Wednesday, April 14, 2010

Serius nak Kahwin?

Rabu, 14 April 2010.


Salam..


Post pertama dalam bulan April. Bicara tulus dari hati..

Kahwin? Relax dulu. 4 orang lagi atas aku tak kahwin lagi.




Exam, Exam dan Exam



Semenjak dua menjak ni, rasa macam tak ada masa sangat. Nak kata sibuk sibuk dengan program, memang dah biasa dengan program yang banyak di Irbid ni. Nak kata sibuk dengan assignment, JUST tak ada bagi assignment ye. Tapi sibuk dengan exam yang tak tahu bila habisnya.


Nak tulis blog ni pun curi-curi masa sekejap ni.


Semalam baru habis exam histology. Habis exam untuk fasa pertama daripada tiga. Balik rumah, rasa nak rehat-rehat. Tapi, saya terbaca status ym seorang sahabat ni, “2 minggu lagi exam physio.


Terkejut. Nahas aku. Dah kena buka buku physiology pula. Exam physio yang pertama hari tu da cukup menhancurkan angan-angan nak pakai kot putih dengan gembira dan suka hati.


Tipu je tu. Belajar apa-apa pun susah kalau malas. Tambah-tambah lagi medic. Bukan senang macam cakap di mulut. Memang menstresskan kalau tak tahu nak relax ,nak-nak bila dapat markah rendah. Oh, belajar bukan setakat ambil exam dan cemerlang ye.


“Aku rasa nak jadi lecturer Biology je la. Senang. Syllabus sama je ajar budak-budak. Banyak sangat la medic ni.”
Lagi satu pengakuan berani mati kawan saya, **** Al-Qusour.  


Tapi tak apa. Keluar makan dulu.


Tengah-tengah jalan,


“Aku tengok budak-budak dentist ni lepak gile. Tak ada pun nampak mengadap buku je macam student medic.
Komen **** Wala’ bila ditengoknya budak-budak dentist JUST selalu pergi pool sampai pagi. Er.. dentist sahaja? No offense.Haha..


 Banyak sangat yang kena cover.




Bincang Lelaki Punya Masa Depan




Sampai dekat kedai makan. Sorang-sorang tempah ayam bakar setengah ekor sorang. Mentedarah ayam setengah ekor kami malam tu. Portion perut Arab dah mempengaruhi perut pelajar Melayu di sini. Mana tak tembam..


Selesai makan, macam-macam sembang.


“Sekarang ni kan. Ramai dah sangat budak-budak kita tulis pasal tu kat dalam blog.”


Tiba-tiba,


“Eh, korang rasa aku sesuai ke dengan budak tu?” tanya seorang orang.


“Oh. Budak tu. Boleh-boleh. Bapak dia baik. Mesti boleh masuk nye,” jawab sorang lagi.


“Aku target 26 ni la. Amacam?” Yang sorang lagi.


“Tak pe. Kalau ada yang kat sini, aku support. Duit no hal,” penggebang Irbid memulakan gebang.


“Tak pe la. Korang dulu la. Aku 32 kot,” sorang brother ni.


“Uish, lambat. Time tu orang dah tak fikir pasal ni da.”


“Habis tu. Time tu fikir pasal ape?”


Time tu dah fikir pasal buat anak la der!”


Isk3.. lu pikir la sendiri pasal apa.


Ini semua cerita suka-suka tapi realiti. Tiada kaitan dengan yang disebut sebagai ikhtilat mahupun gatal-gatal. Harap jangan salah faham.


Kenapa cakap pasal ni?


Masa depan kena rancang. Hidup ni bukan setakat main redah je. Kena ada strategi orang kata.



Happy Anniversary Mom and Dad




Bangun pagi ni, saya terbaca status facebook kakak saya,


first time wish, huhu~~~ Hepi wedding anniversary to Ma,Siti Rokiah n Abah... kami anak2 sayangkan kamu b'dua~~~ smoge b'kekalan sehingga ke akhirnya, sampai syurga, iAllah~~~


Saya tersentak sejenak. Memang tak pernah wish sebelum ni.


“Patut la cakap pasal benda ni semalam. Aku lupa.”


Semalamkah? Hari ulangtahun perkahwinan mak dan ayah?


“Aku tak pernah tahu. Terlupa sesuatu tarikh yang amat penting.”


Sebenarnya, saya bukanlah jenis yang suka beri-beri hadiah dan meraikan. Terasa soft skill itu kurang sekali dalam diri. Tengah belajar sikit-sikit.


Pernah saya try masa saya darjah 4. Saya bawa bunga dengan kakak, jumpa mak, ucap “Selamat Hari Ibu, ma”. Mak saya nangis sambil peluk kami. Segan sangat-sangat rasanya. Mula-mula memang rasa malu. Tak biasa.


Saya pernah terbaca ada orang tulis kat blog pasal anniversary ayah dan ibu mereka. Bagus.


Mak dan ayah pun tak pernah sambut hari anniversary. Mungkin segan. Entah-entah, senyap-senyap sambut tanpa pengetahuan anak-anak. Minta maaf ma, abah sebab lupa perkara penting ni.


Credit untuk kakak saya yang mengingatkan. Kalau tak, mungkin saya tak akan tahu. 14 April, tarikh keramat.


Jadi,


Selamat hari ulangtahun kepada ma, Siti Rokiah Hj Daud dan abah, Mohd Zaini Zakaria.
 Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan bahagia ke akhir hayat bersama.


Abah pernah cakap, “Abah harap dapat jadikan semua anak-anak berjaya.”
“Abah, you did it. Sangat-sangat berterima kasih ada ayah yang berdedikasi.”


Ma banyak sangat kerja. Masak, kemas rumah, ajar kami baca Quran tiap-tiap malam dulu. Semua perfect.
“Ma, jangan risau. Kami akan balas bila dewasa nanti. Sangat-sangat berterima kasih ada mak yang penyayang.”


Terima kasih, ma dan abah.


Semoga kasih dan sayang di bawah redha Allah menjadi ikatan utuh sepanjang hayat kita sekeluarga.


Ikhlas dari anak-anakmu:
Faidhi, Farha, Fakhri, Filza, Faiq, Farzana, Faris dan Faiz.


We all always love you. Ma, abah.


Wallahua’lam. Wasalam.


11 comments:

-hazen said...

aceh.

nak kawin?

taik mata pun ada lagi, haha.

mende lah aku merapu.

ice juliette said...

nama adeq bradeq sume mule huruf F ye.. huhu!

happy anniversary dr budaq yg ntah dr mane.. huhu! ^^

gReeN iS pEAce said...

post mase depan..

bersedia dari sekarang..

:)

tepianmuara said...

hari tu introspeksi iman, bang naqeb meriwayatkan, dari kawan de;

"siapa yang tidak merancang untuk kahwin, sebenarnya merancang untuk bujang"

!!!haha.

nawal said...

suke tgk org busy2 blajar, sbb benci dgn diri yg tgh menganggur!

bguih le plan awal2..haha!

zul_akhyar said...

smalam ek...nseb bek x pegi..

erm...kawen 25 la,ikut sunnah..
haha..

faiq zaini said...

salam..

-hazen: smpai bilo pon x kawen ar gitu.. hazen la plak ko ni sadis..

ice juliette: oh a'aa.. F for fantastic. hehe.. shukran2..

gReeN iS pEAce: btol2. inshaAllah..

tepianmuara: jgn smpai bujang lapok sudey..

nawal: oh bukn mnganggur. blom lg kerja..

zul_akhyar: rugi woo x pg. haha.. oh, ko 25 er. santek la tu. baru abes dgree. slamat2..

shukran.. tq all 4 visit.. ^_^

<3 fA_fiE <3 said...

huhu bile abis blaja? pikir mase dpn.gud start huhu

happy anniversary to ur parents yea..:)
moge bhgia hgga akhr hyt..insyaAllah,amin..suke tgk org bhgia :)

W M Najib said...

saya serius nak tengok anta kahwin awal!
cpat cpat!

Nasuha Zuraidi said...

jangan risao,dentist tahun ni je free..tahun2 seterusnya..isk3

bittaufiq exam physio :)

faiq zaini said...

salam..

<3 fA_fiE <3: 6 taun lg nak abes dgree. mekasih banayk2..

W M Najib: haha.. anta dlu la abg najib. ana lmbat lg..

Nasuha Zuraidi: oh. tu la pasal.. da puas saya nsihatkan diorg ni kak. tp degil. hehe.. x de la. bila lg nk sronok2.. tq.

tq all for visit.. ^_^