Friday, January 29, 2010

Kembara Jerash, Aqaba, Wadi Rum dan Petra

29th January 2010.
Salam..


Cuti Semester 1 bermula, 26 Januari - 13 Februari.


Setelah ditunda selama beberapa minggu kerana peperiksaan akhir semester, akhirnya berjaya juga jalan-jalan ke empat-empat tempat-mesti-kunjung di Jordan ini dilaksanakan.


Dengan ini, hampir keseluruhan tempat-tempat terkenal di Jordan saya jejaki bersama rakan-rakan Tahun 1 selepas Kubu Salahuddin Al-Ayubi, Laut Mati, Gua Ashabul Kahfi, Amman dan Medan Yarmouk telah kami pergi terdahulu. Hanya beberapa tempat sahaja belum diterokai seperti Muktah dan Ajloun.


Nampak seperti terlalu terburu-buru nak habiskan semua dalam tahun pertama, malah semester pertama, tetapi inilah sahaja masanya untuk kembara bersama-sama dalam satu batch. Memandangkan selepas ini pelajar medic dan dentist akan mempunyai jadual masing-masing, rutin harian dan masa cuti masing-masing berbeza.


Trip selama 3 hari 26 Januari-28 Februari.



Jerash


Bertolak dari Irbid pada 8.00 am dengan dua buah coaster.


Sampai di Jerash pada 10.30 am. Destinasi pertama.


Sangat teruja dengan panorama yang indah sehingga kami terlanjur masuk tanpa membayar tiket. Haha.. Memang agak memalukan. Kami segera keluar untuk membayar tiket berharga 0.5 JD (RM 2.50) sahaja dan masuk kembali.


Jerash adalah runtuhan kota Gerasa pada zaman Greco-Roman. Destinasi pelancongan ke-2 terkenal di Jordan selepas Petra.


Tempat asal Nichomachus of Gerasa, salah seorang ahli matematik terhebat dalam sejarah manusia yang menghasilkan karya terkenal, Introduction to Arithmetic


 Arch of Hadrian menjemput kedatangan kami.
Di dalam ampiteater Rom.

Runtuhan kota dahulu.

Oval Forum


Habis meneroka Jerash pada 12.00 pm. Terus bergerak ke Aqaba.



Aqaba


Sampai di Aqaba pada 10.30 pm. Aqaba dikenali sebagai bandar terbersih di Jordan. Memang bersih. Pantai Aqaba pula sangat cantik.


Check in hotel. Sebab sangat lapar kami keluar makan dan jalan-jalan sekitar pantai sehingga pukul 2.00 am!


Suasana malam di tepi Laut merah.


Pagi 27 Januari, kami check out dan bergerak ke pantai. Snorkeling amat digemari kerana dasar Laut Merah sangat kaya dengan terumbu karang dan hidupan laut. Cuaca musim sejuk tidak menghalang orang ramai datang ke sini.


Pantai Aqaba.


Tengah seronok-seronok mandi, tiba-tiba ada beberapa orang terlompat-lompat keuar dari air. Ingatkan terpijak batu-batu tajam. Rupa-rupanya..


Landak laut!


Suasana seronok mandi manda terhenti seketika. Agak melucukan tapi kesian. Sebenarnya dah ada orang bagi warning tapi ingat main-main. Tu la padahnya. Haha..


Sebelum bertolak dari Pantai Aqaba.


Habis mandi kami makan seafood. Seafood memang mahal di Jordan. Ni first time makan seafood. Terlepas rindu ikan bakar.


Selesai, gerak ke Wadi Rum.



Wadi Rum


5.00 pm, sampai di Wadi Rum.


Lembah batu dan pasir yang mempunyai pemandangan yang cantik sehingga dikatakan sebagai Grand Canyon Middle East. Kami bercadang menikmati suasana sunset di sini.


Bergerak dalam kumpulan seramai 7-8 orang dalam trak pickup yang disewa dengan bayaran 25 JD (RM 125) sebuah, kami melaui perkampungan Arab Badwi dan gunung ganang.


Menaiki trak pickup menjadi kemestian meneroka Wadi Rum.


Pemandangan yang hebat dan mengujakan. Bagaikan berada di dalam filem-filem cowboy. Sungguh luas dan cantik. Tidak hairanlah menjadi pilihan shooting filem Star Wars.


Gunung ganang yang bertali arus.


Namun, agak mengecewakan apabila matahari telah terbenam sebelum kami sempat sampai ke puncak. Kami hanya sempat bergambar di sebuah kawasan yang agak tinggi sebelum balik.


Matahari tenggelam di sebalik pergunungan Wadi Rum.


Terus bergerak ke hotel di Petra.


Sampai di hotel pada 8.45 pm. Makan malam dan tidur.



Petra


Destinasi utama kami. Tempat pelancongan nombor 1 di Jordan.


Kami check out, sarapan dan bergerak ke pintu masuk Petra, 5 minit dari hotel.


Mula pengembaraan meneroka petra yang dikenali sebagai Red Rose City pada 10.30 am. Berjaya disenaraikan sebagai New Seven Wonders of the World pada 2007, Petra dipilih oleh BBC sebagai salah satu dari “the 10 places you have to see before you die”. Juga merupakan kota tinggalan kaum Tsamud.


Bermula dengan membayar tiket berharga 1 JD (RM 5) untuk pelajar, kami menaiki kuda ke pintu As-Siq. Berjalan dari pintu As-Siq. Boleh juga jika ingin menaiki kereta kuda.


 Kuda ni namanya Sara.


Suasana berjalan dalam As-Siq.


Dinding-dinding As-Siq ada salur air seperti longkang. Salah satu sistem pengairan zaman lampau. Di hujung As-Siq, kami sampai di Al-Khazneh. Pemandangan yang sungguh dramatik dan menggagumkan.
  

Al-Khazneh yang indah.


Kami berjalan lagi sehingga keluar dari lembah gunung ganang sehingga bertemu Al-Mudarrij, sebuah teater ala-ala colosseum yang boleh memuatkan 3000 orang.


Al-Mudarrij, teater zaman dahulu.


Tidak jauh dari teater tersebut, letaknya Urn Tomb. Ini adalah antara makam yang terbesar antara berpuluh-puluh makam yang ada di dalam kawasan Petra. Agak mengambil masa untuk kami memanjat naik dan meneroka makam tersebut. 


Urn Tomb, banyak pintu di dalamnya.


Kami menyusuri As-Syari’ Al-A’madah (The Colonnaded Street), dahulunya jalan pasar yang dibina puak Al-Anbat, sebelum diubahsuai semula oleh kerajaan Rom.


As-Syari’ Al-A’madah, lurus dan terancang.


Di hujung jalan tersebut, letaknya Qasr Al-Bint. Juga terdapat muzium dan restoran yang baru dibina untuk kemudahan pelancong.


Antara bahan arkeologi dalam Petra Archaeological Museum.


Seterusnya, kami mendaki gunung-ganang ke tempat terakhir di Petra, Al-Dayr di puncak yang agak jauh. Sesetengah yang agak keletihan memilih menaiki kuda dan keldai. Sesetengah yang mahu lebih mencabar memilih berjalan kaki termasuklah saya.


Tangga-tangga disediakan ke puncak.


Di sepanjang perjalanan, banyak cabaran. Beberapa kali hampir tersadung kaki, gayat dan sebagainya. Kami bertemu Tomb of Three Lions di tengah-tengah perjalanan. Juga berhenti sebentar di gerai di atas gunung.


Selepas 20 minit perjalanan, akhirnya sampai juga ke puncak, di mana Al-Dayr yang tersergam indah. Monumen yang terbesar di Petra. Tempat salah satu scene dalam filem Transformers 2.


Penat lelah mendaki terasa hilang apabila melihat struktur megah ini di depan mata sendiri. Alhamdulillah..


Al-Dayr, megah dan mengkagumkan.


Di hadapan Al-Dayr.


Berjalan keluar dari Petra mengambil masa hampir 1 jam. Sangat letih namun berbaloi.


Makan dan bertolak pulang pada 7.30 pm. Pengembaraan kami tamat tepat pada 12.00 am apabila sampai di Irbid.



Jauh Berjalan, Luas Pemandangan, Bertambah Pula Pengetahuan


Mengembara amat meletihkan. Namun, pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi sangat tidak ternilai harganya.


Sejenak timbul minat dalam hati saya untuk mengembara ke seluruh dunia dalam perjalan pulang semalam. Pasang niat. Pasang niat. InshaAllah..


Terima kasih kepada rakan-rakan terutamnya saudara Muhammad Naim Deraman yang telah bersusah payah merancang perjalanan 1001 makna ini. Tidak akan terjadi tanpa percaturan beliau. Barakallahu fiik.


Naim, kiri sekali.

Wallahua’lam.. Wasalam..

13 comments:

Wanie Azeera said...

nice post! wonder bila boleh jalan Jordan hehe (mahal :P)

btw, part yg sebelah tajuk tu ade undefined kan? ok, utk betulkan,

setting > Formatting > Then tukar Date header format dlm bentuk (cth) Friday,29 jan 2010

then tukar timestamp Format dlm bentuk (cth) Friday.January 29.2010

semoga dapat membantu :)

Najib Daud said...

asl gmba aku takde?
fine la.

fahmie said...

salam.. erm.. bapak best g tgk2 kesan tinggalan sejarah ni.. mengagumkan! xpe r badol,, xlame ag ad rezki mg ajok ag g kat nu etek.. haha

Mn Salam said...

jaulah quwais,, betul2, time kasih banyak2 tuk saudara naim. :)

Unknown said...

dalam muzeum dilarang tangkap gambar la...

err.

Unknown said...

salam~

Wanie Azeera: nanti ad la peluang tu.. owh, sgt2 mbantu.. tq banyak2.

W M Najib: eh.. nak jugak? yola2 nanti ak photoshop.. haha..

fahmie: hoho.. memg best pon. boley2.. roger ak kalo sapa sini..

Salam Abdullah: aiwa2.. trbaek..

SADIS: muzium ni tape.. hehe..


tq all.. ^_^

aishahawi said...

bestnye.. mesti terkesima kan tengok ciptaan Ilahi.. takpe2, nanti tibe giliran aku plak. btw, ko bagus sebab sudi share pgalaman.

Yaqzan Yazed said...

salam..
seronoknya dapat explore habis petra..
kami y "jelajah jordan trip" xdpt teroka habis, kerana kesuntukan masa utk ke tempat lain pula..
lebih2 lagi masa y diperuntukkan utk teroka petra pada hari semalamnya telah terlepas akibat kami terkandas lebih 3 jam kerana ribut pasir y amat kuat semasa on the way the petra..
papepun syabas buat sahabat2ku y mostest bestest! rindukan korang semua...
~ucapan~ terus selamat bercuti!=)

A wisher said...

macam best giler jer jordan!waa!!

anatilokman said...

beshh gile ad en korg .blaja smbil2 mlncong :) byk gile pglmn ley dpt :))

IMANNURBALQIS said...

jauh PERJALANAN, luas PANDANGAN...hayati & gunakn dgn cara yg terbaik..

Unknown said...

semoga sentiasa dalam redhaNya~ :)

Unknown said...

salam..

aishahawi: inshaAllah.. sila2..

YAQZAN YAZED: kne pg lg skali la kalo gitu. hoho..

syazana zahidah: come n see for urself lg bes..

anatilokman: yup2. bes2..

IMANNURBALQIS: inshaAllah..

fazlina: tq..

tq all for visit.. ^_^