Saturday, March 6, 2010

"Semoga Berjaya, Ana.."

6th March 2010


Salam..


Saya terbaca beberapa status Facebook juniors bekas sekolah saya dahulu. Letak nombor giliran. “NA261A***.. semoga mendapat 11A+..”, “NA261A***.. skor 11A+” dan sebagainya.


Baru teringat, keputusan SPM keluar tak lama lagi.


Teringat pula nombor giliran saya, NA261A001. Calon pertama SPM SMA Persekutuan Labu 2008.


Dewan Seri Bestari, medan juang calon SPM SMAPL.


Rindu pula zaman sekolah.


Adik, Calon SPM 2009


Adik saya, Nur Farzana Fitri juga salah seorang calon SPM 2009. Mesra dengan panggilan Ana, dia adalah seorang yang mempunyai impian dan cita-cita unik tersendiri, berlainan dengan adik beradik yang lain.


Suka melukis dan memang berbakat. Pernah dapat Johan pertandingan melukis peringkat daerah Kota Bharu dan bertanding di peringkat negeri. Sangat hebat, membuatkan saya berasa amat bangga.


Juga amat rajin menelaah pelajaran. Amat jarang kami berbual-bual panjang sejak akhir-akhir ini. Dia sering kelihatan bersama buku-buku semasa saya pulang bercuti di rumah. Sibuk kerana SPM.


Sehinggakan saya tidak sempat bersua muka dan memberi kata-kata semangat kepadanya sebelum saya berlepas ke Jordan. Dia tidak hadir bersama ahli keluarga lain kerana menduduki peperiksaan percubaan SPM.


Sangat berharap dapat berkongsi kecemerlangannya, pada 11 Mac ini..


Semoga kejayaan bersamamu wahai adindaku.


Ana dengan adik bongsu, Faiz.


SPM Tiket Paling Mahal


Sering saya diingatkan,

“SPM penentu hidup.”

“SPM langkah pertama ke alam kerjaya.”

“SPM tiket yang paling bernilai harganya.”

Dan macam-macam lagi.


Sangat tidak hairan, rata-rata pelajar akan menumpukan sepenuh tumpuan dan fokus di ambang peperiksaan. Tiada aktiviti-aktiviti lain. Langsung belajar sahaja.


Masih ingat lagi, saya bersama rakan-rakan stay up sampai dua tiga pagi. Habiskan membaca buku, membuat latihan dan berbincang dalam study group.


Sehinggakan tidur awal dianggap satu kerugian yang paling besar.


Alhamdulillah. Sebagai seorang yang telah melalui tempoh-tempoh getir SPM, saya berpuas hati akhirnya tamat belajar di sekolah menengah.


Hari terakhir bergelar 'pelajar sekolah'.


Namun, hanya sekejap. Sambung di universiti, masih lagi dengan belajar. Takkan berhenti proses ini agaknya.


Boring? Tolak tepi.


Tension? Pun tolak tepi.


Letih? Jangan hiraukan.


Malas? Tolonglah ketepikan.


Malah, proses belajar sampai kita mati. Saya amat suka dengan slogan ‘long life learner’. Memang betul. Selagi kita hidup kita sentiasa akan belajar dari pengalaman dan persekitaran, formal mahupun tidak.


Surah Az-Zumar, ayat 9:


"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”


Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad.


Selamat berjaya dan all the best kepada calon-calon SPM 2009.


Juga kepada adindaku, Ana.


Wasalam..

Saturday, February 27, 2010

Believe in You

27 February 2010.

Salam..


Yesterday was the Maulidur Rasul day. I remembered my school time. There were always festive held by schools in conjunction with this holy day.


Ever since I was standard one student until standard six, I remembered parading around entire school’s nearby residence while reciting selawat and salam to Rasulullah SAW.


Secondary school way was greater. Equipped with banners and costumes, students paraded according to their own house. Also with recitation of selawat and salam to Rasulullah.
  



Allahumma Salli ‘ala Saiyidina Muhammad.


She Who Paid the Price


I read on Malaysia Maulidur Rasul Award 1431H. Interested, I read on to know who the recipients were for this year. My eye caught at one name,


Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamel


She was one of the six selected people honored to take the award, who each of the six recipients received RM22,000 cash, a trophy and certificate.


Amazing. Suddenly I felt envy. Lucky her..


Read on.

“However, one of the six recipients, Nik Nur Madihah, currently pursuing her studies at the Jash University in Irbid, Jordan, could not make it to the award ceremony and represented by her father Nik Mohd Kamel Husin.”
-- BERNAMA


From proud and amaze, I felt embarrassed.


JASH UNIVERSITY?? In Irbid?


Where in the world the university is? Even Google result will show links unmatched with any kind of university institution. Sigh..


Ignore that. Ehem..


The point now is that, she proved what she has been striving for. Became the best 2008 SPM student, personally I think her path to become one of successful muslimah figure is not impossible.


Despite, she took a determined choice to pursue her dream in Physics. By enrolling into Jordan University of Science and Technology (JUST) -JUST, not Jash- , I think she had been thinking about the enormous challenge ahead and well prepared for that.


It may be hard, but she could become a history, of course. The first student graduated from Arab land with certificate in Physics.


“She is an exceptional student who has proven that poverty is not an obstacle for success,” Entrepreneur and Cooperative Development Minister Datuk Noh Omar said regarding her.


May the force be with you. Salute..


Madihah and her family with Tok Guru.


Story from Naim Deraman


An outstanding story from my brother, entitled ‘Percaya dan Usaha’.



Suasana kampung yang damai.  Matahari kelihatan sederhana pada petang itu. Udara nyaman.


Kelihatan seorang budak lelaki, Fathi bermain guli di halaman rumahnya. Seorang diri, tanpa kawan-kawan. Namun, tetap asyik dengan permainannya.


Seorang pak cik tua, Sakdon memerhati dari jauh. Duduk di bawah sebuah pokok rambutan rendang. Menghabiskan sisa-sisa umur yang agak kendur kudratnya dengan berehat-rehat.


“Nak, datang sini sekejap,” dia memanggil.


Disahut budak tersebut, terus berlari ke arah orang tua itu.


“Ya pak cik. Kenapa?” Fathi bertanya sambil duduk di sebelah Pak Cik Sakdon.


Senyap. Seperti memikirkan sesuatu..


“Sini,” sambil mengambil guli di tangan Fathi, Pak Cik Sakdon bersuara.

“Kalau guli ini ditanam, percaya tak sesuatu akan tumbuh?”


Seperti dalam cerita dongeng, Fathi tak percaya. Tak mungkin.


“Betul? Apa pak cik cakap ni?” Spontan dijawab Fathi. Pelik.

“Cuba dulu. Tanam.” Balas Pak Cik Sakdon.


Cubalah. Fathi menggali tanam sekitar kawasan pokok rambutan itu. Kemudian, tanam dan kambus.


“Dah pak cik,” selesai.




Esoknya..


Fathi kembali ke bawah pokok rambutan tersebut. Tiada apa-apa.


Lalu dia bergegas mencari Pak Cik Sakdon.


“Pak cik, tak tumbuh apa-apa pun?” tanya Fathi selepas dijumpai orang tua itu.

“Oh, sabar. Tunggu la dua tiga hari. Tapi kena la siram tiap-tiap hari,” ujar Pak Cik Sakdon.

“Ooo.. Kena siram. Kenapa tak cakap awal-awal,” balas Fathi.



Tiap-tiap hari Fathi datang menjenguk tempat guli ditanam. Disiramnya tempat tersebut. Dicabut rumput-rumput sekelilingnya.


Tak sabar-sabar melihat guli ajaibnya tumbuh.




Selang beberapa hari, masih sama. Langsung tiada apa-apa tumbuh walau sekecil rumput.


Putus asa, Fathi pergi mencari pak Cik Sakdon.


“Pak cik. Pak cik tipu ke? Tak tumbuh apa-apa pun.” Marah.

“Tiap-tiap hari ke pergi tengok?” tanya Pak Cik Sakdon.

“Hmm..” Fathi mengangguk.

“Tiap-tiap hari ke pergi siram?” tanya Pak Cik Sakdon lagi.

“Ya,” jawab Fathi.

“Ada sesuatu yang memang dah tumbuh,” jelas Pak Cik Sakdon.

“Ha? Mana ada,” balas Fathi.

“Bukankah dah tumbuh kepercayaan dalam diri kamu?” Pak Cik Sakdon tersenyum.


Author : Naim
Actors : Fathi, Pak Cik Sakdon


 Believe in ourselves.


Aha.. how was it?


It doesn’t mean to make funny of the boy. Take the lesson.


See, if we believe then we will try to achieve. Even, seems pretty impossible. No matter what.


But, should be realistic la..


Salam Maulidur Rasul. Wasalam..