Thursday, May 5, 2011

Aiskrim Pop lagi best dari K-Pop

Khamis, 05 Mei 2011.

Salam..


Cuaca Jordan tak menentu la ni.. (loni) Semalam sejuk hari ni panas. Semalam 15, hari ni 30. Poning den. Tak boleh aku panas-panas ni, darah cepat naik. Sejuk pun tak leh, tido je karang. 

Respect sungguh dengan pak arab yang tengah buat bangunan kat u tu. Time sejuk angkat simen, time panas angkat simen.. Kalau time pose nanti diorang terus je kerja, memang patut kasi diorang la amek medic. Nampak diorang lagi rajin daripada student nak datang u tiap-tiap hari.

Aku dah mula rindu dengan cuaca Malaysia. Tiga minggu lagi nak balik.


Disebabkan cuaca yang panas, aku memang suka balik naik coaster direct sampai rumah sekarang ni. Kalau 10 minit lagi kena tunggu pun sanggup. Malas nak tukar naik teksi panas-panas gini. Kulit jadi gelap pun masalah bro. Awek-awek nak mamat-mamat korea je sekarang ni. Tak dapat k-pop, i-pop pun jadi. 24:7 aku tak kenal.  Jangan tanya. Wat malu ja..

p/s: Sekarang nih aku tengah menyiasat. Member aku kata ada budak 24:7 tu budak sekolah agama kat somban dulu. Any hint?


Tapi bagi aku, panas-panas gini, layan ais krim pop lagi best la dari k-pop. Keh3.. Marah leteuw.. 


Honestly, aku pun tengok jugak 'Running Man' kadang-kadang. Suka tengok Jae Suk wat fumble. Tolol sungguh mamat tu. Tensen aku gelak.. 

Apa-apa hal pun.. Kakak-kakak di luar sana jangan obses sangat le. Mamat-mamat arab akak tak jumpa lagi. Lagi macho dari korea yang tomey-tomey tu. Sedih aku tengok kawan-kawan kena reject pasal muka tak cukup korea. Aku ni tak pe la. Ada mix korea.. Aniyongsayooo.... :))


Ok. Ok. 

Bagi aku, muka tak korea pun tak kisah. Tak perlu nak buat plastic surgery segala.. Gigih sangat.. Tapi kena la sejuk mata memandang.. Ye dak? 

Tapi aku lagi pentingkan dua benda ni.


1. Memahami

Apa-apa kerja manusia ni ada sebab dia. Makan sebab? Lapar. Tido sebab? Mengantuk. Dia pakai baju kemeja datang kelas tiap-tiap hari panas-panas gini sebab? Ada interview. Jangan kutuk dia. Support dia. Kesian tiap-tiap hari fail interview. Haha

Point di sini. Orang yang memahami ni bagi aku memang aku sangat-sangat suka. Dia tak skeptik dengan orang. Orang yang dia tak kenal tak ada lah nak dia nak kutuk-kutuk. Kenal pun, tak pula dia nak heboh-heboh kalau tahu orang buat silap. 

Bukan senang nak cari orang yang faham kita. Minat tak semestinya faham. Cinta kalau tak faham merana. Tahu nak kawin je, porak peranda. Apsal kawin pulak? Okok.

Ha.. camtu lah. Contoh, kawan tak faham kita. Macam mana dia nak support kita? 

Cara nak jumpa orang yang faham kita? Kita pon kena lah jadi orang yang memahami. Hehe..



2. Independent

Bab ni, lebih kepada maturity yang aku faham.

Apa-apa berlaku dia boleh handle. Relax. Memang cool dan macho lah. Kalau tak boleh pun, mintak tolong orang lain dengan tenang. Tak adalah rasa terbeban orang nak tolong.

Memang best kalau ada orang macam ni. Kadang-kadang kita tak sempat nak tolong, dia dah settle kan semua kerja-kerja. Kita tak sempat buat, dia dah siapkan. Tak perlu nak mengadu kat kita itu ini. Ada member sekerja gini memang best. Nak buat kerja pun rasa rajin je.

Contoh. Kita balik rumah malam-malam lapar, bini ngadu bawang tak ada, minyak tak ada, telur habis.. Kedai runcit depan rumah je. Katakan lah laki ni doktor, penat. Bini pulak? Suri rumah sepenuh masa..
Inconsiderate.

Lawa ke.. Comel ke.. Keje satu hapa tak leh harap, apa kes?

Apsal laki bini pulak ni? Okok

Cara nak jumpa orang yang independent? Kita pon kena lah jadi independent. Hehe..
p/s: indie indie pun, jangan jadi kera sumbang sudah lew..



Ok. Sekian saja dua posen dari saya..
Update yang laju saja. Pasal ada orang complain aku update sekali sebulan. Hehe
Itu saja.. Ini bukan tips-tips mencari boipren atau gelpren ye.. 

Apatah lagi nak cari pasangan. Orang dah kawin ramai. Mintak je consult diorang. Hadis nabi pun banyak dah bagi tips. Korek je.


Wallahua'lam. Wasalam..

13 comments:

shark_boyz92 said...

dr atas smpai bwh ak dpt fham satu je. cepat2 la kahwin. keh3

:::KHALIFATULLAH::: said...

salam..org minat korea sbb cerita dye kot.24:7?? ayat qur'an ke..surah annur ayat 7?hmm..insan tersirat dsbalik kes itu.

Ariffah9 said...

Santai.. :)

Independent. Best tu..

faiq zaini said...

sharky boy:
kt tngah2 tu x bce.. kah3.
ni pasal jenis pop2 la.

khalifatullah:
hmmm... mayb kot.

arifah:
maseh..

|nurhidayah| said...

oh,sggh pantas berita ni tersebar.hmmmmmmmmmm.

24:7.

taktau nak ckp apa.speechless

W x Y said...

haha.. thumbs up!
lenkali msukkan skali nm gulagula.
bt geli je org melayu pkai bj xckup kain. bajet korea sgt la 2.

apa pn sme pdpt ngn shark_boyz92.. kawen je yg phm nya... hahaha ;)
nais wan! ;)

anah samsudin said...

setuju aiskrim pop lagi sedap dari kpop..haha =P

fenomena meniru identiti bila dirasakan apa yang ditiru tu kononnya 'cool'dah jadi semacam lumrah kot sekarang ni..huhu

W M Najib said...

ana tahu point enta,

satu je,

nak cakap pasal kahwin,

kan kan kan?

haha

~hilmi~ said...

dayah:
snarnya bukan nak cte pasal tu..aiseh.
n still tkejot lg ni..

WxY:
jgan caye ngan bdak jerung tu. keh3..

anah:
kalo betei2 kool ok gak. ni da mcm karipop. hehe

najib:
tade.. tade..
tajuk aiskrim pop. mne de tles kawen. haha

faiq zaini said...

aik hilmi..

gigih sangat tolong balas komen. haha

zulaikha said...

like sangat komen najib..huhu

~hilmi~ said...

kuajja faiq guna akaun aku..buat2 x bersalah la plk..isk2..

faiq zaini said...

kak zul:
najib gatei. jgn caye.. keh3

abe mi:
maceh..