Monday, September 30, 2013

Study More, Read More

Isnin, 30 September 2013.


"Entum fi sanah khomisah hassa. Bas fish wahda ba'raf shu NSAIDs, akthar dawa yastakhdim fil a'lam!"

Muka Dr Ali berkerut. Mata tajam serupa helang. Kening lagi sikit nak jadi bentuk 'V' terbalik.

"Aspirin."

Ada suara menjawab. Tapi tiada orang angkat tangan.

"Aspirin.." "Aspirin.."

Student lain mula buka mulut macam mencuba. Tipikal scene student medik.

"Study more. Read more"

Pesan Dr Ali lepas habis seminar. Pesanan sama lepas round dengan beliau tempoh hari.

Sungguh nak cakap. NSAIDs. Non-steroidal anti-inflammatory drug. Ubat paling ramai orang guna dalam dunia. Ubat tahan sakit. Ubat demam. Ubat sengal sendi. Ini ubat ajaib. Ubat paling common ni. Dah masuk tahun lima pun tergagap-gagap nak jawab. Tak tahu nak kata apalah.

Tahu tapi lupa.

Baca balik.

Bila doktor tanya soalan ni, kadang-kadang memang kita blank. Kadang-kadang tahu je. Jadi tak confirm. Tak nak jawab. Takut kena marah kalau silap.

Tapi part paling mentensikan aku sejak masuk klinik ni bila doktor ceramah dalam bahasa arab pum pam pum pam, aku terpaksa concentrate mati-mati. Dapat rough idea je. Then, tiba-tiba diajukan soalan cepucemas dalam bahasa arab. Nak translate soalan tu satu hal. Nak fikir jawapan satu hal. Nak susun ayat scientifically as good answer satu hal lagi.


Tahun lepas,

"What is the name of fever patients experience after a surgery?"

Dr Taghleb Mazahreh bertanya ketika round surgery. Dr Taghleb ni bagi aku sama dengan Dr Ali di atas. Dia punya karisma dan knowledge memang A cakap lu.

Tak tahu kenapa hari tu aku berani berdiri sebelah dia. Sasau kot. Biasa melayu ni ambil port jauh sikit. Kasi budak arab duduk tepi doktor. Dr Tagleb pula tu.

Sah sah aku kena jawab soalan tadi tu. Bab ni tak baca lagi time tu. Bab kecil je tu, surgery complication. Sapa nak pandang serius?

Gelabah. Mati aku.

Aku buat confident macam Dr Taghleb tu selalu buat bila jumpa doktor-doktor lain. Aku banyak tiru dia sebenarnya. Letak tangan dalam poket, angkat sikit muka.

"Postoperative fever."

Aku jawab confident. Padahal tu jawapan paling bodoh la aku rasa. Aku translate je. 'Postoperative' tu maksud dia 'selepas operation'. Jadinya 'fever selepas operation'. Itu jawapan aku. Cukup nonsense tak?

Aku ready nak kena kick-out dari round. Main-main sangat.

"Good!"

Tetiba dia cakap.

"Post-operative fever. Other than that?" dia tanya student lain.

=D

Serius la..

Aku main-main je doktor. Serius ke ada benda tu?

Bila balik buka lecture note, memang ada. Postoperative fever. Nak tergelak pun ada. Otak logik aku ni boleh pakai juga.

Tapi next time kena betul-betul jawablah. Study more, read more.


Hidup kena yakin. Make your decision for now. Usaha ke arah tu. In the future kalau apa-apa jadi kita plan lain. Yang penting, usaha dan tawakal dulu.


Salam. Nak sambung study.