Friday, January 1, 2010

"Hipokrit la Kau"

1 January 2010.
Salam..


Selamat tahun baru semua. Tahun baru, semangat mestilah kena baru.


Beberapa hari lalu, saya dengan beberapa orang kawan bersama-sama menolong sekeluarga senior untuk memindahkan barang ke rumah baru mereka. Tahun baru, rumah pun kena baru.

Sedang bosan-bosan menunggu semua tenaga kerja berkumpul sebelum gerak bersama..


“Eh, kau tau tak. Semalam ada orang cakap dia suka aku,” salah seorang kawan saya berkata, memancing perhatian saya.


Hoh? Apahal mamat ni. Suka apa pula ni? Dalam hati..


“Er.. sapa? Suka apa?” saya balas. Ringkas.


“Junior aku. Dia kata dia suka aku dah berubah,” bersemangat dia jawab. Biasa la, sapa nak orang benci kita. Dah orang suka, seronok la..


“Oh.. hahaha.. berubah camne? Mana dia tau?” saya tanya lagi.


“Aku dah tak layan dah lagu alkpop (lagu-lagu pop Korea). Sekarang ni aku layan lagu Maher Zain. Boleh ingatkan aku kat Tuhan. Aku nak jadi baik. Nak berubah sikit-sikit. So, dia kata baguslah. Dia suka aku gitu,” jelas beliau.


“Hmm.. bagus la gitu. Ajak la dia sekali. Aku pun suka juga tengok kau sekarang ni. Bagus semacam,” puji sikit. Kasi dia bersemangat. Ni skill ‘collect’ namanya.


“Yup. Aku nak jadi baik!” meletup terus dia.


Orang dah ramai kumpul. Kami pun senyap. Tak nak bagi kecoh la cerita kawan saya ni. Takut ada mana-mana pihak media Irbid tokok tambah pelik-pelik. Cinta Islamik? Haha.. lain kali kita bincang isu itu.



 banyak barang. sakit pinggang saya..


Azam dan Semangat
                    

Tahniah kepada kawan yang saya ceritakan di atas yang telah berjaya melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik baginya. Ternyata memang susah nak diubah tabiat dan kegemaran yang tak berfaedah agaknya kecuali dengan azam dan semangat yang kental.


Cabaran selalu dihadapi semasa nak jadi lebih baik, masyarakat yang tak supportive.


Adat manusia, kalau nampak sesuatu perubahan mula la nak ‘complain’. Pantang ada sikit tak kena dengan jiwa, terus sahaja memberontak tanpa memikirkan kelebihan dari sudut yang lain.


Ini tak berfikiran terbuka namanya. Lainlah kalau hal-hal bertentangan dengan Syariat-Syariat Islam. Jika bercanggah, boleh terus ditolak tanpa bicara.


Sikit-sikit nak bising. Siki-sikit nak komen.


Tapi.. kita belajar dari komen-komen orang dan kita cuba baiki kelemahan kita.


Benar. Tidak salah kenyataan itu.


Namun, perlukah seorang kawan yang nak berubah jadi lebih baik dihambur dengan komen-komen yang tidak membina? Kata-kata pedas dirasa sampai ke hati, malah menjatuhkan semangat kawan.


Tak patut rasanya..



azam dan semangat itu penting..


Hipokrit


Tohmahan popular untuk insan yang nak berubah. Astagfirullah..


Mana kita tahu hati orang. Jangan sekali-kali tuduh orang bukan-bukan. Sebaik-baiknya dengar dulu dari hati ke hati. Tiada masalah. Dua-dua pihak tak sakit hati.




"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim."
Al Hujurat : 11


Jangan mencemuh dan merendah-rendahkan orang lain. Sungguh jelas larangan dari ayat ini.

Kenapa tak boleh?


Masalah ikhlas atau tak itu urusan dia dengan Allah.
Masalah dia hipokrit atau tak itu urusan dia dengan Allah.
Masalah dia nak menunjuk-nunjuk atau betul-betul itu pun urusan dia dengan Allah.


Yang penting dia telah berbuat kebaikan. Kita bila lagi?


Tugas kita?
Kalau kawan kita nak jadi baik, sokong..
Kalau kawan kita nak buat baik, tolong..


Sesungguhnya yang paling mulia di antara kita adalah yang paling bertakwa. Apakah kita tahu kita lebih bertakwa dari orang lain? Boleh tahu?


Malahan, orang yang nak buat jahat pun kita dilarang untuk cela. Tolong sedarkan dia. Manalah tahu, jika disentap sedikit hatinya, timbul kesedaran sepanjang hayatnya. Allah jua yang Maha Kuasa.


Apatah lagi orang yang berusaha nak buat baik. Sokong mereka.

 hipokrit? siapa tahu?

Ringkas sahaja dari saya.


Selamat melahirkan azam baru.
Serta selamat melaksanakan azam anda.


Wallahu’alam. Wasalam..

18 comments:

Unknown said...

yah!mari berubah!..

tapi aku tak layan la maher zain.
huhuhu..

Anonymous said...

tq faiq coz always suppot aku..juga kepada semua rakan2...:)

sadis: x semestinya layan maher zain..nk senang, kurgkan buat benda buruk..ni apa yg salam ajar aku

Dr. Nur Farah Aisyah said...

Telah diciptakan manusia itu dengan fitrah yang baik dan suci..
Ibarat kain putih yang bersih dari segala noda..
Adakah hipokrit jika berusaha untuk kembali kepada fitrah yang sediakala baik?
Namun sebenarnya yg hipokrit itu adalah yg mencemarkan kain putih dengan noda2 hitam brwarnakan nafsu..
Mengingkari janji sebelum dihantar ke dunia dulu..
Lantas,siapakah yg hipokrit-
yg baik atau yg jahat di dunia?

"Laqod kholaknal insana fi ahsani taqwim"

Biar hipokrit d mata manusia,
tetapi suci d mata Allah..
Bersama menuju ke arah perubahan positif~

kawie2020 said...

salam.. kawie x penah ade azam tahun baru.. cuma hijrah jer.. dari yg salah kepada yg betul...

zul_akhyar said...

salam~
alhmadulillah,sama2 berubah, dgn perubahan yang berisi. takut nati jd bks kosong..haha..dirikan islam di dalam diri,nati kelak i'Allah,ia akan berdiri di sekeliling kamu..namun usaha dia bukan jalan mudah..semoga Allah menolong,i'Allah..

zul_akhyar said...

eh,aku lupa nk puji nuar..bagus dowh ko skang..trasa gile aku smalam tym ko bc ma'thurat sblh aku..huhu

EGYPT AIR said...

erm..it's gud 2 hav detrmntion nk brubah..
dri t'paksa lma2 ikhlas..

Lady Shukriyah said...

btl2.

jgn jatokn org yg na brubah.

dosa kot.

kte dkre setan zahir.

ahhahahah.

Unknown said...

salam~

SADIS: mari2.. bes maher zain. cam rock tp meaningful lagu2 die.. try dgr dlu.

Anuar: eh? sapot? nway. same2..

Dr. Nur Farah Aisyah: kembali kpd fitrah. setuju2.. sama2 positifkan diri..

kawie2020: azam smata-mata ntok bg tahun baru lbih baik.. y penting bwak kesan.

zul_akhyar: insha Allah.. jgn puji nuar lbeh2.. kembang budak tu kang.. haha..

EGYPT AIR: mula-mula paksa.. lama-lama biasa..

Lady Shukriyah: setan zahir.. haha.. sapot2..

tq all. wsalam..

Mn Salam said...

Salam..
Jom berubah ke arah yang lebih baik. jom2~ saling support menyaport. Jangan bang mengebang. hu3. Sama2 kita membina diri. Wsslm

joegrimjow said...

sebab tu tahun hijrah start dengan tarikh hijrah nabi ke madinah
bukan tarikh lahir nabi atau hari lain
tp tarikh yg membawa islam boost ke mata dunia

Abdul Munir Sanusi said...

benar sekali. istilahnya dalam arab.

" la mani3u khairan"

[sakuradila] said...

berubah memerlukan sokongan,dan pengorbanan...

iringi langkag sahabat2 ,insyaAllah...

ayyash said...

perubahan berdasarkan kefahaman..

btw, baru ltk counter blog..satu lg perubahan..jom tingkatkn kualiti diri!!

Unknown said...

salam~

Salam Abdullah: hmm kadang2 mengebang dgan bheikmah banyak kesannya.. x gitu? haha..

joegrimjow: yup.. betul2..

mUneer: hmm btul tu ustaz kelas arab amiku.. sempoi la abg muner..

[sakuradila]: insha Allah..

ayyash: hmm.. kena faham untuk brubah..
counter blog tu atas saranan sifu..

shukran all 4 visit..
wasalam~

'Ezzah Al-Islam said...

kembara islah berteman.
bukan individual.
Berubah bersama2 sahabat seperjuangan.
itu manisnya ukhwah muslimin.

Anonymous said...

biar orang kata hipokrit janji kita berubah, biar orang kata kita haprak janji kita berubah, biar orang kata sampah sekalipun, janji kita berubah, biarkan mereka berkata, yang penting kita perlu berubah!!! -wala'

Unknown said...

salam~

'Ezzah Al-Islam: yup. tiada kkuatan melainkan jemaah..

Anonymous: inshaAllah. smoga bterusan semngat ye wala'..

tq all. ^_^