Saturday, May 15, 2010

Guruku, Terima Kasihku..

15 Mei 2010


Salam..


Esok, 16 Mei. Teringat kisah dulu-dulu..


Masa sekolah rendah, mak selalu tolong kami buat hadiah. Kadang-kadang bungkus sabun lawa-lawa. Kadang-kadang buat kad. Kadang-kadang beli saja bunga.


Tapi, sebab adik-beradik sampa tiga empat orang, tambah lagi sorang nak dalam lima enam hadiah, banyak sangat kerja kena buat. Mak kami la jadi mangsa. Tapi dia tak kesah.


“Hormat cikgu tu penting. Kalau cikgu tak suka, macam mana nak berkat?” pesan mak selalu.


Bukan hadiah-hadiah tu diharap-harapkan sangat. Tapi..


Semata-mata untuk redha guru, halal ilmu.


Mak saya juga seorang cikgu. Dia faham.



Kurang Adab Berguru



Ini kena elak. Selalu sangat orang lepas pandang.


Tak bermakna pandai, boleh lawan cakap cikgu. Lebih sikit ilmu, tunjuk handal. Cikgu TERsilap sikit, terus diboikot. Apakah sikap ini?


Nak tunjuk handal sangat la kononnya. Dicarinya cikgu-cikgu sains sekolah rendah, nak berdebat pasal anatomi, fisiologi, mahupun histologi contohnya. Nonsense. Cermin dulu diri. Dulu, sains pun tak tahu apa.


Mana tahu membaca? Cikgu tahun 1. Prasekolah mungkin.


Mana tahu mengira? Cikgu tahun 1.


Mana tahu menulis? Cikgu tahun 1.


Habis tu? Patutkah bila dah besar, jumpa cikgu sekolah rendah dulu-dulu buat-buat tak kenal?


…………………….



Belajar di Negara Arab.


Mereka ni memang sangat-sangat bagus. Kalau lecturer tanya mesti jawab punya. Salah pun tak kesah. Tak ada orang nak gelak.


Sangat hebat.


Tapi yang tak tahannya bila ada orang rasa lagi hebat dari lecturer.


Saya agak terkilan dengan sikap pelajar-pelajar arab yang kadang-kadang kurang menghormati guru-guru. Bukan semua.


Perkara biasa. Dalam sepuluh minit nak habis lecture mula jadi macam cacing kepanasan. Pensyarah dah sampai tahap nak marah pun buat tak tahu. Lebih teruk, sampai ada yang berhenti begitu saja. Tak sempat habis.


Orang kata, mereka ni memang kasar sikit. Bukan macam Melayu, sopan. Semua Kecil-kecil. Pakai labuh-labuh. Peramah. Baik. Pemalu. Eh eh, tumpang lalu.. sopan gitu.


Tapi tak bermakna, tak boleh nak hormat lecturer.


Ini salah satu sikap tak patut dicontohi.


Senang cerita, sebelum berguru, belajar dulu adab berguru.


 Guru insan mulia.




Hormat walau Secebis Ilmu


Pernah diceritakan, cendekiawan Islam, Imam As-Syafie berhenti dari ceramah, turn dari mimbar apabila melihat seorang Yahudi hadir ke majlis beliau.


Lalu, didekatinya si Yahudu tersebut dan terus bersalam seperti sahabat yang begitu erat. Mempersilakannya duduk.


Kenapa?


Sebab si Yahudi tersebut pernah mengajar beliau satu ilmu. Cara membersihkan kencing anjing.


Ilmu yang mudah. Mungkin remeh sahaja.


Tapi bagi Imam As-Syafie, si yahudi tersebut telah mengajarnya ilmu. Secara automatik, dia seorang guru. Hormat itu perlu.


Tinggi nilainya seorang guru di mata Imam As-Syafie.


 pagiku cerahku,matahari bersinar
kugendong tas merah ku di pundak
slamat pagi smua ku natikan dirimu
didepan kls mu menantikan kami
guruku tersayang guruku tercinta
tanpamu apa jadiny aku
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal
guruku terima kasih ku
nyatanya diriku kadang buat mu marah
namun segala maaf kau berikan
slamat pagi smua ku natikan dirimu
didepan kelas mu menantikan kami
guruku tersayang guruku tercinta
tanpamu apa jadiny aku
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal
guruku terima kasih ku
nyata diriku kadang buat mu marah
namun sgala maaf kau berikan
guruku tersayang guruku tercinta
tanpamu apa jadiny aku
tak bisa baca tulis mengerti banyak hal




guruku terima kasih ku



Khas buat semua cikgu saya, di SK Alor Bakat, SK Pak Badol, SK Melor, SMAP Labu, DQ, INTEC, JUST dan juga semua yang pernah mengajar saya. Tak kira formal atau tidak.


Tanpamu apa jadinya aku..


Walahua’lam. Wasalam..

6 comments:

Filza Zaini said...

nice wan~~~ huhu
tringat memory silam... huhu
~_^

Filza Zaini said...
This comment has been removed by the author.
Ariffah9 said...

salam,

ha'ah pernah baca buku abdul latip talib ttg imam syafi'e..

sgt menghormati guru :)
wpun hanya mngajar sdikit ilmu..

Anonymous said...

my ringing tone...pgku cerahku...hik3..nice song..penuh mkna tersirat..jazakumullahu khairan kathiran utk semua guru2..

akiraqeela said...

best laaaah post nie


salam faiq :)

hnyhar said...

betul tu faiq, terharu baca entry faiq ni..alhamdulillah..mak ayah faiq mesti bahagia bila menyedari anak mereka sgt menghormati guru2nya.

semoga berkekalanlah sifat mahmudah itu hingga akhir hayat faiq..kerana, learning is a longlife process..it never ends.

barakallah!