Thursday, September 2, 2010

Jangan Banyak Songeh

1 September 2010.


Salam..


Alhamdulillah, selamat sampai di Malaysia pukul 12 tengahari dua hari lepas, naik Oman Air. Rasa hebat sungguh pasal ni flight pertama sampai dari Jordan pagi tu. Transit di Muscat, Oman sejam je walaupun tiket taklah boleh sampai kering poket. Flight lain ada yang sampai 10 jam.


Sampai-sampai kat airport,tukar simcard Celcom. Dah setahun tak buka. Agak-agak henset ni dah tak kenal dah, pending lama semacam. Cek balance, ada RM30.50! Yay! Ada lagi kredit? Tahun lepas punya agaknya. Terus telefon mak, ayah, adik beradik, sedara-sedara, kawan-kawan, sampai kredit tinggal bersen-sen.


Dah gua sampai awal. Seronok la nak sambut member yang naik Emirates dan Kuwait Air kejap lagi. Gebang sungguh. Kah3..


Tapi..


Mana bini aku? Bini yang dok heret dari rumah sampai airport. Naik flight sekali. Tengok-tengok dah hilang! Omaigoat..


“Kami dah cek encik. Ada lagi dekat Muscat. Time transit dia tak naik. Nanti dah sampai kami call encik.”  ‘-.-


Tertinggal kat Muscat lagi. Dah la kurus je dia tu. 30kg je.


Maka, keluarlah dari departure hall macam orang baru balik sekolah. Bawak backpack satu kat belakang. Tak ada benda nk heret kiri, kanan. Orang lain susah-susah tarik beg besau-besau. Gua lenggang saja. Bergaya sungguh.



Sampai Rumah Akhirnya



Sesampai saja kat LCCT, dah teringat kat kampung. Flight balik Kelantan pukul 8.30 malam. So, kena la tunggu kat situ dari petang, buka kat sana of course.


Masuk waktu buka, makan nasi lauk ayam, ulam, agar-agar, puding. Bersila terus atas lantai. Buat macam airport tu nenek kami punya. Bukan selalu makan gini, tu pun ada orang tak selera dah. Dia ni budak ganu.


“Tak mboh la. Aku dop selere doh. Makang nasik pong dok lalu doh.”


Rindu sangat kat penyu peliharaan kat rumah kot.. Dah setahun tak jumpa. Ntah-ntah dah pupus.


Kih3.. Gurau.. Gurau.. Saya respek orang Ganu. Mana ada penyu nak singgah negeri lain kat semenanjung ni. Sabah ada lah. Daya tarikan Pulau Wan Man kot..  


Kami buka puasa. Ajak kawan-kawan akhawat sekali makan sama-sama.


Hah??!! Akhrowat??? Makan sama-sama??


Relek-Relek.. Pasal kakak Naim ada kasi lauk sikit. Taklah sikit sangat, tapi cukup la nak makan sepuluh orang. Kami empat saja. Ajak la diorang sekali.


Bagi juga dekat orang-orang Indon yang ada kat belakang sana. Seronok la pulak buat iftor kat LCCT ni. Pak guard yang lalu semua tegur. “Makan.. Makan..” “Sedap lauk.”


Nampak sorang mak cik tengah makan roti. Kawan saya, Cuib Jun Poyo pergi kasi sepinggan. Dah bagi, sempat lagi sembang-sembang kemas. Dia ni memang kurang segan, tu pasal cepat masuk ngan orang agaknya. Claim baru balik oversea kot.. Sejuk perut mak mengandungkan.


Lepas basuh tangan, saya tengok mak cik tu macam pernah jumpa. Tapi di mana ye? Dia pun sama. Rasa pernah jumpa. Saya nak terus teka kang silap pulak. Tak cam sangat.


“Anok cikgu Zaini ko?” –sila baca dalam loghat Kelate.


Hah?! Mana tau? Habis la aku. Dia kenal. Silap la kalau tak dapat teka balik mak cik ni.


“Sayo mok Syarhan. Dok kat kapong serdang.”


Ya Allah! Ni cikgu aku!


Terkejzut aku di situ. Camana boleh lupa??!!


Bukan cikgu secara formal pun sebenarnya. Suami mak cik ni, PK Hem kat sekolah rendah aku dulu. Syarhan tu satu batch kat sekolah rendah dulu. Abah aku pun mengajar kat sekolah tu. So, pernah la pergi rumah beraya dulu-dulu. Masa kecik.


Memang rasa balik Malaysia. Jumpa orang sekampung pula tu. Flight kami delay sejam. Agak frust di situ. Sampai Kelantan pun lewat sejam. Sampai la juga.


Alhamdulillah.. dapat jumpa family masing-masing.


Rentaslah seribu lautan, kembaralah ke seluruh alam. Takkan kau temui semurni cinta, semurni cinta keluarga…
                                                

Kawan baruku, awan biru. Naik flight banyak-banyak ni boleh bikin muak juga rupanya.



Professional bukan pada Posisi tapi Kualiti



Hari ini..


“Encik Ahmad Faiq. Beg sampai pukul 7.30 malam ni. harap dapat pergi ambil ya.”


Pergi ambil? Dekat KLIA dulu cakap nak hantar sampai depan rumah?


“Sebab ini flight luar negara. So, susah dia nak settle alamat sampai sampai rumah."


Pulak.. Kakak kawan saya luggage tertinggal dua, tiga hari sebelum saya dia kasi sampai depan-depan rumah boleh saja. Flight dari planet Marikh agaknya. Spesel sikit.


Nasib baik gua sayang bini. Kalau tak dah buat dono je.


Pergi airport cari kaunter pertanyaan, sebelah hujung sana dari pintu masuk. Aku tanya mana nak ambil luggage baru sampai.


“Boleh ke kaunter sana. Yang ada tulis MASjoko (bukan nama sebenar. aib.. aib..) tu.”


Pergi sana,


“Oh, ni kena tanya bilik Customer Service ni. Masuk dalam tu ye.”


Masuk dalam bilik,


“Boleh pergi dekat balai ketibaan ya. Beg sampai kat sana. Bawak kakak kaunter kat luar tu.”


Pergi balik kat kaunter MASjoko tu.


“Oh, memang ada kat sana. Awak pergi ambil la. Bagitau jaga dalam departure hall tu. Kata nak ambil beg.”


Patah balik. Pergi departure hall kat depan pintu masuk tadi. Tanya jaga.


“Eh, tak boleh kami ambilkan. Kena bawak orang sana datang sekali. Nanti ada sign mana-mana borang. Tak pun dia kunci dalam stor. Saya tak tahu. Bagi terus kang pengurus marah-marah pula.”


Saya cakap lah dia suruh ambil sendiri. Tak kasi juga. Suruh jaga cakap dengan akak tu pakai walkie talkie, dia cakap tak ada line dengan kaunter.


Patah balik pergi kaunter MASjoko sebelah hujung sana. Aku bagitau staff, korang kena datang sekali. Dah panas dah ni.


“Oh, tak kunci dalam stor pun. Ada kat sana tu. Pergi lah ambil.”


Habis tu. Takkanlah nak aku pergi cakap balik kat jaga, “Pak cik, diorang tak kunci dalam stor.”?? Sah-sah la jaga tu suruh pergi kaunter balik, bagitau kakak tu yang dia tak tahu.


Aku dah panas. Apsal tak boleh tinggal kaunter tu kejap? Dok sini bukan ada kerja. Dah tak ada flight dah nak terbang malam-malam gini. Ikut aku, cakap sendiri dengan jaga tu. Benda kecik gini pun tak boleh tolong settlekan? Tak payah jadi kerani la.


Susah betul cakap dengan pompuan tak reti bahasa. Hah.. kan gua da marah.


Aku tak ada la marah dia terus. Cakap elok-elok. Akak tolong roger jaga sana boleh? Dia senyap.


“Balik Kelantan naik apa?”


Aku cakap naik tApIR ASIA (juga bukan nama sebenar. aib.. aib..). Kenapa?


“Oh, kira beg tu bukan kami yang uruskan. Kamu kena tanya si tApIR ASIA lah kalau gitu. Sebab flight kamu bukan MASjoko masa balik sini.”


Pulak.. Dan-dan je kau..


Tapi masalahnya, aku bukan naik KL sampai Kelantan je. Aku ambil flight dari Amman nun, sampai Kuala Lumpur dengan Oman Air. Oman Air flight bawah kendalian MASjoko kau tu. Beg tertinggal time transit kat Muscat nun. Aku report dekat staff KLIA pulak tu, bukan LCCT. Kalau report kat LCCT haram dapat jumpa beg tu kat Oman.


Staff KLIA boleh cakap nak contact Amman dan Muscat punya airport, tolong cari dan hantar sampai rumah. Walaupun sebenarnya dia hantar sampai Kelantan je dapat, kira ok la. Ni, nak cari beg yang memang dah dalam airport sekangkang kera tu dan kasi aku pun susah.


Banyak alasan. Padahal kalau tinggal kaunter tu kejap, tolong cakap ngan pak cik jaga tu, semua dah settle. Boleh aku pergi masjid awal-awal, solat tarawikh.


Dia suruh tunggu dulu, nak settle dengan boss. Cakap je. Tapi..


Dia packing barang, keluar dari kaunter tu. Astagfirullahal azim.. dah nak habis shift rupanya!!


Patut la nampak berat je punggung tu. Tak sabar nak balik sangat.


Lepas tu, keluar sorang bro ni. Suruh tunggu kat departure hall. Kejap lagi dia datang katanya. Kakak tadi tu memang dah lesap balik rumah, main bunga api kot.


Tunggu dalam sepuluh minit, bro tu datang, cakap sendiri dengan pak cik jaga. Pastu dia bawa aku masuk kat tempat luggage.


Astagfirullahal azim.. aku terkejzut lagi.


Aku nampak beg aku terbalik kat tepi rel tempat beg keluar tu. Macam tak pernah ada orang nampak. Mana yang dia kata stor lah?? Kunci lah.. Apa lah..


Serius aku KECEWA sangat-sangat dengan kualiti pekerja-pekerja Malaysia yang macam ni.  


Pergi airport nak ambil beg je. Terbaik tak?


Be professional.


Wallahua’alam. Wassalam..

17 comments:

NuR mUsLimAh said...

post paling lwk ak pnah bce.
x pasl2 gelak sorg2 ak kat library ni.haahah

bini pown bleh lpe ek...ish3...=p

ara said...

~macam mana blh dapat best airport nih? parameter apa dye guna?

Syahida Majid said...

Aih, ingat Arab je perangai macam tu. Jangan sampai aku menchi dan mengutuk orang sendiri dah la. Kalau org Arab bleh la tahan sikit, konon-kononnye kata budaya derang memang macam tu. Hish!

Fira Al said...

huhu...1st time kot baca faiq punya entri yg 'panas' cmni..haha
kalau akak pun, akak panas beb. paling benci bila org layan kita camtu. tak baik owh...dahla naik byk flight (cukuplah skali akak nek tApIr ASIA gi sabah aritu boleh buat sakit telinga berhari2, serik dah naik flight..huhu), dh tu kne dtg ambil beg sndiri, kemudian layan pulak macam 2, igt kita robot ke hape?! lenkali sound je akak kaunter tu. biar dia tahu adab sikit.. tp memang kebanyakan org melayu buat kerja camtu la, ada tu siap muncung2 lagi layan org, baik kerja belakang tabir je, sng, nak bt pe pun org xkisah sbb xnmpk.

*err luahan perasaan ke pe nih?* haha

faiq zaini said...

salam..

muslimah: x bek woo gelakkan org.. haha..
ni betul punye ngah panas ni. haish..

ara: klia memg best. x dok masaloh. ni epot laen ni. heheee..

k shi: hmm.. sama ja. y buruk, buruk jgak. nk kutok mlayu kna dlm bhasa arab la kot. cepat terasa.. hehee..

k fira: haha.. relek2.. sy panas time nulis je. da okay da. :)
susah nk cari mlayu y pro. cina ramai. ptot la tiptop bisnes.

shukran all.. jzkallah..

Cidak said...

Hahaha

Bini lu tak cukup kasih sayang kot,tuh dia lari

Syuki Mohd Sidi said...

salam,, huhu..lcu gk ble bc..cmne la hang leh tertggl bini kesygn 2..:)) bnde da nk jd an? hik3!

zulaikha said...

hehe...dramatik sungguh kisah gf awak ni ye..ape2 pon alhamdulillah la kan dpt jugak..hehe

pengalaman tuh..next time kalo gf hilang lg xde la gelabah sgt cm 1st time.. hehe :)

Shathirah said...

thnx kat naim sbb ajk kmi mkn.
bkn x sudi nak ambik bnyk2
tp seriusly mmg xlalu sgt nak mkn time tuh..bnyk btol mslh

semoga tabah dgn musibah

Najwa Aiman said...

syukran banyak2 utk makanan tu.

kami memang tak lalu makan.
mungkin penat dgn mslh beg overweight.

knmz2210 said...

fuiyoo...panjang benar kronologi kat klia...dugaan ramadhan :)

Shathirah said...

ala wawa, xyah la bocorkan rahsia

faiq zaini said...

salam..

cidak: gua da sumbat manyak2 baju santek2 pon x ckop lg? mkanan kurang kot. haha..
bilo nok bawok ak g jale ganung?

syuki: dia tinggal gua.. huhuhu~

k zul: a'ah.. sumpah gelabah gile. rase cm da x de makna staun dok oberc. kah3..

shat: sdap x kami masak? hehe..
sy pon x lalu. tp dah pose kan, x makan lapau.

wawa: haha.. sama la dengan si junpoyo tu. beli tiket x tak dok luggage. camana nok bawok beg naik flight?? 0.o

knmz2210: alhamdulillah sume dpt settle.. y drama tu bkan kt klia. klia tiptop. ni epot len ni.. hehee..


tq all. brakallah.. :)

W M Najib said...

hehe.
sian abee.

aku ingatkan orang arab je camni.
bangsa sendiri pun camni ke ah.

kang ada gak kena ketuk gak ni.
haishh.

W M Najib said...

hehe.
sian abee.

aku ingatkan orang arab je camni.
bangsa sendiri pun camni ke ah.

kang ada gak kena ketuk gak ni.
haishh.

Ariffah9 said...

haha. selamber artikel.

yep, pekerja malaysia?? apa nak jadi?

faiq zaini said...

najib: mana2 sama. ad lebih ada kurang.

arifah: kita la nati.