Sabtu, 5 Oktober 2013.
Markaz sihhi (klinik kesihatan) Jordan University of Science & Technology, Yarmouk. 10 pagi lebih kurang.
Waktu klinik. 6 orang pelajar, 2 orang doktor pelatih dan seorang doktor pakar, Dr Othman berada dalam bilik yang sederhana kecil itu. Semua senyap kecuali Dr Othman berbual dengan pengunjung-pengunjung yang datang. Sesekali sahaja dia berpaling ke arah pelajar semasa berbicara.
Consultation dengan beliau tak pernah sekejap. Lama. Walaupun kes obvious, beliau tetap tanya soalan-soalan lazim berkaitan. Menunjukkan betapa beliau cakna. Orang yang datang jumpa dia pun yakin dan senang hati.
Semasa cakap mesti mau senyum. Orang tengah sakit pun jadi tak risau.
Tiba-tiba datang seorang lelaki nak dekat 50 tahun menyapa Dr Othman dari pintu bilik. Dia dengan isteri.
"Habibi doktor. Keef halak? blablablalabalabla.. " -cakap arab-
Seronok sangat pak cik ni. Nampak tak sakit pun.
Rupa-rupanya pak cik ni datang semata-mata nak memberi khabar yang dia dah berjaya turunkan berat badan, jaga pemakanan, dan exercise selalu. Atas nasihat Dr Othman. Pak cik ni ada kencing manis (diabetes mellitus).
Dengan penuh semangat dia cerita.
"Berat saya dah turun berkilo-kilo. Saya selalu exercise. Saya jaga makan. Kat rumah saya tak ada nasi, roti. Ada buah dengan sayur. Mansaf pun saya haramkan kat rumah saya.," katanya sambil memandang isteri. Tersenyum.
Mansaf ni nasi tradisi arab Jordan. Dengan daging kambing dengan laban (susu masam). Penuh dengan kalori dan lemak. Tapi sedap sampai menjilat jari kaki. Sapa-sapa yang pernah datang jordan memang rindu nasi ni.
Checkup pak cik ni sangat memberangsangkan. Gula dalam darah turun mendadak. Blood presure pun terkawal. Tiada yang merisaukan.
Dr Othman sendiri teruja.
"3andoo sukar blablabla wa wazanhhu blablabla. Gdesh blood glucose 3ndo?"
[Dia ada gula blablabla dan beratnya blablabla. Berapa blood glucose dia ada?]
Tetiba Dr Othman tanya semua pelajar. Ada yang sibuk keluarkan kalkulator dalam hanset nak kira. Ada yang blur tak dapat tangkap nombor dalam soalan. Orang melayu la tu.
"Leish bna3mal m3a kalkulator? You should know!"
[Kenapa kau guna kalkulator?]
Pak cik tu menyakat pelajar melayu yang nampak blur tadi, tergelak dia. Dia sangat energetic.
Inilah dia keajaiban gaya hidup sihat. Asal exercise, jaga makan, penyakit pun susah nak dapat. Jarang jumpa orang yang betul-betul komitmen jaga kesihatan ni. Bukan semua orang boleh dengar nasihat doktor. pun bukan semua doktor pandai bagi nasihat.
Harap ramai lagi yang macam pak cik ni. Dah tua pun masih semangat. Dia sihat, isteri dia suka, family dia gembira.
2 comments:
kesimpulannya, mcm mana nak kira blood glucose?
Anom:
Result lab keluar dlm mmol/L. To convert into mg/dl kena darab 18. Soalan dr berapa dlm mg/dl sebenarnya.
Post a Comment