Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Kali Ini

Rabu, 03 Ogos 2011


Salam alaikum..


Fuh~ Fuh~ *tiup habuk. bajet..

Bulan Ramadhan datang lagi.

Tahun ni tak dapat rasa berpuasa kat rumah. Tahun lepas sempat seminggu, lepas tu raya. Dua tahun lepas, seminggu sebelum raya dah kena fly datang Jordan. Ada juga la puasa di rumah. tapi tahun ni tak ada. Langsung.. sedih.

Entah kenapa rasa agak sunyi tahun ni. Mungkin mengenangkan nasib diri di perantauan agaknya. Ayat klasik.. Mungkin pasal tahun ni housewives balik agaknya. Eh, bukan! House mates balik. Tinggal sorang-sorang je nanti. Tapi tak apa.. Plan cuti nampak sudah ada bayang-bayangnya. Hehe

Tadi sempat berbuka dengan kawan-kawan sepermainan. Tambah pula dengan nasihat-nasihat abang long a.k.a penulis bakal jutawan Irbid, Hilal Asyraf. Sapa tak kenal..

Alhamdulillah.. Dapat semangat. Time terawih pun teringat-ingat. Sampai terpaksa stop 4 rakaat je. Tak mampu nak concentrate lagi dah. *alasan

Biarlah saya zahirkan dalam entry ini. Harap tak lupa..



1. Bersyukur dapat masuk Ramadhan




Pejam celik pejam celik, dah banyak kali kita masuk bulan Ramadhan. Kalau saya, dah 20 kali. 20! Rasa apa bila dah masuk?

Seronok? Best? Raya dah dekat?

Rasa sayang.. Haa rasa sayang! Rasa kasih sayang tuhan.

Bulan puasa ni penuh dengan rahmat dan keampunan. Pintu keampunan terbuka luas. Rugi sangat tak masuk. Tambah, pahala berlipat-lipat ganda. Kalau ditakdirkan jumpa malam Al Qadar lagilah.

Kita dalam bulan-bulan sebelum ni banyak buat dosa, pahala kurang. Taubat pun belum lagi. Doa pun jarang-jarang..

Tapi, Allah nak juga kasi ampun sama kita. Bagi kita jumpa Ramadhan. MashaAllah...

"Alah.. tahun depan ada lagi."

Sapa kata Ramadhan tahun depan untuk kita? Ada? Belum tentu.

31 Julai lepas, sehari sebelum Ramadhan saya dapat berita bekas guru sekolah saya dulu baru meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Tercampak juga ana bila menerima berita tersebut. Rasa sangat-sangat bersyukur bila dipilih lagi jadi tetamu Ramadhan tahun ni.

Bersyukur satu hal. Tapi, kenalah manfaatkan sepenuhnya bila dah dapat. Ada peluang ini, gunakan sebaiknya.



2. Puasa adat, Puasa ibadat




Kalau kita perasan, tiap-tiap tahun kita puasa. Apa yang difikirkan bila kita mula puasa? Qiam? Quran? Baju raya? Kuih raya?

Dulu-dulu selalu orang kata, tak puasa tak leh raya. Memang niat nak mendidik anak-anak puasa. Tapi lama-kelamaan, raya secara tak langsung jadi keutamaan budak-budak.

Semalam, saya saja duduk-duduk sambil menikmati air cond Masjid Universiti Yarmouk. Sini tengah musim panas. Tempat ada air cond memang macam syurga. Hehe..

Saya ternampak lima enam orang budak-budak tengah menghafal Quran dalam masjid. Lepas Zohor sampai Asar. Dekat-dekat 4 jam juga lah. Non stop. Berhenti kejap-kejap je main dekat-dekat air cond. Mereka tengah cuti sekolah sekarang ni. Nak nangis rasa.

"Kenapa lah Ramadhan aku tak macam ni time kecik-kecik dulu."


Tapi kan..

Masa Ramadhan boleh terawih sampai 20 rakaat, bulan-bulan lain sepatutnya tak ada masalah lah nak solat kat masjid rasanya.

Masa Ramadhan boleh habis 30juz baca Quran, bulan-bulan lain kadang-kadang sampai seminggu tak pernah  duduk buka Quran.


Bila fikir balik, dah jadi adat dah puasa kita ni. Boleh kata, tak ada kesan. Na'uzubillah..


3. Berbekallah dengan takwa

2:183

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al Baqarah : 183)


Kenapa agar kamu bertakwa?? Kenapa bukan agar kamu bersyukur ke.. Berfikir ke..

Kerana puasa melatih kita erti taqwa. Sesuatu yang memerlukan kejujuran antara hamba dan tuhan.

Boleh jadi kalau selalu tak solat, orang perasan. Zakat orang kutip, kita tak bayar kantoi. Puasa banyak cara nak batalkannya. 

Dalam bilik saya memang ada sebotol air mineral atas meja. Balik kelas awal daripada house mates yang lain. Duduk rumah sorang-sorang. Boleh jadi tengah musim panas ni. Otak pun dah pening lalat. Pergi teguk air senyap-senyap. Sapa tahu? Haa.. Tapi saya tak buat la kerja tu. Setan pun tak ada nak hasut. Na'uzubillah..

Nak ceritanya, puasa ni mengajar erti taqwa kepada Allah..

Bak kata salah sorang sahabat, taqwa ni ibarat kita berjalan diatas jalan yang dipenuhi duri. Kain diangkat takut koyak terkena duri. Langkah pula perlahan dan berhati-hati takut tertusuk dek kaki

Begitulah kita dalam bertaqwa. Berhati-hati dalam kehidupan. Buat yang disuruh, tinggal yang dilarang.


Wallahua'lam.. Wasalam.

p/s: semangat balik berblogging. harap kekal lama. tak kekal pun, harap entry jarang-jarang ni bermanfaat.

2 comments:

sara said...

selamat memenuhi bulan Ramadan ni dengan amal ibadat. Let's make this one the best

Ariffah9 said...

Suka dengan cara bahasa berkongsi..

teruskan ^^