Monday, August 23, 2010

Puasa Yang Yok??

19 Ogos 2010.
(post ni dah tertangguh selama 4 hari sebab blogger.com diblock seketika di Jordan) 


Salam..


Sudah seminggu Ramadhan dilalui. Sekarang dah masuk hari ke-9.

Puasa apa cerita?
Solat dan qiam macam mana?
Sedekah dan zakat bagaimana?

Soalan-soalan lazim ditanya di bulan Ramadhan.



Bulan Ramadhan, Bukan Setakat ‘Bulan Puasa’



Bulan Ramadhan, bukan bulan puasa. Jangan sempitkan skop kepada puasa saja.


Memetik kata-kata Tuan Guru, kita panggil bulan ni dengan nama Ramadhan sebagaimana Allah panggil. Bukan bulan puasa.


Sangat setuju dengan pendapat Tuan Guru ni. Asal bulan Ramadhan je, bulan puasa. Lazim, ingat puasa. Senang cerita, kerja-kerja terus jalan macam biasa, tambah tak makan dan tak minum. Ini silap kita.


Itu yang jadi puasa tapi tak solat. Sebab memang selalunya pun tak solat.


Itu yang jadi puasa tapi mengumpat sana, mengumpat sini, mencarut sana, mencarut sini. Sebab memang selalunya mulut dok sebut benda-benda gitu.


Itu yang jadi puasa tapi malam-malam clubbing sana, clubbing sini. Sebab memang tiap-tiap hari lepas kerja selalu pergi lepak sana. Tarawikh? Tu sunat aje. Pandai jawab.


Macam biasa. Kerja tetap jalan.Hidup macam biasa. Janji tak makan, tak minum siang hari. Kalau tak kena tangkap dengan jabatan agama. Nampak? Gitu ke puasa?


Puasa sebab nak kurus kot.. Er.. Ada?


Ramadhan Kareem. Ramadhan ni bulan tarbiyah orang kata. Kalau sakit hati sangat pun nak dengar tarbiyah.. tarbiyah.. senang cerita ‘bulan nak mengajar jadi manusia’. Kadang-kadang kita tak boleh dengar orang cakap pasal tarbiyah ni. Asal dengar “tarbiyah”, mind set kita, ni mesti budak ni nak ceramah aku ni. Asal dengar “sama-sama kita berusaha ke arah iman dan amal”, mind set kita, ni budak tabligh mana ni.


Betul tak? Susah kalau hati tu dah gelap sangat. Orang tegur, semua benda tak nak dengar. Astagfirullah.. Banyak-banyak istighfar.


Ok. Dalam masa sebulan ni tolong hormat hukum-hukum Allah. Jangan kasi Allah murka dalam bulan pengampunan ni. Orang nak kasi ampun, kita buat kurang ajar. Patut ke? Langsung tak munasabah rasanya.


Ramadhan bukan setakat puasa saja. Tolak tepi istilah ‘bulan puasa’. Masa Ramadhan nilah kita nak baiki diri. Yang jarang solat sunat, ikut solat tarawikh. Yang susah nak puasa sunat, kita puasa, wajib lagi tu puasa Ramadhan ni. Yang kurang sedekah, kita banyakkan sedekah. Zakat fitrah tu pun macam sedekah, malah wajib lagi tu.


InshaAllah, kalau buat dengan ikhlas, azam nak baiki diri, rasa nak bertaubat, benda-benda yang kita dok amal time Ramadhan ni akan jadi biasa masa bulan-bulan lain. Dengan izin Allah. Bertepatan dengan firman Allah,





“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

Surah Al Baqarah, 183.


HA! Itu tujuan puasa kita sebenar. TAQWA. Agar kamu bertaqwa.


Bukan agar kamu kurus.
Bukan agar kamu sihat.
Bukan agar kamu lapar dan dahaga. Jimat, tak payah makan minum.


Tapi, agar kamu bertaqwa.


Nak kurus exercise la tiap-tiap hari. Nak sihat, main bola selalu. Nak jimat, bukan sampai berlapar caranya.


Nak capai tujuan sebenar puasa Ramadhan ni bukan sekadar cakap di mulut. Kena buktikan dengan amalan, tambah ikhlas di hati. Saya pun tak pasti mampu capai atau tidak, tapi sama-samalah kita berusaha.


Ramai orang puasa, tapi setakat dapat lapar dan dahaga. Nauzubilahi min zalik.


-Peringatan untuk diri sendiri dan anda semua.



Nak Tegur, Tegur Terus



Saya tegur-tegur macam baik sangat ni bukan apa. Malam ni saya belajar satu benda berharga.


Pertama kali solat di Masjid Al Banna di Wastil Balad. Saya solat sebelah seorang pak cik tua ni. Semasa solat isaya’ kelihatan tak sedap duduk. Lap sana, lap sini. Memang cuaca malam ni agak panas, angin pun memang agak hangat.


Masuk solat tarawikh, dia nampak agak marah. Tapi terus solat. Sampai habis empat rakaat solat tarawikh, imam bangun nak bagi tazkirah. Belum pun sempat tazkirah, pak cik sebelah saya ni bangun, terus bising-bising.


Saya sebenarnya tak ada la paham sangat apa yang diemokan pak cik ni. Tapi, ada beberapa point yang saya agak-agak dapat tangkap.


Dia tak puasa hati kipas perlahan sangat. Air cond slow sangat. Panas, nak solat pun tak khusyu’.


Orang lain semua pandang muallim ni. Tapi, tak ada yang bising. Hentam balik dia ni. Memang panas pun. Orang lain semua berpeluh-peluh, saya pun sama. Tapi pak cik ni sorang je berani, terus bangun, complain pasal kipas sekali dengan air cond.


Saya respect sungguh pak cik ni. Rata-rata arab memang gitu. Kalau ada masalah, berani, terus tegur. Tak cakap-cakap belakang. Tak ada nak buka mulut lepas nasi jadi bubur.


Satu lagi, orang lain tak ada nak hentam balik. Tak ada nak ‘boo’. Semua dengar. Padahal masalah kecil je. Kalau kita, “Alah, dia ni nak bising apa? Aku pun panas juga.”


Last sekali, imam suruh orang lain bagi ruang kat pak cik ni duduk di saf depan sebab kat depan dekat sikit dengan air cond.


Dia berani complain dia dapat duduk sebelah air cond. Untung.


Tapi, ada juga kurang adab. Yang ni kita tak payah la ikut.


Orang Melayu, nak tegur memang kena jaga hati. Sibuk sangat jaga hati sampai semua benda tak jadi. Nak tegur kawan, takut kena panggil skema. Nak tegur adik beradik, takut kena panggil kurang ajar. Nanti nak tegur bini pun, takut. Takut bini merajuk.


Tu semua DAYUS namanya. Jaga hati tak bertempat.



Wallahua’lam. Wasalam..

4 comments:

cahayaharumankasturi said...

salam ramadhan qareem

perkongsian yg baik..
kekadang tu setakat pose sbb bulan pose je, rukun islam laen xwat..

nak tegur org tu mmg la susah, lagi2 org terdekat...yg baik tu mmg la ssh nk wat wlpn nmpk mcm sng

teruskan menulis :)

Salam Abdullah said...

Salam..

Mabruk2. Semoga lepas jalani Ramadhan ni, hati2 kita semakin hidup. Ameen~

ooo.. gitu citenye male tuh. Ambo xpehe. Xdenga pok cik tu oyat.

Ye, nak tegur direct je. Baik tegur dari ngumpat blakang.

Syukran.

Firah Al said...

nice n3.
a'ah org melayu mmg macam tu, semuanya nak jaga hati. nak jaga ati orang punya psl smpi ati sdri xtjaga. tapi tulah, bulan puasa ni je nampak mcm sume org jd baik, tp kalau boleh istiqamah lah hendaknya...amiin.
selamat menyambut pesta ibadah ye ^_^

faiq zaini said...

cahaya: wsalam. inshaAllah..

sale: mujo x ajok tok ime gocoh jah. panah tu..

fitrh: tq. selamat2..

mkasih for visit.