Friday, November 6, 2009

Saya Murtad?

5 November 2009, 12:15 am
Salam..


Saya marah..
Saya sedih..
Saya kecewa..
Saya tertekan..


“Oh, murtad dq.”
“Keluar dq.. Murtad.”
“Ni la budak murtad.”


Murtad? Siapa murtad? Saya? Anda hukum saya murtad? Siapakah anda?


Maaf. Anda tahukah apa maksud murtad? Sebagai seorang muslim tahukah anda maksud murtad sebenarnya di sisi Islam?


Boleh kata orang murtad sewenang-wenangnya? Menggunakan istilah murtad dengan selamba. 


Siapakah anda? Seorang ‘alim tetapi memilih untuk menjadi jahil? Cermin diri..


Mari kita bersama-sama ulangkaji:


Murtad :
Asasnya, ini adalah satu perbuatan menentang. Seseorang yang murtad ialah yang meninggalkan Islam dan menjadi pengkhianat kepadanya melalui anutan baru atau perbuatan. Hukuman bagi murtad adalah mati.


Allah SWT berfirman : ertinya : "Barang siapa kafir kepada Allah sesudah ia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang-orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar".....(16:106).


Ya. Saya tahu. Murtad dq..
Apa yang dimaksudkan orang yang mengungkap perkataan ini adalah keluar dq.


Sedap di mulut yang berbicara tetapi pahit di hati yang menerima. Siapa sangka? Anda memang tidak bertimbang rasa. Pada saya, murtad adalah keluar dan mengkhianati serta menentang.


Saya memang telah keluar dari Darul Quran. Saya akui. Namun, mengkhianati dq atau saudara-saudara di dq tidak sama sekali. Apatah lagi mahu menentang mereka. Jauh sekali mengkhianati Al Quran atau menentang kitab suci itu. Segenap isi masyarakat di Darul Quran masih lagi bertakhta di hati saya.


Bayangkan selama beberapa hari bersua sahaja..
ada sahabat saya yang sanggup berlapar untuk saudara..
ada sahabat saya yang sanggup tidur di atas tanah demi saudara..
ada sahabat saya yang sanggup di hina demi saudara..
ada sahabat saya yang sanggup ditempelak, dimaki kerana saudara..
air mata yang gugur hanya kerana saudara..
kerana ukhuwah dibina..


Ini yang saya saksikan sendiri selama 2 minggu kami diorientasi. Masih tiada lagi orientasi seumpama ini saya temui di tempat lain. Belum pernah. Memang membina ukhuwah yang mantap antara kami. Saya sendiri mengalirkan air mata, merasa manisnya ukhuwah yang terpelihara.



 Minggu Haluan Siswa dan Orientasi.


Masih lagi berhubung dengan sahabat-sahabat di sana. Sohaib, Pian, Wan Pian, Fahmi dan sahabat-sahabat lain.


Saya memang merindui Darul Quran..



Masjid Darul Quran.


Tetapi, begitu dangkalkah sarikata dalam fikiran sehingga perkataan murtad juga harus digunakan? Banyak lagi perkataan lebih sesuai untuk golongan ini. Keluar dq.. Bekas dq..


Maaf, saya pasti anda orang yang berilmu apabila dapat mengungkap istilah murtad.


Tetapi.. Awas!! Apabila terasa semakin banyak ilmu di dada, semakin bongkak diri terasa. Perlukah bersikap begitu? Bukankah semakin banyak ilmu yang di teroka semakin kerdil diri di sisinya? Atau adakah ilmu dimiliki masih belum cukup untuk mendidik diri dan hati? Ilmu tanpa pehamanan sebenar umpama ular yang akan mematuk tuannya di kala si empunya alpa.


Saya amat sedih dah kecewa..


Katalah saya dengan apa yang anda mahu. Tetapi janganlah suatu hari anda akan termakan dengan kata-kata sendiri.


Saya ada rancangan sendiri..


Ustaz reda anta pilih jalan sendiri. Selagi anta masih bersemangat untuk istiqamah dan sabit anta akan berjaya. Jangan tukar identiti,” pesan terakhir Ustaz Syuaib, murabbi kelas tasmi’ sebelum saya melangkah meninggalkan bumi barakah, Darul Quran.


Insha Allah.. Saya akan ingat. Saya telah berjanji akan berusaha menghabiskan hafazan saya di Jordan.


It’s very pity for you to choose this hard path compared to us. Anything happens just remember my bless is always with you dear. Hope to meet you again.” Mesej terakhir saya terima daripada Teacher Maznah. Dia yang sentiasa mendorong saya dalam tempoh saya berbolak-balik fikiran semasa membuat pilihan.


Saya dapat restu dari ustaz-ustaz dan guru-guru saya. Saya dapat sokongan sahabat-sahabat walaupun ada yang masih kecewa dengan tindakan saya. Saya tidak menghasut mana-mana pihak untuk menyertai saya. Saya lalui proses yang sah. Maklumkan kepada ustaz. Mintak restu. Hantar surat kepada pengarah. Betapa sukarnya setiap langkah-langkah dilakukan. Hanya kerana cinta dan rindu kepada ketenangan dan barakah Darul Quran.


Namun, pilihan yang dibuat bukanlah jauh menyimpang dari matlamat menjadi seorang hafiz. Insha Allah saya akan laksanakan walaupun bukan di Darul Quran. Cuma mengejar impian sejak kecil bergelar doktor perubatan. Masih berhasrat meghafaz Al Quran.



 Quran sentiasa dihayati, disemat hati.


Sahabat-sahabat..


Hanya yang turut merasa dapat memahami..
Betapa susah menempuh tohmahan dan hinaan tanpa dorongan di sisi.
Betapa hati ini disakiti.
Betapa diri kerdil ini dimaki dan dicaci.
Sungguh hanya boleh menyepi diri.
Tiada niat beralih sisi.
Hanya merealisasi sebuah impi.
Harap semua faham mengerti.
Bantulah hamba yang lemah berdiri.
Hanya yang turut merasa dapat memahami.


Saya rindu Darul Quran..


Semua ini saya anggap sebagai cabaran.
Cakaplah apa yang hendak dilontarkan. Bagus. Biar ikhlas..
Terima kasih kepada insan-insan yang menyedarkan diri.
Peringatan kepada diri supaya sentiasa istiqamah dan sabit.

22 comments:

~zakiy~ said...

1st

Anonymous said...

ni aku naim....
aku baca melalui blog ZAKIY...
huhu..
bye..

haha said...

hebatnyaaa.
faiq kacak dan beriman.
huhu.
jgn sedih oke?
relax saja..

.:.nurhidayah.:. said...

1st time aku dgr komen bdk dq-->ex-dq
ermmmm...berat jgk.well,ppl wanna see da proof,if u really wanna be hafiz.

xkesah la ko berenti separuh jln pown kt dq,tp niat dlm hati maseh membara.

dat's da challenge.btw,KITE SEMUA mmg dtuntut utk hafaz quran.

tp,jgn niatkn dlm hati darul quran adalah TMPT PERSINGGAHAN sblm dpt mana2 tawaran scholarship.

dats a mistake.

the road is never a sweet one,but full of thorns

bcoz

al-jannah is so far full of pleasure(beyond imagination)

LuRveHaTeR said...

'Dan kami pasti akan mengujimu dgn sdikit kelaparan,ketakutan,kekurangan harta,jiwa & buah2an.. Dan smpaiknlah berita gembira kpd org2 yg sabar.(iaitu) org2 yg dtimpa musibah,mereka akan berkata, ~~innalillahi wainna lillahirroji'un..~~
>>al-baqarah 155-156<<

LuRveHaTeR said...

Allah maha pemurah & maha mengasihani.adakala hidup ini dlalui dgn plbgai himpitan,mslh,ujian..nmun,kita x ksorgn dlm mhadapinya..allah itu kan sntiasa ada?!!mndgr rintihan kita..
>>just do what's best 4 urself..org len tataw pe yg ade dlm ati kte..But Allah knows..just ignore the disturbance..okie??gud luck!! (n_n)

a M i e said...

where there's a will, there's a way..
insya Allah

faiq zaini said...

salam~

zakiy: 1st reader. i know.. haha..

naim: ur opinion?

mr haha: i'm okay. tq..

lurvehater: shukran for ur advice. sangat2 memerlukan. yup, i'm not alone.. zakakillah..

amie: tq for support.

faiQ nabiL said...

kadang-kala ujian yg datang tu kita kene terima dgn hati yg tabah dan sentiasa berlapang dada..
mungkin hanya kita yg faham dan Allah yg tahu terbek utk kita..
ramai jer kt bumi jordan nih dah masuk dQ keluar atas alasan mereka sendiri..
sekiranya bagi diri sendiri rasa itu yg Allah mahu tunjukkan..
kene kuat..
tidak perduli lah apa kata org..
bukannya kita buat bnda jahat pun kn??
mula2 nih jer org bising..
nnt senyap jer tuh..
paperpun bittaufeq buat pendatang baru..
jgn segan2 berkenalan dgn saudara2 irbid..bittaufeq

~zakiy~ said...

yep..
murtad is a hrsh word 2 use..
we cn even cut da head woever being murtad!!
its not being use in da ryte stuation, ryt??
smehow chill bro..
hman lyk dis always ere in dis wrld..
yet, we cnt mke evry1 satisfied..
in fact, it is imposible!!
dnt hesitate wit da step dat u t8..
doesnt matter whch path dat u t8, as long as it is based on Islam..
keep moving along k..

'our true dstnation is 'there', n 2 reach it there's millions of ways'

W M Najib said...

sabar jela faiq
ak tak faham betul kenapa orang yang berlatarbelakangkan keagamaan boleh cakap kau camtuh je
orang-orang macam ni la bawak gambaran buruk dekat orang-orang agama yang lain.
thts why
sometimes people dislike religous people.
bkan ape
approachmnt salah.
takpela
kelemhan manusia
marilah same2 muhasabah diri.
takperlu tggu title belajar agama baru nk sebarkan agama Allah
kalau nak harapkan glongan ustz n ustzh je
smpi ble islam tak tersebar
:)
skian

*berpesanpadadirisendiri!

nsyaz said...

salam...
em,juz wanna giv some opinion..

juz do da best 4 urself in da rite way..juz igore wat others said..as long as u sure wat u do is rite,juz go on with ur decision...

n don't judge a book by its cover...org yg bkate 2pun kluar dq jgk...sama je...maybe dye juz nk bgrau but wrong word used...suma org buat slp...

lastly,juz stick 2 ur decision n pggla pd prinsip as long as ianya x btntgn dgn syariat Allah...innAllahama'ana...
wassalam

Ir@Dr E_one said...

salam mahabbah fillah....
xda pape la faiq....
juz some block...
nk smpai pncak blok knela pnjat blok 2...
tp nk pnjat bkanye snang...moga2 mung dapatla pnjat blok 2 dngan snang...brbekalkan nikmat yng diberi...

wassalam...
bittaufiq wa nnajah...
barakallahufik...

faiq zaini said...

salam~

akh faiq nabil: shukran. saya rasa lebih bersemangat. alhamdulilah..

zakiy: tq. right! people has their own thoughts and ideas.

wm najib: fardu ain atas semua muslim belajar dan mengamalkan serta menyebarkan agama. right, semua orang ada kelemahan. our responsibility to complete each other. tq..

nsyaz zaiza: hmm maybe bergurau. tp ada batas dan masanya. insha allah i'll do my very best. shukran..

Ir@Dr E_one: dr or ir ni? insha allah kita sama-sama berjaya. shukran..

budak sedih said...

wa..respect2..len kali cte la mse mashmallow party,ni diam jek..

btw,ak tertarik ah ngn dq..slma aq kt msia aq xpenah taw..
jahil kn?huhu..

bila jauh kt joden bwu nk amik taw permata2 kt bumi sndiri..bpk rugi..

n sal murtd 2, sory rr kalo aq ade join jgk ktok2..=]

faiq zaini said...

salam~

budak sedih: da sume org nak cite.. sape nk dengar. kne la ak jd pendengar setia..

nway, masih blom tlambat. x look to past. masih ad peluang.

ahmad ashraf zafrullah said...

salam faiq, a fantabulous blog! love it! keep on d gud work! jgn. riso, acteli rmai jer orang yg. bleh ngapal qur'an not at DQ.... yg penting, displin n determination.

erm... nabi Muhammad ngapal qur'an 23 years kot... n he became d "living qur'an"!

may Allah bless u!

fiqhmedic said...

La Tahzan, Bro,

The journey is still far away and long ahead. No one can definitely say what he or other people will be.

So far, I've witnessed many of those so-called 'Syaikhul Islam of DQ' lead miserable life during their undergraduate life & afterwards even though they finish their memorization.

The most important thing is your own self determination & purely IKHLAS to ALLAH in whatever you decide & do. Insya-ALLAH, ALLAH will be with you & guide you along the way.

Whatever they say, I know who you truly are. Because you're my GREAT LITTLE BRO. I'm always at your back.

Ma'at Taufiq wan Najah!

Anonymous said...

salam...
terharu dgr luahan hati awk...
namun ada hikmah d sblk kejadian...
teruskan hafalan awk tu...
doakan saya dapat masuk dq gak...

Anonymous said...

salam...
lupe nk ckp sy ni hanis...
sy yng anta comment terbaru

faiq zaini said...

salam~

akh asyraf zafrullah: thanks for reading. n also ur support. really appreciate that.

bro faidhi: insha allah.. thanks for ur advice. i feel motivated. tq brother.

hanis: shukran. jazakallah..

lin said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,ut聊天室,情色遊戲,情色a片,情色網