Thursday, December 17, 2009

Money, Money, Money

17 December 2009.
Salam..

Awal Muharram datang lagi. Selamat tahun baru kepada semua umat Islam. Walaupun tiada kedengaran bunyi bunga api semeriah tahun baru masihi ataupun tahun baru cina dan sebagainya, moga-moga roh tahun baru ini menjadi platform ke arah menjadikan diri anda lebih baik.

Azam tahun baru? Ingin berubah?


masa berubah sentiasa tersedia untuk anda. sanggup?


Berjimat Wang

Saya sarankan anda satu perubahan paling bermakna. Berjimat wang.

Aspek paling penting dalam hidup serba moden masa kini. Duit..

Orang kata…

“Tak ada duit tak pe. Janji bahagia.”

Tak pun..

“Wang bukan segala-galanya.”

Agak-agak realistik ke ayat-ayat tu sekarang ni? Kalau hidup pun tunggang-langgang, tidak terurus dek kerana tiada duit untuk perbelanjaan seharian, boleh bahagia? Tepuk dada tanya minda.

Walhal dalam apa jua urusan dalam dunia ni, semuanya kena pakai duit.
Nak belajar kena pakai duit..
Nak beli barang pakai duit..
Nak makan pakai duit..
Nak naik bas pakai duit..
Nak masuk tandas pun dah kena pakai duit??!!

Lain la kalau dunia ni mak ayah kita yang punya. Semua benda boleh dapat free.. Tak gitu? Mana ada benda percuma sekarang ni. “Balash” atau “Majjanan” bak kata orang Arab, maksudnya percuma.

Cara nak ada banyak duit.. Berjimat cermat. Sudah tentu.
Cuba jimatkan wang semaksima mungkin.
Contohnya, pilihlah barang lebih murah harganya walaupun bezanya hanya dua tiga ringgit semasa membeli belah.

Bukan kedekut ye.. tapi berjimat.


no money, no talk.


Biasiswa

Tahniah jika anda salah seorang penerima biasiswa. Anda memang hebat kerana berjaya mendapat kepercayaan penaja anda.

Dapat duit walaupun tak kerja lagi. Bestnye..

Contohnya, rata-rata pelajar luar negara ditaja dengan RM 2500 sebulan. Mewah tak terkata..
Duit tu untuk ape?

Hmm… Makan minum..
Betul.

Hmm… Pakaian.. sweater especially. Well, winter’s coming..
Betul.

Hmm… Sejuk. Nak heater. Beli la 5 buah..
Beli la. Takut beku..

Hmm… Jalan-jalan tengok tempat orang..
Er.. yang ni bagus juga.

Hmm… nak up to date sikit la. Handset 3G, camera 12megapix..
Boleh la satu.

Hmm… boring. Nak PS3..
Okey la tengah-tengah tensen..

Hmm… bilik kosong. Beli satu family teddy la..
Beli je..

Hmm… malas nak masak. Order je la pizza, kfc, mcd ke..
Pulak..

Hmm… duit banyak ni. Beli la home teater..
Fulamak..

Inilah satu-satunya masalah yang paling kronik, menjadi penghalang untuk berjimat. Pantang ada duit lebih, nak je dihabiskan.

Apa tujuan sebenar biasiswa?

Anda sebenarnya dibayar untuk menuntut ilmu. Boleh dikira sebagai student bergaji. Yuran pun orang dah tolong bayar.. Tiket flight pun tak perlu susah-susah kumpul duit. Nak suruh study pun orang boleh bagi duit lagi??!! Rugi sungguh penaja biasiswa ni kan? Akhirnya, anda juga yang jadi doktor, engineer, pensyarah atau alim ulama’.

Soal study betul-betul atau tidak bukan jadi fokus di sini. Kalau tak belajar tu boleh dikira makan gaji buta ye tak? Agak-agak bersih ke tak gaji buta tu..

Tapi, soalnya kali ini, untuk apakah duit hasil titik peluh mak ayah, abang-abang, kakak-kakak, atau saudara-saudara kita digunakan? Sanggup dibazirkan begitu sahaja?

Kalau tak nak fikir pasal orang lain pun, fikir pasal diri sendiri. Berbelanja tak beragak. Semua benda orang beli, kita pon nak beli. Last sekali duit habis. Nak makan apa? Nak pergi lecture naik apa?

Bagi yang senang-senang tu, cuba lihat sahabat-sahabat lain yang susah kerja sambil belajar. Tangguh pengajian sebab tak cukup duit. Jika tergerak hati nak tolong, bagus. Kalau tak berapa mampu, ambil peringatan untuk diri. Jangan ingat kita akan sentiasa bernasib baik. Entah-entah duit biasiswa tersangkut.. atau mana-mana penaja tarik balik.. Na’uzubillah..



Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Surah Al-Isra:27).

Bak kata pepatah Arab Jordan, “ Simpanlah duitmu yang putih itu untuk hari hitam kamu.”


jangan sampai jadi seperti pokok tak berdaun, baru nak beringat.
..:: model: cuib ::..


Wallua’lam..
Salam Maal Hijrah 1431H.

5 comments:

Anonymous said...

tah..tgk la org yg xde biasiswa tue..nmpk x brkire..tp stiap sen yg dibelanje dikirenyer..

Lady Shukriyah said...

sgt ske entry anda.

walopn ak stil gle shoping.

bt stil.

it's a gud rminder!

tq.

SADIS said...

ouh, kacak sungguh model itu..

single lagi tak si cuib tu?.ana bekenan nk buat menantu la..haha

btw, aku tak kesah abes dwet untuk ko.haha=]

ustaz aming said...

duit abes utk kperluan idop xpe.
mcm potong rmbut 2..
jgn utk bnde yg x brfaedah..
nasihat kamu sgt brgne faiq.
haha

faiq zaini said...

salam~

Anonymous: haha.. sapa ni? jom ar ak blanje..

Lady Shukriyah: tq. ak pon ske shopin gak.. window shoping~

SADIS: single but x availabe dio kaboo.. santeek ar gtu. sapot duit koster pon jd la..

ustaz aming: hmm yup.. beringat-ingat la guno duit..

tq..