
“Ya Allah. Redhailah nenek yang telah pergi menghadapmu. Semoga segala pengorbanan beliau diberikan ganjaran yang telah engkau janjikan. Sesungguhnya, beliau adalah seorang insan kerdil yang sungguh tabah dalam mendidik anaknya, ibuku. Seorang nenek yang sering menasihati cucu. Seorang insan yang mulia bagiku. Ya Rabbal Alamin..”
Selagi hayat dikandung badan, beramallah rakan-rakan sekalian. Jadikan Hari Raya Aidul Adha sebagai medan mempersembahkan keikhlasan kita sebagai hamba kepada Tuhan sekalian alam, Allah SWT.
Orang bertanya kapada Rasulullah, “Ya Rasulullah, apakah yang ada pada Uddhiyah itu?” Jawab Rasuilullah, "Itu adalah lah sunnah ayahmu Ibrahim." Para Sahabat kembali bertanya, "Apakah yang akan kita peroleh dari Uddhiyah itu?" Rasulullah menjawab, "Pada satiap helai bulu (dari binatang yang kita korbankan) kita akan mendapat satu kebaikan". ( Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah ).
Allah berfirman, "Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat menjamin. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang berbuat baik." (Surah al-Hajj, ayat 37).
Sama-samalah kita berkorban esok okey?
Yang syabab-syabab tu rajin-rajinkanlah melapah..
Yang banat-banat tu ringan-ringankanlah memproses daging..
Sama-sama kita meriahkan aidul adha tahun ini. Semoga ikhlas di hati. Amalan diterima Ilahi. Insha Allah diberkati..
Wasalam..
7 comments:
like dis post..x mmpu mau comment pe2..sdey kowtt..isk3..moga roh nya di tmptkn di klsgn org2 briman..amiiinnn...
*dan moga pngorbanan yg dlakukan dlm idop nih mdpt keredhaan dan barakah-NYA..amiiinnnn... (n_n)
Al-Fatihah buat arwah,
Setiap pengorbanan akan dinilai oleh Allah. Ikhlaskan diri kepadaNya.(^-^)
heheh terharu juga baca! :) k banyak infomasi tu! selamat menyambut Eidul adha di sana..
Salam..
Cerita kita lebih kurang sama..
Saya pun rindu arwah nenek..
Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman..
Selamat Hari Raya Aidiladha...
~dari bumi kinanah~
em,saat kehilangan org tsyg mmg amat menyedihkan...
terkenang memori kehilangan satu2nya nenek yg msh ada...saat d dlm bas utk ke dq 4 kursus qiraat...mmg amat sedih...tmbh2 xde di sisi nnk...rase cam nk lari blk je...n maser mlwt kubur nnk last eiduladha,rase sebak sgt...terkenang saat trima berita kematian 2...
moga roh2 mrk bsama para solihin...
salam~
lurvehater: insha allah..
salam: shukran.. insha allah.
boneka tak sakit: selamat2..
dilasolace: insha allah. sama2 kita doakan ksejahteraan mereka..
nsyaz: lbey kurg sama masenye.. semoga tabah. insha allah..
shukran..
salam..
bru nk touching bce post nih. tak psl2 gbr last skalik potong steam.. tak jadi, papepown, sdih ke tak, it's just the same thought, moga bermanfaat buat semua.
ittaqillah.
dah ksi komen.. feel much better??
Post a Comment