Wednesday, April 27, 2011

Pilihanraya : Siqah dan Izzah

Rabu, 27 April 2011.

Salam..


Pilihanraya Persatuan Mahasiswa Irbid (PERMAI), Jordan akan berlangsung dalam dua tiga hari lagi. PERMAI, persatuan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Irbid, Jordan. Semenjak nama-nama calon dikeluarkan secara rasmi sampailah sekarang, banyak sungguh kontroversi-kontroversi dan isu-isu timbul.

Time macam ni lah kita lihat tindakan dan perangai semua pihak. Calon tarik diri. JPR dikata tak telus. Sistem pilihanraya tak relevan. Yang dah mula kempen awal. Kroni. Macam-macam. Kuasa demokrasi katanya..

Apa-apa pun, saya sangat respek orang-orang yang bertindak dengan matang dan bijak. Dan juga silence is not an option. Salut..


1. Pemimpin: Siqah dan Izzah ciri utama.

Saya teringat ketika mesyuarat Intelectual Quranic Generation Club (IQRaC) semasa di DQ satu ketika dulu. Ketika dulu lah sangat. Baru dua tahun lepas. Tengah-tengah orang lain rancak bangun mencadang dan menyokong nama yang layak menyandang jawatan, bangun sorang sahabat kita ni,

"Ana bukan nak cadang nama. Tapi, sikitlah sebagai peringatan kita semua. Sapa-sapa pun yang akan naik jadi pemimpin kena sedar. Kita sebagai pemimpin ada dua perkara. Satu, Siqah. Dua, Izzah.

Siqah itu kepercayaan. Orang percaya kita boleh memimpin mereka.

Izzah itu kemegahan. Ada maruah kita yang tidak boleh digadaikan semata-mata untuk menawan hati dan undi pengikut. Ikutlah yang benar.

Ingatlah dua perkara ini."

Dia duduk. Orang lain semua senyap. Terkesan dengan kata-kata beliau. Saya panggil Abe Ja (Faizal), orang Kelantan. Sungguh bernas dan mantap. Tidak disangkal lagi, bekas peserta pidato kebangsaan.

Saya sangat setuju dengan Abe Ja.

Tapi siqah ni macam-macam orang tafsir.

Orang baik sikit kita panggil siqah.
Orang pakai baju melayu kita panggil siqah.
Orang pakai tudung labuh kita panggil siqah.

Yang saya paham, siqah = orang percaya. Kalau betullah fahaman saya tu, maksudnya penggunaan perkataan salah di situ. Pelik..

Contoh. Saya siqah dengan abang Sahel (bukan nama sebenar) untuk naik jadi Presiden PERMAI. Maksudnya, time Sahel pakai baju Melayu je saya akui dia pemimpin saya. Time dia main bola, pakai seluar track, baju t-shirt saya tak hormat dia. Tak nampak dia sebagai pemimpin kalau dia main bola.

Kalaulah siqah itu terletak pada pakaian SAHAJA..

Apa-apa hal pun, pemimpin kena siqah (orang percaya) dan mempunyai izzah sendiri.


2. PILIHanraya: Pilih pemimpin kita. Rugilah kalau ikut saja.

Adat manusia, ada orang suka, ada orang tak suka. So, tak adalah peliknya kalau time pilihanraya gini banyak fan page promote baik-baik pasal calon. Walaupun, kita tahu tak adalah dia baik sangat, etc... Tapi, bertindak matang! Orang lain sokong dia. Kita tak sokong jangan buruk-burukkan dia.

Saya like je semua page yang ada. Baca. Baik buruk kita fikir la sendiri. Hehe

Walaupun, ada orang menang politik dengan jatuhkan lawan, kita jangan ikut. Cara tak matang ni kita jangan ikut. Tak macho lah brader..

Pangkat bukan matlamat kita. Tapi faedah bersama yang kita nak capai. Kalau dia lagi baik, kita kalah, apa salahnya kita pun sama-sama sokong? Sinergi namanya. 1+1=3

So, PILIHanraya kuasa di tangan kita. Pilih orang yang kita sendiri nak. Lagi cantik kalau pilih yang benar dan sesungguhnya, yang mengikut jalan Allah itu sentiasa benar JIKA betul caranya. Bukan setakat tengok siapa yang popular sekarang. Ikut orang saja, memang rugi.


Ulya, kiri sekali. Sahabat yang baik, juga salah sorang calon tahun ni.
Lokasi: Wau Cafe, Glasgow, Scotland.


3. Tak ada jawatan, kerja tak jalan.

Selalu sangat tengok budaya sebelum dan selepas pilihanraya negara kita sendiri. Sebelum election, macam-macam janji ditabur. Itulah, ini lah. Dah lepas menang, dua tiga benda saja buat. Dari? Berpuluh-puluh janji masa kempen dulu.

Itu kalau menang. Yang kalah? Senyap saja.

Tak hairanlah kalau sikap ni ada dalam mahasiswa-mahasiswa kita. Contoh depan mata pun macam tu. Gitu lah jadinya pengikut.

Tak ada jawatan, tak ada kerja, hati senang.

Saya pernah minta dekat abang saya, Faidhi sesuatu yang boleh dikolaborasikan bersama antara PPIM dengan MMJ. Memandangkan saya ada lah position dalam MMJ buat masa ni. Rasa bertanggungjawab pula. Jawapan beliau sangat membuka mata saya.

"Dah ada jawatan baru nak buat program ye?"

Pendek tapi memang betul.

Apa salahnya, tak ada jawatan pun kita bagi sumbangan? Nak tunggu ada jawatan baru nak buat kerja memang patutlah muka sama saja yang jadi ajk kalau ada program. Bila fikir balik, mahasiswa itu sendiri satu tanggungjawab. Sebagai orang terpelajar, ajarlah orang yang tak berpeluang untuk belajar.

Benefit others saya kira dah jadi lumrah hidup kita. Orang jadi baik kita dapat faedah. Cuba kalau orang keliling kita jahat, habis kita hidup pun tak senang. Nak keluar rumah kena kejar orang gila ke.. Kena pau duit ke.. Mana aman hidup gitu.

Kawan kita paling dekat. Kubur lain-lain pun, dalam rumah bilik sebelah-sebelah. Kalau dia main api, bilik dia terbakar, bilik kita pun terbakar sama.

Cakap sikit pun dah dapat pahala. Kita tahu, tak cakap, dosa. Sama-sama kawan pun nak mencegah dengan hati ke? Lemahnya iman kita.. Kata nak berPERMAI hingga ke syurga. Orang lemah iman dengan kuat iman sapa yang masuk syurga? Jahanamkan orang lagilah, not an option. Pandai-pandailah fikir..

Selalu orang tunggu dapat jawatan baru nak jalan benda-benda berfaedah buat orang lain. Bila fikir balik, bunyi macam naif lah. Memang itu sebenarnya tugas kita sebagai manusia. Barulah kelas pertama!


Muka-muka harapan masa depan.
Gambar ketika program 'Write the Future' : Pengalaman berharga.


"Awak tahu anak-anak orang Cina, India yang study oversea buat apa bila balik cuti di Malaysia? Keluar duit sendiri, masuk dalam masyarakat, buat kerja amal, bagi manfaat dekat orang. Padahal belajar pun pakai duit sendiri. Balik cuti tapi tak cuti.

Anak orang Melayu, balik cuti pergi  Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan segala jenis tempat nak bercuti. Pakai duit biasiswa."

-Pesanan Dato Mashitah Ibrahim semasa Kursus Bina Minda di Amman, Jordan bulan-bulan lepas.

Memang betul. Kenapa kita sangat pentingkan diri?

Abang saya kata, budak-budak medic Ireland, UK balik Malaysia selalu minta nak join program PPIM. Budak medic Jordan tak dengar pula.

Dah tiba masa kita merasai erti hidup pada memberi. Bila lagi?

Sapa setuju angkat tangan macam saya... Tak de lah.


Selamat mengundi warga PERMAI.


Wallahualam, Wasalam..

12 comments:

Anonymous said...

sekadar berkongsi.

kakak2 twinning program ireland kat sini (pmc), balik mesia buat sharing. jauh2 dtg dr island ke seberang perai semata2 nak mengingatkan adik2 yg diorang x pernah kenal.

:)

Raihana Nazri said...

Wah.

Faiq Zaini sekali saja sebulan blognya diupdate, tapi kualitinya. MasyaAllah

Kami cuba cari siqah n izzah. Kalo ade salah silap, mohon ditegur.

Anonymous said...

terbaik punya

JPR PERMAI 2011/2012 said...

Salam..

Setuju2. Lama kita tak sembang matang kan? haha.. Rasa macam tertutup dah skrng. Aku lah.

PR? Pengalaman baru buat aku, dan semua..

Semoga selamat semua.

Salam Abdullah said...

tak ingat nak sign out.

haha..

faiq zaini said...

anom:

bagusnya depa.

tapi, memg tu y slalu alumni mana2 institusi buat. what i mean dlm entry ni, kita masuk terus in comunity. let them know, ini hasil y mereka nantikan..

anyway, syabas to kakak2 ire..

faiq zaini said...

raihana:

sebulan sekali je termampu. haha

segan ana..

anom: maseh..

faiq zaini said...

JPR:

alamak. jpr kasi komen direct! hahaha..

sale:

ak x matang lg le..
sedak dok ngiro undi? keh3
tahniah le..

Abdul Munir Sanusi said...

Calon Timbalan Pengerusi 1 MMJ. Tiada syak lagi. Sekian, terima kasih.

Raihana Nazri said...
This comment has been removed by the author.
ainshams said...

salam. best! KOW~
http://mataamatberharga.blogspot.com/2011/04/exam-oh-exam.html

faiq zaini said...

abg mun:

sy pon nk kempen gop abg mun. keh3..
kalau ditaklifkan apa salahnya.

k ain:

tq for reading k ain.