Saturday, February 19, 2011

Kakinya Antara Syurga dan Neraka

Sabtu, 19 Februari 2011.

Salam.


"Apsal cepat sangat dia ni turun? Habis la curti aku!!"
"Time berkira-kira dulu tak nak turun. Orang dah sampai rumah baru nak turun."
"Habis la duit main camni. Nyusah orang tol dia ni."

Macam-macam rungutan kedengaran dari kawan-kawan yang tengah study kat Mesir. Gara-gara revolusi, semua kena hantar balik. Tiada masalah. Seronok. Dapat cuti free.


Tapi masalahnya, nak balik Mesir balik ni yang buat leceh. Baru dua tiga minggu. Dah la sendiri support pula tu dengar ceritanya.

Ada pula la yang kata kena sambung dekat malaysia je.

Tapi, hari ni Sinar Harian kata kerajaan negeri Kelantan dan Pulau Pinang katanya nak bagi RM2000 seorang. yang Selangor pula nak kasi support tambang katanya. Kalau betul Alhamdulillah..


Revolusi Arab


Revolusi. Degar perkataan ni cukup gerun. Excited pun ada sebenarnya.

Memang tidak sangka dalam tempoh tengah belajar dekat negara Arab ni, dapat pula menyaksikan gerakan revolusi yang amat mengujakan. Semua bangkit inginkan perubahan. Memang terbukti manusia akan bersatu apabila menuntut faedah bersama.

Bukan kali pertama dunia Arab berevolusi sebenarnya.

Revolusi Arab (1916-1918), menyaksikan berpecahnya negeri-negeri Shams di bawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniah.

Revolusi Iran 1977, mengubah kerajaan Iran daripada sistem monarki kepada sistem Republik Islam diketuai Ayatollah Ruhollah Khomeini.

Juga Revolusi Mesir 2011 baru-baru ini, menjatuhkan diktator yang telah memerintah selama 30 tahun, Muhammad Hosni Sayyid Mubarak, successor kepada Anwar El Sadat yang dibunuh di tentera sendiri. Selamat dari 6 kali cubaan membunuh, beliau akhirnya tumbang kepada rakyat yang kental berdemonstrasi.

Bayangkan, 18 hari dengan bekalan makanan disekat. ATM dan seluruh perhubungan dan komunikasi ditutup, mana hadirnya tenaga berdemonstrasi beramai-ramai itu?


Allah bersama kebenaran. MashaAllah..

Semangat revolusi menjalar ke bumi Algeria, Libya dan daerah-daerah Arab buat masa kini. Semua inginkan nasib mereka dibela.


Taat Pemimpin Sampai Bila?


"Ana kecewa sungguh lah pasal kat Mesir sekarang ni. Selagi pemimpin tu solat jangan lah pegi tentang depa."

Rungutan seorang pelajar di UK. Terjumpa dekat London dalam dua minggu lepas. Dengan penuh hujah dan pendirian, beliau condemn apa yang berlaku di Mesir. Saya dengar saja.


Sama-sama kongsi pendapat.


Kurang bersetuju sebenarnya dengan sedara ni. Ada juga teringat akan hadis nabi yang lebih kurang maksudnya, janganlah kita tentang pemimpin selagi dia solat.


Tentangan yang macam manakah? Revolusi itu adakah tentangan? Pemimpin yang macam manakah?

Apa beza pemimpin dengan pengikut?

Apakah yang patut ada pada pemimpin yang pengikut tidak ada?

Dia solat. Orang lain solat.
Dia bagi zakat. Orang lain bagi zakat.
Dia pergi masjid. Orang lain pun pergi masjid.

Dia jalankan amanah. Orang lain pun ada amanah.
Tapi samakah amanah dia dengan orang lain?

Berlaku adil kepada rakyat?

Ada. Sapa buat jenayah dia sumbat masuk penjara.
Itu sajakah maksud adil?

Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kalau tak? Zalim lah jawabnya.
Kalau dia sama saja dengan orang lain, baik jadi pengikut saja.

Tentangan.

Orang Mesir yang buat revolusi tu pakai senjata ke? Tembak sana sini.

Tak langsung. Semua kosong. Ini adalah strategi rakyat yang berkesan pada saya.

Kalau pakai senjata confirm kalah. Kerajaan mesti ada tentera yang hebat-hebat dengan jet pejuang dan sebagainya.

Tapi, kalau kitalah yang bawak kereta kebal tu. Depan ni ada perempuan ke.. budak-budak ke.. Sanggup ke kita langgar? Apatah lagi nak tembak? Kalau sanggup, awas. Seluruh mata dunia akan tertumpu pada anda.

Ramai orang berulang kali menyebut ayat ini..


"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri dari kalangan kamu. Kemudian, jika kamu berbantah-bantahan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembalikannya kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik dan lebih elok kesudahannya."
Surah An Nisa' : Ayat 59


"Kita kena taat dengan pemimpin!! Jangan bantah. Salah pun kita jangan lawan. Taat!"

Adakah itu yang dimaksudkan dengan ayat ni? Kena taat tanpa soal. 

Pembodek je suka ikut tak tentu hala ni.

Tapi, kenapa tidak diambil sepotong ayat lagi sebelum ayat tadi,



"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."
Surah An Nisa' : Ayat 58 

Pemimpin kena dulu adil. Kalau ikut susunan ayat ni pun, pemimpin dahulu kena laksanakan amanah, berlaku adil. Baru rakyat boleh taat setaat taatnya.

Ini, dah ditegur pun masih lagi tak buat.
Dah cakap pun tak nak dengar.
Dah nasihat pun tak makan.
Hantar surat, tak mahu dibaca.

Apa lagi usaha yang rakyat masih ada? 

Tunjuk perasaanlah jawabnya. Baru nak faham.

Adakah ini dianggap sebagai kesalahan dan tidak taat?

Pemimpin, kakinya antara syurga dan neraka.

Jika lurus jalan kau bawa, syurgalah pengikut-pengikutmu.
Jika silap langkah, nerakalah pengikut-pengikutmu. Nauzubillah..


Wallahua'lam. Wasalam..

4 comments:

wala' said...

kemah abe iq kito

Ibnu Mutalib said...

dalam islam ada caranya syeikh..
rujuklah kisah2 sahabat, itulah rujukan terbaik.
jiwa mereka dah rasa sentuhan didikan nabi saw..

wallahua'lam

Ariffah9 said...

setuju! prnh brbincang dgn orang yg tak stuju dgn revolusi.. :)

faiq zaini said...

wala:
x skemah abe motivator la.. kah3

ibnu mutalib:
radiallahuanhum..
btol tu syeikh.
alangkah indahnya jika kita pon dididik sedemikian rupa..

arifah:
ni buah fikir org stahun jagung je ni.
jgan tpengaruh sgt.. hehe..

tq all.