Saturday, June 19, 2010

Cuti Sem 2 Sekarang

19 Jun 2010.

Salam..


Dah lama tak post apa-apa dalam blog ni.


Kurang semangat berblogging sebelum ni. Tambah pula dengan exam tiap-tiap minggu dua tiga bulan lepas. Boleh kata tak ada masa langsung nak jenguk-jenguk blog ni. Maaf banyak-banyak blog kusayang. “-_-


Cuti semester 2 start semalam. Ramai kawan-kawan dentistry terus angkat beg travel lepas habis subjek last exam. Kami budak-budak medic ada 1 lagi kertas last, anatomy.


“Kami cuti dulu ye..” Kurang asam betul korang ni..


Seronok tengok mereka dah habis exam. Bakal-bakal doktor ni pula sibuk dengan buku lagi. Diorang sibuk dengan packing. Memang tak aci. Tup tap tup tap sorang-sorang budak dentist hilang dari bumi Irbid ni. Tak perasan pun.


Exam pula pukul 4 petang. Tak rasa nak struggle sangat pula malam tu. Pagi esok boleh baca lagi. Hehe~ World cup pula satu hal. Tiga match sehari. Waktu Jordan, pukul 2.30 petang, 5 petang, 9.30 malam. Memang tak jalan la buku depan tv tu.


Tengah-tengah buat soalan anat, terjumpa soalan ni. Memang question of the sem. Memang tak kan lupa la pernah buat soalan ni time grad nanti. Serius tergelak sampai tak ada mood nak sambung buat soalan lepas tu. LOL..




 Macam mana aku nak jadi doktor ni?? "-_-



Cuti Sudah..


Sekarang ni, dah sehari cuti. Exam anat semalam. Tak tahu nak seronok ke apa. Entah. Sunyi pula tempat ni. Ada yang pergi Syria. Ada yang da balik Malaysia. Pergi Turki. Europe. Aku?? Ada plan sendiri. Jangan risau.


Plan cuti 2 minggu sem 2:



1. Cari rumah dan pindah.                           


Yang ni dah separuh settle. Eh, bukan separuh. Suku. Er… lebih sikit la. Sebab rumah dah cari. Dah sain contract. Tinggal kerja paling leceh.


Pindah barang. Lemah vertebra aku. Serius banyak sangat barang.


Nak start pindah, member dah pergi Syria. Nanti la..


Nak beli karpet baru ke pindah karpet lama? Soalan tak terjawab lagi. “-_-



2. Aktifkan balik menulis blog.


Yang ini dah berjaya. Bukti?


Ada di pejabat saya? Tak ada..
Ada di rumah saya? Tak ada..
Ada dalam beg saya? Tak ada..
Ada dalam poket saya? Tak ada..

-Tengok Youtube, cari video DSAI di Kelantan baru-baru ni. Seronok tengok gaya beliau cakap.


Simple..

This is my first post after months.. Fuh2~ tiup habuk kat blog ni. Macam orang selalu buat. Adeh..



3. Keluar Irbid, cuti-cuti


InshaAllah. Ni la plan cuti aku kali ini.
Bukan plan cuti biasa. Bukan main-main.
Kalau main-main tak jadi. Tak dapat apa. Dapat seronok saja la.


Pergi mana?


Ana nak pergi umrah. Alhamdulillah..


Salah 1 sebab further study di Negara Arab, senang nak buat umrah atau haji.
Haji inshaAllah.. Umrah dulu.


Ziarah yang dikira sebagai ibadat. Baru 19 tahun dah pergi umrah?
Bagi saya benda ni jarang dapat. Ntah-ntah kali pertama dan terakhir.
Baru 19 tahun tak bermakna umur masih panjang.
Ada peluang, grab it. Right?


InshaAllah.. Saya tak kan lupa doakan semua di sana. Abg Faidhi, saya ada doa khas untuk beliau. Huhu~


Makbul tak wallahua’lam. Kita hanya minta saja.



 Labbaikallahumma labbaik.. akan ku sampai ke sana..



InshaAllah. Semoga cuti kali ni banyak manfaat. Masa jangan disia-sia.


Ramai tengah cuti sekarang ni. Students oversea pun ramai yang dah balik Malaysia. Bersyukrulah dapat cuti 2 3 bulan. Bukan macam kami. Saya stay untuk summer semester. Balik 3 minggu sahaja lepas summer sem.


Lagi panjang cuti, sepatutnya lagi banyaklah manfaat korang dapat.


Harap-harap gitu lah ye.


Semoga cuti kalian bermanfaat. ;)


Wasalam. Esok pergi Amman.

8 comments:

Amanina said...

McD? huhhhhh. sangat tak saintifik. haha

selamat menunaikan umrah. :)

hnyhar said...

beruntunglah faiq menuntut ilmu di bumi barakah..semoga keberkatan ilmu sentiasa mengiringi hidup faiq..amin.

faiq zaini said...

salam..

amanina: hahaha.. itu la pasal..

ustazah hanani: inshaAllah.. shukran.

W M Najib said...

gd lckk!

Fira Ya Hilwa said...

g umrah? parents akk pn nak g gak khamis ni (24/6).
doakn kebaikan ktorg yg kat cni ek. semoga Allah sntiasa bsama kamu ^_^

faiq zaini said...

najib: mekasih abg komeng.. enta pon gud lak la mncari calon.. XD

fira ya hilwa: inshaAllah.. mekasih. kot2 dpt jmpa. mna tau..

ainshams said...

xpe..korang nyer cuti still banyak lagi jika dibandingkan dgn kitorg.. selamat menunaikan ibadah umrah, taqabbalallahu 3la to3takum.

faiq zaini said...

kak ain: alhamdulillah. mekasih..