Sunday, August 1, 2010

Saya Anak Mak dan Ayah

31 Julai 2010.


Salam


Lega rasanya dapat pindah ke rumah baru. Alhamdulillah, semua barang dah angkat. Buat majlis solat hajat, makan-makan sikit-sikit semalam. Tapi lupa pula nak ambil gambar. So, tak adalah gambar majlis tu nak dikongsi di sini.


Nak cari rumah ni bukan senang. Kena pusing-pusing tempat sama dua tiga kali dengan bawa kamus bahasa arab, ambil nombor telefon sana, ambil telefon sini, ada salah faham sikit dengan syarikat cari rumah, dan macam-macam lagi. Last sekali dapat rumah ni. Walaupun mungkin ada masalah sikit dengan bil air. Tapi, saya puas hati dengan respon kawan-kawan.  


Terima kasih banyak-banyak sebab datang walaupun ada yang sibuk dengan exam lagi esoknya. Thanks for compliments.




Nak Lentur Buluh Biar Dari Rebung




Ok. Dulu-dulu saya tak faham-faham apa maksud lentur ni. Kenapa buluh? Susah sangat ke kerja tu? Saya sebenarnya, bukan suka sangat bersastera, berperibahasa. Apatah lagi bersajak macam kawan saya, si hazen ni. Ada peribahasa yang saya pakai, ada yang saya kurang setuju.


Fikir punya fikir memang betul “melentur buluh biarlah dari rebungnya” ni. Buluh ni keras. Bukan senang nak bengkokkan. Silap step nak lentur boleh patah. Jadi, kenalah mula dari kecilnya lagi. Mula dari rebungnya. Bila dah besar terus saja membengkok.


Sama juga dengan manusia. Dari kecil kena bagi asuhan dengan betul. Silap ajar jadi kurang ajar. Betul?  Bukan tak boleh nak ajar bila dah besar. Boleh, tapi susah. Bila dah besar, jiwa dah remaja, nafsu pun dah tahap kuda, terpukul sikit lari rumah jadinya. Dari kecil ajar, inshaAllah tak ada masalah.


Saya sebenarnya ternampak seorang ayah sedang lepak-lepak dengan anak dekat masjid tadi. Tengah-tengah sembang-sembang, ayah dia suruh tasmi’. Tasmi’ tu maksudnya baca Quran secara bertalaqi. Talaqi tu pula baca berhadapan dengan guru secara ‘lutut bertemu lutut’. ‘Lutut bertemu lutut’ tu pula.. haish.. face to face orang kata.


Ok.. ok.. balik cerita asal. Pak cik tu suruh anak dia baca Quran. Dia dengar. Si anak tu pun bacalah dengan perlahan-lahan. Ayah dia tegur, “Kuatkan suara sikit”. Si anak ni pun bacalah dengan kuat sikit.


Saya terharu. Teringat zaman dulu-dulu, masa mak dan ayah saya ajar kami mengaji ramai-ramai lepas maghrib. Nasib baik kecil-kecil mak ayah dah ajar, kalau tak memang saya tak pandai baca Quran. Mak ayah saya punya sistem, sebelum darjah 6 dah khatam baca dengan mereka. Sebab lepas UPSR dah masuk asrama. Bila lagi nak ajar? Hebat mak ayah saya sebenarnya. Memang betul cara tu.


Dalam hal didik anak-anak ni, saya respect betul Negara Jepun. Ada satu post yang digelar family consultant terlibat dalam memberi nasihat dalam membesarkan anak-anak. Khidmat mereka bukan dicari oleh keluarga, tapi mereka sendiri mencari keluarga-keluarga yang mempunyai anak dan memerhati perkembangan asuhan anak-anak tersebut.


Nasihat mereka bukanlah selalu diterima semua ibu bapa, tapi tugas tetap diutamakan mereka. Begitulah pentingnya generasi-generasi muda seawal bayi pada pandangan mereka.


Mereka rata-ratanya bukanlah Islam. Tapi tahu sahaja menjaga anak sebaik-baiknya. Malah lebih elok dari sesetengah ibu bapa Islam walaupun hal tersebut memang diwajibkan ke atas semua ibu bapa.



Sesungguhnya Abu Hurairah menceritakan bahwa Nabi bersabda,
"Tidak ada anak yang dilahirkan, kecuali dilahirkan atas kesucian. Dua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi sebagaimana binatang itu dilahirkan dengan lengkap. Apakah kamu melihat binatang lahir dengan terputus (hidung, telinga, dan sebagainya)?"



"Sungguh kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baknya."
Surah At-Tin, ayat 4.


Lebih memalukan, kes-kes mendera anak, lebih teruk membuang bayi amat berleluasa dalam kalangan umat Islam di Malaysia, dengan lebih tepat orang Melayu. Saya lebih suka untuk menyandarkan, perbuatan-perbuatan tersebut kepada orang Melayu, bukan orang Islam kerana Islam tidak pernah mengajar perbuatan-perbuatan sedemikian rupa. Minta maaf.


“Religion is not culture. And culture is not religion. Becoming a Muslim doesn’t mean you Arabise or Pakistanise yourselves,” kata Dr. Tariq Ramadhan ketika diminta mengulas mengenai Islam di UK.


Begitulah jua dengan beberapa perkara salah yang dilakukan sesetengah bangsa. Janganlah menghukumnya atas dasar Islam walaupun dia adalah seorang Muslim. Ini tidak adil. Ajaran adat resam adalah berlainan dengan ajaran agama walaupun ada persamaan contohnya dalam segi menyuruh membuat kebaikan.



 Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang akan mencorakkannya.




Kenapa Mak tak Suruh Dulu?



Saya ada seorang kawan. Mula-mula jumpa masa dekat DQ tapi tak pernah tegur masa tu. Sebab course lain. Lagi satu selalu lepak-lepak dengan member dia yang dah habis hafal.


“Kerek sungguh mamat-mamat ni.”


Tak ada lah. Gurau.. Gurau.. Sebab mereka ni dah habis. Agak jealous di situ.


Time interview saya jumpa dia ni lagi, bilik interview sama.


Masuk preparation dekat INTEC, jumpa dia ni lagi, bilik sama pula tu. Tengok jadual, kelas sama la pula, MEJ 1.


Dekat Jordan, rumah pun sama. Dah pindah masuk rumah baru ni, ada juga dia ni.


Dari dulu asyik sama saja..


Tapi ada satu benda tak sama. Dia hot. Ramai da try taqdim tapi tak dapat. Taqdim tu cop maksudnya. Nama beliau tak perlulah saya sebut. Hehe..



Saya selalu dengar orang cakap,

“Apsal la mak aku tak hantar masuk tahfiz. Kalau tak mesti aku pun hot macam Sale.”

“Rugi la aku masuk MMTD. Kalau masuk MTS mesti dah masuk 30 juz dalam kepala.”

“Apsal la ayah aku tak hantar masuk RMC. Kalau tak mesti dah tough badan aku.”

“Apsal ayah aku tak campak aku kat laut dulu. Kalau tak mesti dah pandai berenang.”

Macam-macam lagi.



Saya pun kadang-kadang terfikir benda sama. Suka sangat menyesal benda-benda yang dah lepas. Tak bagus sebenarnya. Lagi teruk nak salahkan asuhan ibu bapa.


Sebenarnya, tiada cara yang khusus nak didik anak-anak. Tak ada pula patut hantar masuk sekolah mana-mana. Semua ikut aturan mak ayah masing-masing dan kehendak anak-anak.


Lupakan masa lalu. Fikirkan masa depan.


Kalau kita dah terlepas peluang. Jangan biarkan generasi masa depan menyesali perkara yang sama.

Kalau kita terlepas nak bergelar hafiz seawal usia remaja, asuhlah anak mengaji sejak kecil.
Kalau kita rasa susah nak baca paper atau buku, ajar anak membaca benda berfaedah sejak kecil.
Kalau kita rasa rugi tak belajar berdebat di zaman sekolah dulu, suruh anak masuk team debat di sekolah.


Saya respect sungguh ayah kawan saya tadi. Menurutnya, ayah dia bukanlah seorang yang arif dengan Quran, juga bukan seorang hafiz. Tapi dia hantar anaknya masuk sekolah tahfiz. Dengan hasrat agar anaknya menjadi hamlatul Quran yang berbakti kepada masyarakat, seorang doktor pula tu. Ini contoh bapa mithali. Seorang ayah yang berpandangan jauh.


Ramai orang fikir kenapa tak bermula dari dulu. Sedikit orang fikir kenapa tak bermula dari sekarang. Lagi sedikit orang berfikir kenapa tak bermula sekarang untuk masa depan.



Lenturlah sejak kecil.




-Catatan untuk masa depan.



Wallahua’lam. Wasalam..

10 comments:

Asif said...

hehe..
all d best faiq in the future,,

bile balik>? semalam dgn kelmarin hanzalah n afiq dtg dq, konvo.. nta ada x masa raya nnt?

depa kata nk wat reunion..

Anonymous said...

kalau di sekolah dulu, ustaz selalu sebut.
nak jadi ibu yg baik, kena bersedia 10 tahun lebih awal.

jadi, kalau baru nak bersedia sekarang, bila baru boleh jd ibu?

tepianmuara said...

tulah.

kalau aku perempuan, mmg aku try gak Encik X nh. Tp, xde 30 juzuk dalam dada.. memang melepas laa..

cis.

Anonymous said...

kawan tu memang kena ada 30 juzuk dalam dada je baru terima nak buat bini? melepas adik aku!

..BADO.. said...

puhhh!!
hot giler mamat tu..
haha..xpe2..bangga dapat kwn2 yg hot ni..baek2 belake plk tu..time kaseh tuhan atas kurniaan kawan2 yg terbaekk ini trmsklah si bado ini..
haha..maaf la faiq klu x suka org panggil nama mu sbgitu..tp sumpah sdap..BADO D HATIKU..hihi..

Unknown said...

salam..

Asif: p kaba? oh, memg ad plan nk gi. tp sini ada summer sem la. 30aug ni baru smpai msia.

lpas trikh tu bley kot buat reunion.

oh lg 1, mabruk alaikum.. da grad masing2.. alhamdulillah..


anom Sunday, August 01, 2010 12:44:00 PM: kalo nk jd bapa lg lama kot. hehe..

tepianmuara: anda org ke-981745164 y ckp gitu. hahaha..

anom Sunday, August 01, 2010 7:43:00 PM: eh, x tau la plak syarat2 nye. ni kna tnya beliau sndr.

..BADO..: bado tu memg baek. gua pon knal dia. "-_- -kurangasamsungguhsapayangkomenini-


tq all :)

Anonymous said...

bado pn hot jgk.

Mn Salam said...

Salam..

Saya sahabat kepada Faiq dan Encik X tu. Menurut pemerhatian saya, saudara Faiq sebenarnya lagi hebat dan hot berbnding Encik X yang banyak lagi benda yang dia kena belajar.

Disini pun jelas yang saudara Faiq ni sangatlah berfikiran bagus dan merendah2kan diri.

Ilmu dan pengetahuan itu bermakna apabila diamalkan. Hebatnya seseorng lebih bergntung pda amalan n prbuatannya. Ni pndangn saya.

Penumpuan kepada untuk mmperbaiki diri itu adalah lebih baik dari menyesalkan kesalahan yg lewat.

Sama2lah kita berlari mengejar bnda yg pasti. InsyaAllah.

p/s - Saudara Faiq lebih hot dari encik X. Sungguh! haha

pencinta..bado.. said...

encik bado ttp dhati ku..

dua hot la en.salam yg dah kna taqdim..hehe..

Unknown said...

salam..

anom Monday, August 02, 2010 8:12:00 PM: bado mne plak ni?? "-_-

salam:
ore besa kmkj loni.
baco komen pon sjok ati.
x sio2 kawe ngundi.
jom kito samo2 berlari.
kah3..

pencinta... : pg la komen kt wall fb bado tu ke.. isk3.. ni bkan blog die.. kih3..

tq all.. jazakumullah..