Friday, March 26, 2010

Itu Masalah Kamu Juga

Jumaat, 26 Mac 2010


Salam..


Takut. Kenapa kita takut?


Cuak. Kenapa kita cuak?


Perasaan yang semua orang tak mahu rasa. Kalau boleh, saya pun tak nak rasa. Sebab? Siapa nak rasa takut? Siapa nak rasa diri terancam? Betul tak?


Kenapa rasa takut? Takut dengan tuhan? Takut mati? Takut kehilangan keluarga? Takut kehilangan harta? Takut kehilangan sokongan kawan-kawan? Takut ditinggalkan boyfriend atau girlfriend?


Macam-macam jenis takut. Tapi kadang-kadang sahaja kita rasa takut ni.


Ketakutan Dalam Sengsara


Sedar tak sedar ada saudara kita tiap-tiap hari, tiap-tiap jam, tiap-tiap minit, tiap-tiap saat rasa takut. Rasa tak selamat. Bukan sebab apa-apa jenis phobia yang dialami seperti acrophobia, Achluophobia, Arsonphobia, Hematophobia atau banyak lagi seumpama dengannya.


Mereka di bumi Palestin yang tinggal hanya beberapa ekar tanah sahaja lagi, sangat takutkan tempat tinggal mereka dirampas secara haram oleh Zionist.


Baru-baru ini proses pembinaan 1600 penempatan baru milik kerajaan Israel di bumi Palestin mendapat tentangan yang hebat dari pelbagai pihak.


Malah, US sendiri melalui Presiden Barack Obama mengarahkan Israel menghentikan kerja-kerja pembinaan di kawasan Timur Jerusalem itu.


Dasar Israel, angkuh dan sombong. Dah Yahudi tu, Yahudi la juga. Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu kelihatan amat keberatan dan enggan mengghentikan serta-merta. Walaupun beberapa sesi mesyuarat dengan kabinet dilakukan tapi nampak masih tiada hasil menguntungkan Palestin.


Penduduk Palestin menjadi mangsa. Menjadi pelarian di tanah sendiri.


Tidak cukup-cukup lagi merampas tanah dan harta orang. Tamak. Haloba. Mungkin lepas habis Palestin disondol, Jordan jadi mangsa. Siapa tahu?


 Tanah Palestin dirompak sedikit demi sedikit.


Masalah Kita Bersama


Teringat semasa saya menghadiri Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di PWTC bulan Mac tahun lepas. Antara speaker yang diundang, Dr Azzam Tamimi, aktivis politik dan juga ahli akademik berketurunan Palestin yang menetap di Britain.


Deligasi dari pelbagai bangsa dapat dilihat dalam dewan. Boleh dikatakan sebuah konvensyen bertaraf antarabangsa.


Ketika sesi soal jawab, bangun seorang lelaki berkulit hitam, mungkin dari negara benua Afrika, sedang belajar di UIA menanyakan soalan, yang maksudnya:


“Doktor, ada diceritakan apabila tibanya hari-hari terakhir dunia, Nabi Isa akan turun untuk menghukum Bani Israel kerana melanggar larangan memasuki Palestin. Pada masa tersebut, umat Islam dikatakan telah menang, mengatasi kaum Yahudi dan Kristian. Ia adalah satu kemenangan yang pasti. Mengapakah kita tak tunggu hari tu sahaja?”


Seluruh dewan agak riuh seketika.  


Dr Azzam Tamimi bangun member jawapan, seingat saya:


“Memang kita akan menang. Tapi dengan apa jaminan? Saya berasal dari Hebron yang dahulunya aman. Sekarang, saya tidak sanggup melihat saudara-saudara yang masih berada di palestin menderita. Mereka abang-abang saya. Mereka kakak-kakak saya. Ini masalah kita. Saya tak mahu tunggu! Saya mahu masuk dan bebaskan Palestin sekarang juga!


Jawapan beliau disambut sahutan dan tepukan seluruh dewan. Penuh semangat. Kalau boleh, sekarang juga nak naik flight pergi Palestin.


 Dr Azzam Tamimi sedang memberikan pembentangan. Seluruh dewan penuh.


Milik Umat


Pernah pemimpin perubahan Turki, Mustapha Kemal Ataturk meminta wilayah Palestin diserahkan kepada pemerintahannya atas dasar membangun dan menjaga kota suci itu.


Namun, khalifah pada masa tersebut rela dijatuhkan dari takhta dan menolak cadangan berbau kotor itu. Muslihat musuh disebalik rancangan dihidu beliau. Katanya:


“Baitul Maqdis bukan milikku. Baitul Maqdis juga bukan milik kerajaan Khalifah Uthmaniyah. Namun, Baitul Maqdis adalah milik seluruh umat Islam. Aku tak berhak ke atasnya.”


Milik kita, tanggungjawab kita.


Sabarlah menanti pembebasanmu, wahai Palestin.


Akan bebas semula.

Wallahua'lam. Wasalam..

10 comments:

Abdul Munir Sanusi said...

Moga kalian dan kita-kita ada jiwa seperti Solahuddin Al-Ayubi. Free Palestine!

Salam Abdullah said...

Allahuakbar!

Bangkitlah wahai ummah,
keperluan untuk kembali kepada Islam semakin mendesak..

the best solution is back to the Quran..

wala' said...

lamo beno x update..
at last..haha

Ratu Syahadah said...

salam. mmg sakit hti ble bce paper x hbis2 israel duk tmbah2 lg pembangunan, perumahan kt sna. ska hti dia je~~ US dh kecam tindakan dia pn, dia wat dek je. laknat yahudi !

loqo said...

bgus faiq..kupasan yg menarik..menaikkan lagi semngat dan kesedaran pembaca..moga usaha di nilai di sisi ALLAH..amin..

faiq zaini said...

salam..

Abdul Munir Sanusi: botul tu abang mun y kacak bgaya..

Salam Abdullah: yup sale.. back to Quran..

wala': sori2.. x sngka ad pminat tertunggu-tunggu. ana bz sket 2 3 minggu ni. haha..

Ratu Syahadah: kecam pon dlm endah x endah je. nway, jlankan tugas kite..

loqo: eh.. loqo~ 1st time singgah. tq2.. inshaAllah.

tq all. wasalam..

Nur Amalina said...

Salam.

Alhamdulillah, I was there too during the convention. mmg soalan lelaki kulit hitam tu and explanation from dr azzam mmg perkara yg igt sampai hr ni.

Kalau tak silap, Dr juga ade sebut. "I will not wait for Imam Mahdi to come".

Wallahu'alam.

sof_16 said...

Palestin menjerit2 meminta bantuan umat Islam seluruh dunia.
namun, umat islam seluruh dunia tidak henti2 membeli peluru untuk mereka.
bukankah kejam begitu?

ayuh gencarkan kempen boikot!

lin said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,ut聊天室,情色遊戲,情色a片,情色網

umur skrg ni umur alfatih bukak konstantine said...

salam..
ana pon pergi juga KBAZ last year..
dan ada yg bertanya mengenai isu imam mahdi kalau x salah ana...

and, either one of the gorgeous doctors said that (lebih kurang nya)

islam akan bangkit.. tapi.. takkan kite nak tunggu imam mahdi.. dan kita tak pasti imam mahdi ni dalam bentuk apa senanyer..
jd kita mesti bergerak untuk kebangkitan islam...

wallahua3lam
(kalau ada salah betulkan.. tapi ini yg ana ingat)

sumer ada peranan masing2..
yg berjuang dgn jiwa raga berperanan sbg itu..
kita juga ada peranan..
jihad nafsu, harta, doa...

either kite contribute or kite wat dunno

wassalam