Friday, November 20, 2009

Penangan Hedonisme

20 November 2009, 1.07 pm
Salam..

Kadang-kadang saya terkeliru dengan istilah hedonisme..
Bak kata cikgu sekolah rendah dulu, hedonisme ni maksudnya.. selfish. Er.. Btol ke? Tak pasti sama ada salah dengar atau saya dah hanyut masa tu. Saya hangguk je la. Budak baru belajar katakan.

Rupanya salah.

HEDONISME itu ringkasnya satu fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonismelah yang melanda generasi belia kini. Ia menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat menjadi negara maju.

Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh Barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup ‘happy go lucky’, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas dan sebagainya adalah termasuk dalam tabiat ini.


 Concert. Sangat-sangat mempengaruhi jiwa remaja.

Secara purata, golongan muda remaja terutamanya mahasiswa dan mahasiswi adalah kelompok yang terkeliru, terperangkap dalam gaya hidup ala-ala hedonisme ini. Mengapa?

“Alamak, bukan dosa pon. Kuno betul kau ni.”
“Biasa la bro. Lepak-lepak pon kitaorang study beb.”
“Relak-relak la.. Ko aphal sebok-sebok?!”


"Jamming". Menjadi kegilaan zaman sekarang.

Wahai rakan-rakan remaja sekalian..

Hargailah masa mudamu. Muda hanya sekali. Jangan menyesal di kemudian hari.
Perkara yang kita selalu rugi dan tidak pernah rasa menyesal.. MASA,” Hilal Asyraf, penulis dan motivator terkenal Irbid, Jordan.

Terlalu singkat masa kita untuk bersuka ria tanpa mengingat dunia dan kemudian hari. Mengapa?

Singkap kembali masa silam..

Berapakah umur anda sekarang?
17 tahun? Sudah 17 tahun masa berlalu.
20 tahun? Sudah 17 tahun masa berlalu.
Wah, tak rasa apa-apa. Dah remaja dan dewasa nampaknya kita..
Berpuas hati dengan kehidupan kita? Apa yang telah dicapai?

Jika belum, mengapa masih bersenang-lenang? Enjoy sana-sini.

Kalau sudah, tahniah!! Anda hebat. Jarang sekali muda-muda sudah berjaya.
Namun, setakat ini sajakah matlamat anda? Tidak mungkin begitu kecil cita-cita anda.

Saya faham. Tidak bermaksud untuk menjadi skema dengan mengharamkan semua jenis hiburan. Namun, berpada-padalah. Contohilah cara Rasulullah berhibur. Baginda juga bersenda gurau dengan sahabat-sahabat, bermain-main dengan isteri, baginda pernah bergusti, malah berkejaran dengan Saidatina Aisyah. 

Hiburan sekadar menceriakan suasana dan hati tiada masalah. Malah diharuskan kita sentiasa gembira. Namun, cara dan kaedah hiburan masa kini yang setengah-setengahnya agak melampau perlulah dielakkan.

Sahabat-sahabat..

Muda adalah anugerah. Bukan nikmat untuk disia-siakan. Ternyata, imbas kembali perjuangan nabi sanjungan kita, Muhammad SAW yang tulang belakangnya adalah syabab-syabab yakni remaja-remaja. Begitu mempercayai momentum dan sinergi yang ada pada remaja, sehingga segala potensi yang dimiliki mereka ditagih sepenuhnya oleh Rasulullah dalam perjuangan.

Kita luar biasa! Bukan sekadar boneka kemewahan dan kesenangan dunia.

Rancanglah langkah kita sebaik-baiknya. Demi kesejahteraan hidup di kemudian hari. Juga demi nasib agama kita Islam yang semakin dinodai..

Fikirkanlah nasib agama kita yang semakin dinodai sekali-sekala apabila bersenda-gurau dan berbual-bual bersama rakan-rakan. Apa salahnya.

Benar, pada akhirnya Islam akan menang.

Rasulullah bersabda..
“ Akan senantatiasa ada segolongan dari umatku yang tegak memperjuangkan kebenaran, dan mereka tidak akan terpengaruh dengan orang-orang yang memusuhi dan memerangi mereka“.(HR Muslim).

Namun, perlukah kita menunggu hari kemenangan yang dijanjikan tanpa berbuat apa-apa?

Tidak mahukah menjadi sebahagian dari golongan yang dimaksudkan baginda?

Dengan bangganya kita berteriak, “Allahuakbar.. Allahuakbar..” pada hari kemenangan tersebut. Insha Allah.
Namun, apakah jasa kita untuk meng’claim’ diri sebagai sebahagian daripada orang yang menang pada hari tersebut?

Layakkah kita?



Muslimah Hizbut Tahrir Indonesia (MHTI) mengadakan Aksi Remaja Peduli Masa Depan. Dalam aksi itu mereka mengutuk gaya hidup hedonisme dan liberalisme yang merasuki mental dan moral remaja.

6 comments:

budak sedih said...

mantap

ms dr.nisa-to-be said...

berhibur tiada salahnye..
cume perlu sifat qanaah..
:)

Salam Abdullah said...

Ya syabab, hayya ilal Islam,

ana_teem said...

salam..buah fikiran y menarik.tingkatkan usaha demi kebangkitan Islam.

secara mudahnya, hedonisme juga difahami sebagai hiburan yang melampau.

fatnulhasanah said...

kbtln skg tgh cri info sal hedonisme..
thanks..

Maya Dealove said...

hmm... betul tuh...
makin menjadi jadi...

agama seolah2 stakat ltak kat masjid n surau jerr skarang ni...