Sunday, February 21, 2010

Berkawan Biar Seribu, Bercinta Jangan Satu

20 February 2010

Salam..


Dalam perjalanan pulang ke rumah dari Seminar Kewangan Islam BKMJ 2010 di Dewan Mu’tamarat, Universiti Yarmouk semalam. Saya berjalan bersama MC-sepenuh-masa, Auliya (bukan nama sebenar). Kami bersembang-sembang pasal bisnes, karier, perancangan hidup dan macam-macam lagi.


Tengah-tengah rancak borak-borak, terserempak pula Dan dan Lan (juga bukan nama sebenar), mereka on the way ke latihan bola tampar. Wakil Irbid dalam sukan Karisma kata mereka.


“Ooo.. main tak ajak ye,” dengan gaya perli ala-ala mak orang, Auliya segera memulakan bual bicara.


“Eh, ye ke? Jom.” Dan dengan muka selamba mengelakkan diri dari menjadi sasaran kata-kata pedas pendebat peringkat antarabangsa itu lagi.


Dengan serta-merta perbualan kami masuk ke beberapa topik lain seperti sarung tangan Lan, hutang belanja Popeye dan lain-lain. Lama juga, dalam 15 minit.


Dah habis, saya dan Auliya teruskan berjalan. Tak sampai 100 meter, terserempak pula dengan Bro Halfi dengan member. Mereka juga nak pergi ke court volleyball.


Berhenti, sembang lagi. Agak-agak dah lama borak-borak, kami teruskan lagi berjalan.


Beberapa minit kami berjalan, saya tersenyum hampir tergelak. Saya cakap,

“Auliya, bila kita nak sampai rumah ni?”


Auliya terdiam sekejap..

“Ha’ah. Asal jumpa orang je stop sembang-sembang. Haha..” balas Auliya.

  

Suasana Berukhuwah


Mesra. Perkataan paling sesuai mengungkap suasana warga Melayu di Irbid, Jordan. Seniority tidaklah menjadi aspek terpenting difikirkan. Hormat yang tua, sayangi yang muda.


Tiada beza jurusan, tahun pengajian malah umur.


Berkawan dengan semua orang. Cinta dengan semua orang.


Mana-mana jumpa, bagi salam.
Mana-mana jumpa, hulur tangan.
Mana-mana jumpa, tanya khabar.


“Sihat?” teguran paling popular. Singkat, tapi penuh makna. Menunjukkan concern, cakna dan ambil berat kepada saudara-saudara.


Malah, walaupun tak kenal, tak ingat nama dan belum pernah jumpa, tanya-tanya khabar macam dah lama kenal. Haha.. lepas tu baru ta’ruf. Entah ta’ruf yang ke berapa dah sebenarnya. Maklumlah, jumpa pun kadang-kadang.


Suasana yang jarang dijumpai di tempat-tempat lain. Mungkin disebabkan faktor komuniti Melayu di Irbid yang tidaklah begitu besar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan memerlukan tenaga kerja dari semua pihak.


Namun, tidak mustahil suasana ini boleh diwujudkan dalam komuniti yang ramai yang bilangannya mencecah beribu-ribu orang, malah berjuta-juta. Semangat persaudaraan itu penting.


Friend believes in you when you have ceased to believe in yourself.


Banyak Orang, Banyak Ragam


Agak aneh apabila saya mendengar cerita-cerita dari rakan-rakan yang baru pulang dari bercuti ke tempat-tempat lain yang mana amat berbeza jika dibandingkan di sini.


“Kalau pergi sana kan, sama-sama Melayu pun tak tegur bila jumpa kat tengah jalan. Maklumlah, dah ramai sangat orang Melayu kat situ. Jumpa pun buat ‘dek’ je lah.”

Kata seorang kawan yang baru balik dari Mesir. Maaf jika terlalu telus. Tapi, bagi mengelakkan pihak lain terasa.


Saya pun pernah sendiri mengalaminya semasa di Turki pada cuti yang lepas. Pengalaman di sebuah kedai pasta bersebelahan Grand Bazaar.


Saya dapati ada tiga orang anak Melayu sedang makan di dalam kedai tersebut. Macam biasa, masuk rumah orang bagi salam. Dijawab tauke kedai dan pekerja. Tidak kedengaran jawapan dari mereka. Mungkin tak dengar atau sudah dijawab dalam hati.


Mahu ditegur, mereka tidak memandang kami yang sedang masuk ke dalam kedai.


Saya duduk di penjuru lain. Saya perhatikan mereka. Harap-harap perasan ada orang lain dalam kedai ni.


Mahu angkat tangan, pandangan dialihkan sekilas ternampak kami.


Oh, Nampak rupanya. Ok.


“Assalamualaikum.” Dengan lantang salam diberi sekali lagi.

“Waalaikumussalam.” Dengar pun mereka ni.

“Dari mana?” soalan saya.

“UK,” jawab salah seorang.

“Kami dari Jordan,” saya beritahu tanpa ditanya.


Berbual-bual sedikit sebanyak. Kemudian, masing-masing buat hal sendiri. Tak banyak yang dikongsi. Mungkin disebabkan mood saya pada awal lagi sudah sedikit rosak.


Macam-macam perangai manusia ni..


 Salji sama putih, kasut lain-lain.


Cukup Dengan Salam


Contoh-contoh realiti yang diceritakan di atas bukanlah bermaksud merendah-rendahkan mana-mana pihak. Tidaklah bermaksud masuk bakul, angkat sendiri. Cuma sebagai peringatan dan pencerahan kita bersama.


Maaf bagi yang terasa. Mungkin suasana persekitaran kita selama ini berbeza.


Di Irbid, ada juga yang tidak suka bergaul dan berkenal-kenalan dengan orang. Mungkin sendiri bagi sesetengah orang lebih menenangkan, malah merupakan cara mereka berfikir dan bermuhasabah. Itu hak mereka. Kita kena hormat.


Namun, bertegur sapa sekejap tiada ruginya. Paling tidak pun, cukuplah dengan salam dan senyum.


Antara perkara pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah,


“Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim. Solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur. Nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera.”

Riwayat oleh Ahmad, Ibn Majah, al-Baihaqi.


Antara kelebihan salam yang paling utama adalah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang dan cinta. Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.


Berkawan biar seribu, bercinta jangan satu.


"Saya nak kawan sampai syurga." -Cuib

Wallahua’lam. Wasalam..

10 comments:

sayaBerd said...

yang penting gmba gi turki kne ade. haha.

bgos la paiq. kita ncb baek dok jordan ukhwah trjalin rapat. aku g satu ngara ni. selisih sesame melayu pon x bertegur sape.

nice.

Op uLyA said...

haha bagus ar si auliya tu.. mesra lagi sangat baik kan. mesti dye member baik awak kan kan.

Iman Aisyah said...

salam..
a good story on ukhuwah!

SADIS said...

setuju!

kalau boleh spam ni, aku spam dah.

"likelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelike"

ha, mcm tuh aku spam.

good one, mmg anak didik bro Hilal la.

faiq zaini said...

salam~

sayaBerd: lupa daratan kot.. isk3..

Op uLyA: memg pon.. ske men bang2 org ni..

Iman Aisyah: wsalam.. my fren memg pntgkn psahabatan ni.. untung ad member2 gitu..

SADIS: oh haha.. tbaek la spam lu..

tq all 4 visit.. ^_^

LuRveHaTeR said...

alhamdulilah..moga ukhwah itu kekal smpai syurga jugekk..ukhwahfillah abadan abadaa,insyaallah.. =]

nwahdaty91 said...

kitowg p alex ai 2 pown kn tgo ngan parent sorg dak nih..
jmper smer2 mel xtgo..tp mka dorg cam arab..2 y kompius..huhu..
tp mmg btoi un..coz d surrounding..len klu slalu jmper ngan jarng2 jmper..klu xslalu jadik xcted ckit..n more precious moment 2 c dak mesia..huhu..

wallahua'lam..

husna said...

salam, penting pengerat ukhuwwah dan maksudnya sendiri yg mendoakan saudara seislam....
mesir, suasanaya berbeza, ad je yg bertegur sapa tp x semua....walaupn agak pahit, terpaksa ditelan realiti itu~~~

"hakikatnya, semua manusia itu bersaudara..."

faiq zaini said...

salam..

LuRveHaTeR: inshaAllah..

nwahdaty91: oo sian pacik tu.. juz angkat tangan, senyum pun da ckop kot.. x necessary xcited sgt2..

husna: eh, rmai plak cment psal mesir. actually, sy x pnah smpai sna lg. juz dgar2 cerita kwan2 y da pg.. so, x mau ckp bnyak pasal tu. maaf..

tq all ^_^

gReeN iS pEAce said...

nice story..
indahnya ukhuwah tu..
kat kolej ni pon sedikit sebnyk rasa mcm tu..
sebb komuniti malay y sedikit..

nanti lagi lah..