Thursday, November 26, 2009

Eidul Adha 1430H

26 November 2009.
Salam..


Esok Hari Raya Eidul Adha..


Di Jordan, tidak digunakan perkataan ‘qurban’ sebab ia didefinisikan sebagai sembelihan untuk upacara pemujaan pada zaman jahiliyah. Maka, perkataan ‘uddhiyah’ digunakan, juga membawa maksud korban namun dalam konteks berbeza.


Betapa besarnya pengorbanan dilakukan nabi Allah, Ibrahim sehinggakan peristiwa yang menguji iman di segenap ruang dada beliau untuk menamatkan riwayat anak kandung sendiri yang telah diidam-idam, didoa-doakan sejak sekian lama, Ismail. Bayangkan betapa perasaaan seorang bapa yang terlalu gembira dengan kehadiran cahaya mata yang amat bermakna, tambah-tambah lagi pada masa tersebut nabi Ismail telah meningkat remaja, diarahkan untuk menyembelih anak sendiri oleh Allah SWT.


Agak kasar perkataan ‘sembelih’ digunakan. Namun itulah hakikatnya. Masa kecil-kecil dulu, selalu saya dengar pengorbanan.. pengorbanan.. tapi tak faham apa yang dikorbankan? Pelik.. Sehinggalah perkataan sembelih hinggap di telinga. Masha Allah.. Peristiwa apakah ini?


Namun, Maha Suci Allah yang akhirnya menggantikan nabi Ismail dengan kibasy yang akhirnya dijadikan korban.



lembu, haiwan pilihan di Malaysia..


Pengorbanan..


Hari Raya Eidul Adha 1429H tahun lalu adalah yang paling segar dalam ingatan saya..


Pulang ke rumah pada 3 Disember tahun lalu selepas tamat SPM, saya sempat berjumpa dengan sanak saudara yang sedang cuti sekolah. Destinasi sentiasa dituju, rumah nenek, Hajah Aisyah. Satu-satunya tempat di mana kami sekeluarga berkumpul semasa cuti dan hari raya.


Hari Raya Haji tinggal seminggu lagi. Nenek sibuk dengan persiapan korban. Tidak pernah ‘miss’ korban tiap-tiap tahun, semangat beliau pada tahun tersebut juga sama. Dibantu anak-anak dengan keluarga masing-masing, tambah lagi cucu yang ramai, kerja-kerja sembelih dan lapah dibuat kami sendiri beramai-ramai. Senang.


Tapi, nenek tak sihat sangat masa tu. Sering mengadu sakit-sakit. Mak dan ayah saya selalu bawa beliau ke hospital, bergilir-gilir dengan ayah dan mak saudara yang tinggal berhampiran. Saya baru habis ‘exam’, dah lama tak jumpa nenek. Satu-satunya nenek yang masih saya ada..


Rasa tak sedap hati. Semasa tidur di rumah kami, beliau mengadu pernah bermimpi abang saya berpakaian putih berjumpa dengan beliau. Abang saya? Apakah petanda ini?


“Ya Allah, sihatkanlah nenekku.. Aku sayang nenek.” Risau.


Satu malam, nenek telefon, rasa tak sedap badan. Batuk-batuk. Mak segera bawa nenek ke hospital dengan mak saudara, Macik Nab.


Takdir Allah. Nenek telah pergi dalam perjalanan ke hospital.. Di pangkuan anak, Macik Nab. Mak saya panik. Macik Nab menangis. Saya sebak.. Lidah kelu, tidak terkata.


...


Kami semua terlalu sayang nenek. Ntah mengapa. Melihat jenazah nenek dikafankan dan dikebumikan, saya tidak mampu menangis seperti orang lain. Mungkin tidak sanggup air mata menjadi saksi pemergian nenek. Moga-moga nenek tenang..


Persiapan korban tetap berjalan walaupun tanpa kehadiran nenek yang telah mengatur segala pada awalnya. 8 Disember, beberapa hari selepas nenek pergi, Hari raya Eidul Adha tiba. Agak dingin sedikit suasana. Namun, ibadah dan hasrat arwah nenek tetap ditunaikan.



 masa ni tolong pegang je. saya pun lapah juga.. hehe..


Ganjaran..


Masih segar dalam ingatan. Aidul Adha menjadi semakin bermakna..


“Ya Allah. Redhailah nenek yang telah pergi menghadapmu. Semoga segala pengorbanan beliau diberikan ganjaran yang telah engkau janjikan. Sesungguhnya, beliau adalah seorang insan kerdil yang sungguh tabah dalam mendidik anaknya, ibuku. Seorang nenek yang sering menasihati cucu. Seorang insan yang mulia bagiku. Ya Rabbal Alamin..”


Selagi hayat dikandung badan, beramallah rakan-rakan sekalian. Jadikan Hari Raya Aidul Adha sebagai medan mempersembahkan keikhlasan kita sebagai hamba kepada Tuhan sekalian alam, Allah SWT.


Orang bertanya kapada Rasulullah, “Ya Rasulullah, apakah yang ada pada Uddhiyah itu?” Jawab Rasuilullah, "Itu adalah lah sunnah ayahmu Ibrahim." Para Sahabat kembali bertanya, "Apakah yang akan kita peroleh dari Uddhiyah itu?" Rasulullah menjawab, "Pada satiap helai bulu (dari binatang yang kita korbankan) kita akan mendapat satu kebaikan". ( Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah ).


Allah berfirman, "Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat menjamin. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang berbuat baik." (Surah al-Hajj, ayat 37).


Sama-samalah kita berkorban esok okey?
Yang syabab-syabab tu rajin-rajinkanlah melapah..
Yang banat-banat tu ringan-ringankanlah memproses daging..


Sama-sama kita meriahkan aidul adha tahun ini. Semoga ikhlas di hati. Amalan diterima Ilahi. Insha Allah diberkati..



 mangsa korban..


Wasalam..

Friday, November 20, 2009

Penangan Hedonisme

20 November 2009, 1.07 pm
Salam..

Kadang-kadang saya terkeliru dengan istilah hedonisme..
Bak kata cikgu sekolah rendah dulu, hedonisme ni maksudnya.. selfish. Er.. Btol ke? Tak pasti sama ada salah dengar atau saya dah hanyut masa tu. Saya hangguk je la. Budak baru belajar katakan.

Rupanya salah.

HEDONISME itu ringkasnya satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonismelah yang melanda generasi belia kini. Ia menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat menjadi negara maju.

Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas dan sebagainya adalah termasuk dalam tabiat ini.


 Concert. Sangat-sangat mempengaruhi jiwa remaja.

Secara purata, golongan muda remaja terutamanya mahasiswa dan mahasiswi adalah kelompok yang terkeliru, terperangkap dalam gaya hidup ala-ala hedonisme ini. Mengapa?

“Alamak, bukan dosa pon. Kuno betul kau ni.”
“Biasa la bro. Lepak-lepak pon kitaorang study beb.”
“Relak-relak la.. Ko aphal sebok-sebok?!”


"Jamming". Menjadi kegilaan zaman sekarang.

Wahai rakan-rakan remaja sekalian..

Hargailah masa mudamu. Muda hanya sekali. Jangan menyesal di kemudian hari.
Perkara yang kita selalu rugi dan tidak pernah rasa menyesal.. MASA,” Hilal Asyraf, penulis dan motivator terkenal Irbid, Jordan.

Terlalu singkat masa kita untuk bersuka ria tanpa mengingat dunia dan kemudian hari. Mengapa?

Singkap kembali masa silam..

Berapakah umur anda sekarang?
17 tahun? Sudah 17 tahun masa berlalu.
20 tahun? Sudah 17 tahun masa berlalu.
Wah, tak rasa apa-apa. Dah remaja dan dewasa nampaknya kita..
Berpuas hati dengan kehidupan kita? Apa yang telah dicapai?

Jika belum, mengapa masih bersenang-lenang? Enjoy sana-sini.

Kalau sudah, tahniah!! Anda hebat. Jarang sekali muda-muda sudah berjaya.
Namun, setakat ini sajakah matlamat anda? Tidak mungkin begitu kecil cita-cita anda.

Saya faham. Tidak bermaksud untuk menjadi skema dengan mengharamkan semua jenis hiburan. Namun, berpada-padalah. Contohilah cara Rasulullah berhibur. Baginda juga bersenda gurau dengan sahabat-sahabat, bermain-main dengan isteri, baginda pernah bergusti, malah berkejaran dengan Saidatina Aisyah. 

Hiburan sekadar menceriakan suasana dan hati tiada masalah. Malah diharuskan kita sentiasa gembira. Namun, cara dan kaedah hiburan masa kini yang setengah-setengahnya agak melampau perlulah dielakkan.

Sahabat-sahabat..

Muda adalah anugerah. Bukan nikmat untuk disia-siakan. Ternyata, imbas kembali perjuangan nabi sanjungan kita, Muhammad SAW yang tulang belakangnya adalah syabab-syabab yakni remaja-remaja. Begitu mempercayai momentum dan sinergi yang ada pada remaja, sehingga segala potensi yang dimiliki mereka ditagih sepenuhnya oleh Rasulullah dalam perjuangan.

Kita luar biasa! Bukan sekadar boneka kemewahan dan kesenangan dunia.

Rancanglah langkah kita sebaik-baiknya. Demi kesejahteraan hidup di kemudian hari. Juga demi nasib agama kita Islam yang semakin dinodai..

Fikirkanlah nasib agama kita yang semakin dinodai sekali-sekala apabila bersenda-gurau dan berbual-bual bersama rakan-rakan. Apa salahnya.

Benar, pada akhirnya Islam akan menang.

Rasulullah bersabda..
“ Akan senantatiasa ada segolongan dari umatku yang tegak memperjuangkan kebenaran, dan mereka tidak akan terpengaruh dengan orang-orang yang memusuhi dan memerangi mereka“.(HR Muslim).

Namun, perlukah kita menunggu hari kemenangan yang dijanjikan tanpa berbuat apa-apa?

Tidak mahukah menjadi sebahagian dari golongan yang dimaksudkan baginda?

Dengan bangganya kita berteriak, “Allahuakbar.. Allahuakbar..” pada hari kemenangan tersebut. Insha Allah.
Namun, apakah jasa kita untuk meng’claim’ diri sebagai sebahagian daripada orang yang menang pada hari tersebut?

Layakkah kita?



Muslimah Hizbut Tahrir Indonesia (MHTI) mengadakan Aksi Remaja Peduli Masa Depan. Dalam aksi itu mereka mengutuk gaya hidup hedonisme dan liberalisme yang merasuki mental dan moral remaja.

Saturday, November 14, 2009

Critic or Think Comes First?

14 November 2009, 2.15 pm.

Salam


Sometimes, I think it’s better to write in Malay Language for entries concerning about Islam and vital issues. Doesn’t mean that to avoid non-Malay to read the post but I afraid if there is some misuse of English terms those may lead to other means. Hmm.. Obviously speculations will be triggered if that happened.


That’s us. People always make conclusion on first impression..


Rasulullah SAW bersabda: “Satu hari nanti, kamu akan dikerumuni musuh-musuh kamu, ibarat makanan dikerumuni semut.”

Sahabat-sahabat bertanya: “Adakah bilangan kami sedikit ketika itu ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab: “Tidak, malah bilangan kamu sangat ramai. Tetapi ibarat buih di lautan”

-Riwayat Abu Daud.


First, please watch this movie ladies and gentlemen..



So, what you guys feel about this video?


How bad is it this Gubra film? It played with our holy religion, Islam!!


Feel angry? Why? I think I know..


1. Why this film starts with ‘Bismillah’ but have lots of sexual scenes?

2. Why the bilal touch the dog and go to azan?

3. Gubra is an inter faith movie presenting pluralism?

4. Is Article 11 Movement behind this?

5. Yasmin Ahmad supported liberalism and pluralism?


Right?


What are you guys thinking right now?


Are we betrayed by this Malay film, Gubra? An award winning film. Praised by people. Known as a racial tolerant film. The best ever produced by Malay production..


What was happened? Why this film was not banned before being watched?


Angry my Muslim brothers?


Relax.. Let us look into another view..


As I told earlier we tend to criticized on what people did without asking. We underestimate people without being close and know him/her well? Who are we to do that?


Now.. If I say..


1. Why can’t a film starts with ‘Bismillah’? Even in ceremonies we start with ‘Bismillah’.. And the ideas of sexual scenes are the reflect of our community today. Shame to show the reality to public?


2. This case is quiet complicated. Touching dog is not a sin. Just we have to ‘sortu’ after doing that.

Even if the dog is 100% dry, it is unnecessary to do that. In condition there is no saliva come out from mouth. Impossible for the dog to lick its own head as the bilal only touch its head. Plus according to science, dog precipitates at the paws.

But the question, was the dog dry on early morning? No dewdrop at the time?


3. No evidence.


4. No evidence also.


5. Allahyarham Yasmin Ahmad was well known as a charismatic producer who creates lot of movies and tv clips which touches our hearts. Most of the messages are pure and clear. They sometimes perfectly reflect our society. Credit to her. Although he was confused during his lifetime, what we appreciate from him is his messages. Yet, no evidence he is working with pluralism and liberalism movement as I concern.


So…


My friends.. Feel confused? Should I support this film? Or this video clips?


Personally, I think this movie is a great one. It came at a right moment on a right time but quiet controversial way.


I agree, Allahyarham Yasmin Ahmad had his own reason to produce this present to our society in Malaysia especially the Muslim society. How?


See.. at first impression when we saw the film and the above video clip, we feel that something wrong with this movie. Islam has been clowned by these people, our own people! How dare all of you.


I’m pretty sure Yasmin Ahmad expected those comments from our society. People will question on his intention and though in producing this movie. I thought he’s right. Many our people seem angry and feel ashamed on this Malay made movie without further thinking, “There must be reasons”.


Wake up everyone.. Our society nowadays aren’t good as we were before. We are controlled by media and hedonism. Quiet number of our young people are drowned by world.


Bear that! Accept the fact! Why should us run away from reality and become rhetoric despite it was clear to the whole world? There is no point.


Take lessons from what people did. Better than those who only critic without doing nothing..


I understand.. What makes people misunderstood that there is no cooperation between art and intellectual people. That is obvious. I mean it is true that this movie is quiet over limit to have sexual scenes and religious scenes in it for children and young people.


Hence, we need guidance from intellectual people on explaining this art piece. Especially, the ulama’ and religious individuals in order to make things clear.


Yet, the difference in opinion is well accepted. Due to the fact that it had made people more eager to understand the true value and meaning of multiracial. Also the Islamic Laws. Credit to the movie.


Our Muslim society suddenly realized on the dog issue..

Try to find out the pluralism and liberalism issues..

Concern about the Article 11 Movement..

And others..


I should say well done to Allahyarham Yasmin Ahmad and his film, Gubra.


I posted this entry to get responses from other people.

So..

What your comments my friends?


Wallahu A’lam..

Wasalam..

Friday, November 6, 2009

Saya Murtad?

5 November 2009, 12:15 am
Salam..


Saya marah..
Saya sedih..
Saya kecewa..
Saya tertekan..


“Oh, murtad dq.”
“Keluar dq.. Murtad.”
“Ni la budak murtad.”


Murtad? Siapa murtad? Saya? Anda hukum saya murtad? Siapakah anda?


Maaf. Anda tahukah apa maksud murtad? Sebagai seorang muslim tahukah anda maksud murtad sebenarnya di sisi Islam?


Boleh kata orang murtad sewenang-wenangnya? Menggunakan istilah murtad dengan selamba. 


Siapakah anda? Seorang ‘alim tetapi memilih untuk menjadi jahil? Cermin diri..


Mari kita bersama-sama ulangkaji:


Murtad :
Asasnya, ini adalah satu perbuatan menentang. Seseorang yang murtad ialah yang meninggalkan Islam dan menjadi pengkhianat kepadanya melalui anutan baru atau perbuatan. Hukuman bagi murtad adalah mati.


Allah SWT berfirman : ertinya : "Barang siapa kafir kepada Allah sesudah ia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang-orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar".....(16:106).


Ya. Saya tahu. Murtad dq..
Apa yang dimaksudkan orang yang mengungkap perkataan ini adalah keluar dq.


Sedap di mulut yang berbicara tetapi pahit di hati yang menerima. Siapa sangka? Anda memang tidak bertimbang rasa. Pada saya, murtad adalah keluar dan mengkhianati serta menentang.


Saya memang telah keluar dari Darul Quran. Saya akui. Namun, mengkhianati dq atau saudara-saudara di dq tidak sama sekali. Apatah lagi mahu menentang mereka. Jauh sekali mengkhianati Al Quran atau menentang kitab suci itu. Segenap isi masyarakat di Darul Quran masih lagi bertakhta di hati saya.


Bayangkan selama beberapa hari bersua sahaja..
ada sahabat saya yang sanggup berlapar untuk saudara..
ada sahabat saya yang sanggup tidur di atas tanah demi saudara..
ada sahabat saya yang sanggup di hina demi saudara..
ada sahabat saya yang sanggup ditempelak, dimaki kerana saudara..
air mata yang gugur hanya kerana saudara..
kerana ukhuwah dibina..


Ini yang saya saksikan sendiri selama 2 minggu kami diorientasi. Masih tiada lagi orientasi seumpama ini saya temui di tempat lain. Belum pernah. Memang membina ukhuwah yang mantap antara kami. Saya sendiri mengalirkan air mata, merasa manisnya ukhuwah yang terpelihara.



 Minggu Haluan Siswa dan Orientasi.


Masih lagi berhubung dengan sahabat-sahabat di sana. Sohaib, Pian, Wan Pian, Fahmi dan sahabat-sahabat lain.


Saya memang merindui Darul Quran..



Masjid Darul Quran.


Tetapi, begitu dangkalkah sarikata dalam fikiran sehingga perkataan murtad juga harus digunakan? Banyak lagi perkataan lebih sesuai untuk golongan ini. Keluar dq.. Bekas dq..


Maaf, saya pasti anda orang yang berilmu apabila dapat mengungkap istilah murtad.


Tetapi.. Awas!! Apabila terasa semakin banyak ilmu di dada, semakin bongkak diri terasa. Perlukah bersikap begitu? Bukankah semakin banyak ilmu yang di teroka semakin kerdil diri di sisinya? Atau adakah ilmu dimiliki masih belum cukup untuk mendidik diri dan hati? Ilmu tanpa pehamanan sebenar umpama ular yang akan mematuk tuannya di kala si empunya alpa.


Saya amat sedih dah kecewa..


Katalah saya dengan apa yang anda mahu. Tetapi janganlah suatu hari anda akan termakan dengan kata-kata sendiri.


Saya ada rancangan sendiri..


Ustaz reda anta pilih jalan sendiri. Selagi anta masih bersemangat untuk istiqamah dan sabit anta akan berjaya. Jangan tukar identiti,” pesan terakhir Ustaz Syuaib, murabbi kelas tasmi’ sebelum saya melangkah meninggalkan bumi barakah, Darul Quran.


Insha Allah.. Saya akan ingat. Saya telah berjanji akan berusaha menghabiskan hafazan saya di Jordan.


It’s very pity for you to choose this hard path compared to us. Anything happens just remember my bless is always with you dear. Hope to meet you again.” Mesej terakhir saya terima daripada Teacher Maznah. Dia yang sentiasa mendorong saya dalam tempoh saya berbolak-balik fikiran semasa membuat pilihan.


Saya dapat restu dari ustaz-ustaz dan guru-guru saya. Saya dapat sokongan sahabat-sahabat walaupun ada yang masih kecewa dengan tindakan saya. Saya tidak menghasut mana-mana pihak untuk menyertai saya. Saya lalui proses yang sah. Maklumkan kepada ustaz. Mintak restu. Hantar surat kepada pengarah. Betapa sukarnya setiap langkah-langkah dilakukan. Hanya kerana cinta dan rindu kepada ketenangan dan barakah Darul Quran.


Namun, pilihan yang dibuat bukanlah jauh menyimpang dari matlamat menjadi seorang hafiz. Insha Allah saya akan laksanakan walaupun bukan di Darul Quran. Cuma mengejar impian sejak kecil bergelar doktor perubatan. Masih berhasrat meghafaz Al Quran.



 Quran sentiasa dihayati, disemat hati.


Sahabat-sahabat..


Hanya yang turut merasa dapat memahami..
Betapa susah menempuh tohmahan dan hinaan tanpa dorongan di sisi.
Betapa hati ini disakiti.
Betapa diri kerdil ini dimaki dan dicaci.
Sungguh hanya boleh menyepi diri.
Tiada niat beralih sisi.
Hanya merealisasi sebuah impi.
Harap semua faham mengerti.
Bantulah hamba yang lemah berdiri.
Hanya yang turut merasa dapat memahami.


Saya rindu Darul Quran..


Semua ini saya anggap sebagai cabaran.
Cakaplah apa yang hendak dilontarkan. Bagus. Biar ikhlas..
Terima kasih kepada insan-insan yang menyedarkan diri.
Peringatan kepada diri supaya sentiasa istiqamah dan sabit.