Tuesday, December 3, 2013

Ana Majnun

Khamis, 31 Oktober 2013.

Semasa menulis ni, aku dalam perjalanan ke Hospital Fheis terletak di Amman, ibu negara Jordan. Fheis adalah sebuah daerah kecil dikelilingi gunung-ganang. Terkenal dengan hospital bahagia (baca:sakit jiwa) ini. 

Sudah seminggu termasuk hari ni berada di Fheis. Lagi seminggu minggu depan kena datang sini. Perjalanan saja lebih kurang dua jam dari tempat tinggal. Pergi balik empat jam. Empat jam saja dah duduk dalam bas. Round dengan seminar tiga jam saja. Lagi pendek. Menarik betul jadual harian selama dua minggu ni.

Tanyalah student medic mana pun. Semua kata psychiatry adalah rotation untuk relax. Rotation yang paling tak significant. 

Tetapi, inilah rotation yang paling mencabar. Nak memahami hati manusia-manusia istimewa.

Hidup di Jordan ni stress sebenarnya. Rakyat miskin. Kerja susah. Dah dapat degree pun bawa teksi je. Aku lupa berapa prevalence sakit jiwa Jordan. Tapi ramai yang masuk hospital disebabkan tekanan.

Di Hospital Fheis, environment dia dah macam penjara. Di sini pesakit kronik-kronik yang tak boleh dikawal dengan ubat pesakit luar ditempatkan. Kronik bukanlah bermaksud teruk tetapi berlanjutan. Pakcik makcik di sini diberi ubat secara injection. Bila tiba masa bagi ubat semua kena pergi satu bilik, inject. Lepas tu bebas melilau dengan rokok masing-masing. Itulah rutin mereka. Sedih.  

Doktor hospital universiti aku sendiri complaint layanan buruk yang diberikan di Hospital Fheis.  

Di Hospital Fheis, aku jumpa pakcik mengaku Allah. Hafal banyak surah. Cakap macam ceramah kita dengar di masjid-masjid. Hebat. Aku rasa kalau sampai tempat kita tu orang dah angkat jadi syeikh tok arab.

Aku jumpa makcik kena pukul dengan suami sampai gila. Suami pukul lepas baru setahun kahwin. Aku rasa suami dia yang kena ada situ. Bukan makcik tu.

Aku jumpa abang bekas engineer. Bujang. Hidup mula depress lepas dapat mak tiri. Mak tiri dia pernah cuba racun dia. Dia dalam keadaan terkawal dan dia tahu bila masa dia akan jadi gila. Pandai. Bila aku tanya kalau keluar ni nak kerja balik, nak kahwin? Dia kata memang dia nak kerja. Tapi kahwin tak. Dia tak nak susahkan bakal isteri dia dan tak nak anak dia warisi penyakit dia. Aku terkedu juga time tu. Tersentuh sense lelaki aku. 

Banyak lagi kes-kes lain.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Paling aku ingat sepanjang rotation psychiatry ni hari last kami. Dua hari sebelum exam. Kami dengan Dr Ali. 

Kami tengah bincang-bincang dengan doktor macam biasa. Datang seorang kakak. Muka berkerut. Bila tanya katanya umur dalam 20-an. 

Dr Ali suruh seorang groupmate perempuan aku tanya soalan.

Dia ada depression. Bujang. Pernah fail exam kemasukan ke university. Tak ada kerja lagi. Dia kehilangan ayah tahun lepas. Dia complaint ayah dia pernah datang beberapa kali. Jumpa dia.

Bila tanya soalan itu, tanya soalan ini, dia jadi agitated. Dia start nangis.

"Aku tanak hidup.. aku tanak hidup.. aku nak jumpa ayah aku".

Mula-mula perlahan je dia cakap. Lama-lama dia menjerit ayat tu. Dia ambil fail-fail atas meja dia cuba koyak-koyak. Kami biar. Sebab doktor pun biar je.

Lepas tu dia selerakkan beg tangan dia atas lantai. Dia ambil pil. Dia cuba nak telan. 

"You should stop her," kata Dr Ali tenang. Tapi dah terlambat dia telan.

Tak cukup dengan tu. Dia dia ambil pen atas meja. Cuba tikam pergelangan tangan dia. 

Time tu baru semua orang nak panik.

Dalam group aku time tu ada empat orang lelaki melayu dengan empat orang perempuan arab. Member perempuan arab semua dah tutup mata.

"Aaaaa..." semua jerit serentak.

Nasib baik lah kami empat orang lelaki ni sempat pegang tangan dia.

"Aku nak mati!! Aku nak mati!!" dia jerit kuat-kuat. Cuba gigit tangan kami yang tengah tahan dia.

Dr Ali panngil nurse. Bagi injection. Susah betul nak bagi.

Dia meronta-ronta. Setengah jam juga la macam tu. Kuat. Kami empat orang pun habis tenaga layan dia. Hairan aku. Badan kurus tapi banyak betul tenaga dia. 

Doktor cadangkan dia ni masuk hospital macam Hospital Fheis tu. Dah tak terkawal dah. Takut dia cuba bunuh diri lagi.





Bagi aku sakit rohani ni lagi susah nak dirawat dari sakit jasmani. Kadang-kadang kita pun tak tahu sakit ke tidak sebenarnya. Personality pelik-pelik pun boleh jadi sakit. 

Satu je, treat people equally bagi aku tu penting. Orang depress kalau dilayan sebagai patient lagi depress. 

Teringat masa nak fly datang sini hari tu, aku terjumpa kawan lama mak. Dulu satu sekolah dengan satu universiti. Sekarang beliau pakar sakit jiwa. Katanya hospital di Malaysia pun tidak disebut sebagai "hospital sakit jiwa". Malah diberi nama hospital bahagia, hospital sentosa, hospital permai dan sebagainya. Salah satu cara psychology untuk orang yang dimasukkan dan mengelakkan stigma buruk dari masyarakat setempat.

Serba sedikit pengalaman hidup.


*Post ini dah lama tulis. Baru nak touch up dan publish.

No comments: