Saturday, March 6, 2010

"Semoga Berjaya, Ana.."

6th March 2010


Salam..


Saya terbaca beberapa status Facebook juniors bekas sekolah saya dahulu. Letak nombor giliran. “NA261A***.. semoga mendapat 11A+..”, “NA261A***.. skor 11A+” dan sebagainya.


Baru teringat, keputusan SPM keluar tak lama lagi.


Teringat pula nombor giliran saya, NA261A001. Calon pertama SPM SMA Persekutuan Labu 2008.


Dewan Seri Bestari, medan juang calon SPM SMAPL.


Rindu pula zaman sekolah.


Adik, Calon SPM 2009


Adik saya, Nur Farzana Fitri juga salah seorang calon SPM 2009. Mesra dengan panggilan Ana, dia adalah seorang yang mempunyai impian dan cita-cita unik tersendiri, berlainan dengan adik beradik yang lain.


Suka melukis dan memang berbakat. Pernah dapat Johan pertandingan melukis peringkat daerah Kota Bharu dan bertanding di peringkat negeri. Sangat hebat, membuatkan saya berasa amat bangga.


Juga amat rajin menelaah pelajaran. Amat jarang kami berbual-bual panjang sejak akhir-akhir ini. Dia sering kelihatan bersama buku-buku semasa saya pulang bercuti di rumah. Sibuk kerana SPM.


Sehinggakan saya tidak sempat bersua muka dan memberi kata-kata semangat kepadanya sebelum saya berlepas ke Jordan. Dia tidak hadir bersama ahli keluarga lain kerana menduduki peperiksaan percubaan SPM.


Sangat berharap dapat berkongsi kecemerlangannya, pada 11 Mac ini..


Semoga kejayaan bersamamu wahai adindaku.


Ana dengan adik bongsu, Faiz.


SPM Tiket Paling Mahal


Sering saya diingatkan,

“SPM penentu hidup.”

“SPM langkah pertama ke alam kerjaya.”

“SPM tiket yang paling bernilai harganya.”

Dan macam-macam lagi.


Sangat tidak hairan, rata-rata pelajar akan menumpukan sepenuh tumpuan dan fokus di ambang peperiksaan. Tiada aktiviti-aktiviti lain. Langsung belajar sahaja.


Masih ingat lagi, saya bersama rakan-rakan stay up sampai dua tiga pagi. Habiskan membaca buku, membuat latihan dan berbincang dalam study group.


Sehinggakan tidur awal dianggap satu kerugian yang paling besar.


Alhamdulillah. Sebagai seorang yang telah melalui tempoh-tempoh getir SPM, saya berpuas hati akhirnya tamat belajar di sekolah menengah.


Hari terakhir bergelar 'pelajar sekolah'.


Namun, hanya sekejap. Sambung di universiti, masih lagi dengan belajar. Takkan berhenti proses ini agaknya.


Boring? Tolak tepi.


Tension? Pun tolak tepi.


Letih? Jangan hiraukan.


Malas? Tolonglah ketepikan.


Malah, proses belajar sampai kita mati. Saya amat suka dengan slogan ‘long life learner. Memang betul. Selagi kita hidup kita sentiasa akan belajar dari pengalaman dan persekitaran, formal mahupun tidak.


Surah Az-Zumar, ayat 9:


"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”


Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad.


Selamat berjaya dan all the best kepada calon-calon SPM 2009.


Juga kepada adindaku, Ana.


Wasalam..

11 comments:

eatyu said...

Boleh tak saya nak jadi adik ipar awaaaaaaaaaak??

Berd said...

komen sy sebijik mcm kt atas.
cume nk tmbah skit.
sy seorang yg hensem.

aira said...

salam'alayk..

belajar, belajar, dan belajar..
walaupun adakalanya kemampuan diri sendiri terbatas..mudah putus asa

manusia biasa..yang penting niat kene always betul..

=) moga kejayaan milik adik kamu juga..inshaAllah

khaulah said...

oh, ana sekolah mana?

Unknown said...

salam..

haha: buley2.. kalu bkenan boley masok..

sayaBerd: ha.. ni lg santek.. sy memg ngah cari org ensem cm ko..

cahayaharumankasturi: tq2.. inshaAllah..

nawal: skolah mnengah..

tq all.. ^_^

Evi LoLyta said...

salam.. agree with this. gunakan kesempatan yg ada utk menuntut ilmu. jgn mlas2 . motivasi utk diri sdiri jgk :)

Ariffah9 said...

salam,
smpi bgitu skali nk SPM.. tidur awal adlh kerugian yg besar? woha..

mabruk2, smngat blajar..

‘long life learner’. best quote nih..

p/s: kucing tu comel..hoho..

Chayo' kak ana..

gReeN iS pEAce said...

gud laq for ur sis..

semoga berjaya mngikut jejak langkah abangnya

khaulah said...

gud luck to ur sis

aniq said...

sggh..
comel adeq nta...
hahahahahhaha....
mabruk ilaki.. insyaAllah..

spm tiket plg mahal dalam hidup..
huh.. ingt lah bhw setiap perkara dlm hidup kita juga adlh 'tiket' di hari perhitungan.. antara syurga dan neraka..

Unknown said...

salam..

Evi LoLyta: wasalam.. jom2..

Ariffah9: ha'ah. nyesal tdo sbb bnyak lg x bce.. haha..
p/s: dan kucng tu dah hilang. hoho..

gReeN iS pEAce: tq2.. inshaAllah..

nawal: tq..

aniq: oh.. tu mse die 5 tahun. kecik2 dulu sume comel2..
ahaha.. "-_-

tq all.. ^_^