Saturday, January 16, 2010

Sanah Helwah

16th January 2010.
Salam..


Antara perkataan terbaru saya belajar di Jordan sejak menjejakkan kaki di sini, “Sanah Helwah”. Ucapan kepada orang yang menyambut hari lahir. Maksudnya, tahun manis?


Pada tanggal 15 Januari, tiba pula masanya saya dilimpahi dengan beratus-ratus ucapan hari lahir. Macam-macam seperti selamat hari jadi, ‘happy birthday’, semoga panjang umur, dan sebagainya. Paling menjadikan saya teruja apabila diucapkan ‘sanah helwah’. Pertama kali diterima..


Memang seronok. Kalau boleh tiap-tiap hari nak orang raikan kita. Haha..



Kek hari lahir saya tahun ini.


Hari Lahir ke-19 Saya


Malam hari jadi, 14 Januari, saya demam. Badan terasa panas. Ditambah dengan cuaca musim sejuk di Jordan. Kepala rasa teramat pening, sakit sangat.


Senang cerita. Ambil panadol dua biji, tidur.


Banyak rancangan sebenarnya. .


Jalan-jalan dengan kawa-kawan..
Keluar makan dengan kawan-kawan..
Main PES dengan kawan-kawan..
Maklumlah petang tadi baru habis final exam biologi..


Malangnya, semua terpaksa dibatalkan. Dek kerana sakit kepala teramat sangat.
Sayang betul..


Mujurlah kawan-kawan saya semuanya sememangnya tidak akan melupakan mana-mana individu. Bayangkanlah nak ke mana-mana pun bersama. Keluar makan, bersama. Pergi universiti, bersama. Pergi main bola, bersama. Pergi ke masjid pun bersama. Tidak pernah meninggalkan sesiapa. Sungguh beruntung punyai teman-teman setiap masa.


Hampir-hampir 12 tengah malam, saya dikejutkan oleh ahli serumah, Salam. Alangkah terkejutnya melihat rakan-rakan beramai-ramai menyanyikan lagu ‘happy birthday to you’ (hmm.. tu ke title dia?). Sungguh terharu..


Terima kasih semua..



"Mostest bestest" kawan-kawan.


Usia Meningkat Seiring Ilmu


Saya dapat sebuah ucapan yang agak berlainan dari yang lain dari seorang senior di JUST melalui Facebook, Encik Fadzli,


“Salam bro faiq yg dh smkin tua... semogo usia kogho naek seirng dngn iman n ilmu demo... ngaji sungguh2. pres list thun ni!!!”


Maksudnya,


Semoga usia semakin meningkat seiring dengan iman dan ilmu.”


Usia meningkat seiring ilmu..


Saya sering terfikir,
Adakah saya bersedia untuk menjadi seorang doktor seperti yang dicita-citakan?
Adakah saya mampu untuk berkhidmat dengan masyarakat?


Dengan kata lain, adakah saya mampu menjadi manusia berguna..





"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Al-Mu’minun : 115


InshaAllah. Semoga tidak sia-sia.


Persoalan ini sering kali menimpa saya. Apatah lagi di saat usia semakin meningkat dewasa. Banyak perkara yang perlu kita sedia apabila bergelar dewasa. Termasuklah agama, kerja, cara hidup, khidmat masyarakat, dan tidak lupa berumah tangga.


Sehinggakan rasa tak senang di hati.


Tidaklah bermaksud saya takut untuk menghadapi masa depan, tetapi saya selesa meletakkan diri dalam keadaan sentiasa berwaspada. Tidaklah terlalu lalai rasanya.


Moga-moga segala diimpi tiadalah angan-angan semata-mata.


Sambutan Berganda


Malam 15 Januari, saya masih lagi terasa kehangatan sambutan hari lahir. Kali ini, untuk seorang senior/sahabat yang sangat rapat dengan kami, pelajar-pelajar yang baru sampai di bumi Jordan ini.


Lahir pada 16 Januari, saudara Hilal Asyraf Abdul Razak, novelis yang mempunyai misi dan visi tersendiri. Nasihat dan ilmu-ilmu beliau sangat banyak. Tidak jemu-jemu dicurahkan kepada kami. Malah ada sahaja mutiara-mutiara yang keluar dari mulut beliau.


Tidak di sangka. Perkenalan yang hanya beberapa bulan usianya ini mampu mendatangkan banyak makna kepada kami.


Kata beliau,

“Apabila meningkat usia, umur tak akan bertambah panjang malah bertambah singkat.”



Hilal Asyraf memotong kek.


Sangat-sangat beruntung dapat mengenali beliau di sini. Alhamdulillah..


Wallahua'lam. Wasalam..

13 comments:

Berd said...

hepi besday paiq!

Op uLyA said...

happy birthday dude..
:]

ur a great man and a great friend. im sure u'll be on top one day. and if that one day comes, dont forget us. it is a pleasure to have you in our little community, its even a greater to have you as a great friend.:]

sanah helwah. may all you dreams come true

Mn Salam said...

dialog saya dan paiq di malam tersebut..

salam: paiq, paiq, bangun, subuh doh neh. Cepat2, lewat doh...

Faiq: mmm???? zzZZZ,, ??? (blank)..

hahaha~

Syahiirah Mohamad said...

salam...hpy burfday...
Otanjou-bi Omedetou Gozaimasu!
お誕生日おめでとうございます...(japan)
may ALLAH bless u 4eva!

Hilal Asyraf said...

Terima kasih atas segalanya Faiq.

Semoga Allah redha dengan enta.

http://ms.langitilahi.com/diari-saya-sayang-mereka-terima-kasih/

Baca.

Hi3..

Ana saya enta.

Uhibbukafillah, lillahi ta'ala.

~seorang hamba...

Hilal Asyraf

Ice Juliette said...

huhu!
hepi belated bufday.. ^^
may Allah bless u..

Unknown said...

salam~

gilomung!: mekasih2 berd..

Op uLyA: tq bro.. on top? haha.. nver wish to be such great prson. also thankful to be ur friend too. tq for everything..

Salam Abdullah: hoho.. ni la playmaker of the night. mati2 ak ingat da subuh.. tq salam..

Mrs Salju Kasih: arigato..

Hilal Asyraf: afwan2.. sy jg sama. mekasih banyak2 n for the book. uhibbukafillah kaman..

icejuliette: tq very much.. inshaAllah..

tq all. ^_^

faiQ nabiL said...

sanah helwah gmeel
^_^
lagi satu birthday
hari lahir sama dgn mr. presiden PERMAI lah..

insyaAllah, berkat usaha selagi mampu utk exam sem 1 nih..
walaupun org kata senang tak bermakna kena pandang remeh.

bettaufeq 3ala kulli hal..
Allah yu3atikal3afieh.

Abdul Munir Sanusi said...

sanah helwa. teruskan langkahan anda. langkahan anda baru sahaja bermula

Yaqzan Yazed said...

Ssya sayang faiq!Muahzz...
Hidup bado!Sanah helwah...
huhu...

Fez said...

Happy belated birthday..
Bersyukur punyai sahabat yang 'mengingati' dan 'mengingatkan' kita. :)

INTAN said...

happy belated birthday~

smoga sntiasa dalam redhaNya..
teruskan melangkah~
^_^

Unknown said...

salam~

faiQ nabiL: shukran2 jazilan.. oh mr pres? hepi bday abg naqeb..

Abdul Munir Sanusi: tq abg mun.. inshaAllah..

YAQZAN YAZED: haha.. sayg ko jgak.. sanah helwah ntok ko jgak..

Fez: tq kak fez.. same la kita..

-iNtaN-: tq2.. inshaAllah..

wasalam.. tq all.