Sunday, May 22, 2011

Harga Sehelai Ilmu

Ahad, 22 Mei 2011.

Salam..


"Sapa nak jawab soalan ni? Faiq? Boleh jawab?"

Aku berdiri. Tertidur lah pula time Geografi. Cikgu Eshah ngajar. Budak lain semua tengok aku.

"Faiq ni.. cikgu tengok macam malas sikit lah."

Sekali kena tegur macam tu. Berdiri sorang-sorang. Orang lain pandang. Serius malu.

Sapa suruh tidur time bincang soalan.. Bodoh.

..................................................................................................................


Benda ni berlaku masa aku form 1. Memang tak nafi aku selalu tidur dalam kelas time dulu-dulu. Baru masuk asrama. Tidur 1 pagi.. 2 pagi.. Paling awal pun 12 tengah malam.

Bukan buat apa. Kadang-kadang senior ajak pergi bilik. Aku pun tak faham apa yang best sangat cari masalah junior dua tiga pagi ni. Rasa hebat kot.

Yang paling aku ingat, kena ragging first day lagi aku sampai.

Aku tanya senior tu "Budak-budak form 5 semua duduk floor ni ke bang?"

Terus dia letak hanger kat tengkuk aku. "Budak ko cakap? Berani ko."

Alahai lah... Aku ni asal Kelantan. 'Budok' tu bagi aku 'student' lah bengap. Baru nak belajar kecek luar. Apa lah brader nih. Aku nak beramah mesra dia tunjuk samseng..

Tak kan lah 'duduk floor' tu pun kau nak terjemah duduk atas lantai? Noob.

Dia suruh aku ambil botol kosong tiap-tiap bilik, isi, naik hantar balik. Tiap-tiap malam. Balik dorm karang nak kemas-kemas katil, locker. Nak sembang dengan kawan lagi. Mana tak tidur lewat.

Pasal tu kot aku selalu ngantuk dalam kelas. Hehe.. Salahkan orang.



Mungkin niat mamat tu baik, nak didik adik-adik. Tapi, cara kena betul la. Kalau nak tunjuk samseng pun, at least you should have something yang orang boleh ikut, boleh respect. 

Aku respect je senior yang duduk pau megi junior, tapi scorer jangan cerita. Add math 99. Saje cikgu tak bagi 100. Kang inferior cikgu nak mengajar.

Sorang ni, basuh baju sekali sebulan. Tu pun kalau ada junior tolong basuhkan. Tapi main basket punyalah hebat. Apek-apek pula dok panggil dia sifu.


Tapi sampai sekarang aku tak tau nama mamat tu. Tak pernah pula dapat hadiah cemerlang. Naik stage ambil medal pun tak ada muka dia. Taiko taik ayam. Memang aku tak nak ingat pun. Haha

Aku yang kena sound dengan Cikgu Eshah yang baik, jarang marah orang pun boleh naik stage, dapat no 2 dalam batch akhir tahun tu tau. Poyo kejap..


Terima kasih Cikgu Eshah. Mak yang ambil berat, Ustazah Noraini. Cikgu Haslinda yang baik. Ustazah Epuziah yang banyak bagi nasihat. Cikgu Samat yang dah 3 tahun jadi cikgu kelas.

Dan juga semua cikgu-cikgu, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, teachers, madame, monsieur, sensei, kaunselor dan juga coach, Mr Kau Wai Ping.

Selamat Hari Guru.



Kawan-kawan, jangan lupa nilai sehelai kertas bertulis ilmu. Walaupun sehelai kertas.


1. Orang Berilmu Lain Caranya


Lain caranya orang berilmu dengan tidak.

Orang tak berilmu nak duit? Curi. Paling cikai, pau budak. Keh3
Orang berilmu? Mintak ler baik-baik..

Teringat tadi ada orang muda, sihat lagi, lelaki mintak duit dengan aku. Badan dah la lagi besar. Nampak macam aku pula yang lagi tua. Nak bagi pun segan. Kalau budak-budak comot tepi-tepi jalan tu boleh la tahan.


Orang tak berilmu nak perempuan? Rogol. Orang tangkap, pukul, masuk penjara.
Orang berilmu? Kahwin. Tiap-tiap malam happy. Tak kena tangkap, tak kena pukul.

Orang tak berilmu nak tunjuk kuasa? Selak kain orang. Cakap kemain, tak ada lesen.
Orang berilmu? Nuh, tanah runtuh kat Hulu Langat nuh. Dia yang sampai dulu.


2. Ilmu Ada Ego dan Maruahnya


Ilmu ada nilai dan harga diri. Jangan perlekehkan.

Walaupun dah bergelar pelajar medic, bukan dengan semudah memetik jari boleh jadi doktor.

Baca, lupa. Kenapa selalu bila baca kita lupa?

Adat manusia. Mana ada orang baca tak lupa. Bukan senang untuk memiliki ilmu. Perlukan usaha.

Tetapi ingat..

Jangan mimpi nak menguasai ilmu dengan mudah, hanya dalam beberapa hari. Walhal, orang yang pakar mengambil masa beberapa tahun baru berjaya.

Walaupun diberi anugerah ingatan yang kuat dan juga pemahaman yang cepat, jangan cepat mendabik dada kawan-kawan. Jangan lupa, ilmu juga ada maruah dan egonya. Tidak akan tunduk kepada orang yang sambil lewa dan tidak hormat padanya.

Persis seorang perempuan yang sempurna dan tinggi maruahnya. Hanya boleh dimiliki lelaki yang ada harga dirinya. Bukan semua orang boleh memiliki.


Allah tidak kejam. Siapa yang usaha, dia berjaya. 


Wallahua'lam. Wassalam..

9 comments:

Anonymous said...

Pergh!..no 2 batch..tahniah!..hrmm..setuju,bkn senang nk cari ilmu..niat tu yg pntg..yg kota nak keberkatan ilmu bkn skore dpt exam je..

P/s:errrr..aku plh cemerlang pon no 30++ batch..huhu

Loqo

-iNtaN- said...

the two points strike me~

nice one~

faiq zaini said...

loqo:
30 kisas no 1 la skolah aku. ces

intan:
:)

|nurhidayah| said...

faiq.


asik2 dlm post ade ckp psl prempuan,kawen.kawen,prempuan.

dh xlame ke?


ops!

faiq zaini said...

dayah: ops!

Harishah Halim said...

suka :)

Nurmulya said...

best2...betul tu..ilmu bukan sahaja ada egonya..tapi ilmu pun ada perasaan dan hati..kalau kita ngadap buku...tapi kita tak bape suka subjek tu then rasa ngantuk..mesti nnt ilmu tu boleh merajuk ngan kita..
>tq for this post..=)

faiq zaini said...

harishah: :) maseh..

nurmulya: welcome. ilmu majuk.. hehe

MERAH said...

salam, setuju sgt dgn "org ilmu lain caranya". dari situ dah blh tahu org cam mana.

Seberapa pentingkah solat kepada kita?

Kekasih bukan suami bukan tuhan

Usah biarkan perasaan itu berlalu pergi