Thursday, September 30, 2010

Cerita Hantu

30 September 2010.

Salam.


Hantu dan Melayu. Memang tak dapat dipisahkan. Banyak sangat jenis-jenis hantu orang bagitau saya masa kecik-kecik dulu. Langsuir ada. Bungkus ada. Raya ada. Pocong ada. Macam-macam. Tiap-tiap sekor hantu pula ada berpuluh-puluh cerita. Hari ni sakat anak dara, esok sakat budak, lusa sakat bapak budak.


Tapi musykil sungguh hantu-hantu ni dapat banyak sambutan. Kalah superstar dan segala mak nenek champion juara reality tv, walaupun sebenarnya tak ada apa pun yang nak dibanggakan dengan geng-geng mempromote suara sedap sikit dari katak tambah muka ratu cantik hutan belantara zimbabwe. Dulu diorang ni la yang dipuja-puja. Sekarang makhluk ‘hantu’ telah merampas takhta. Tapi nak cakap.. famous sungguh hantu-hantu ni.



Hantu beRaya


Mana tak glemer? Malam raya jangan pandang belakang. Raya pertama, congkak. Raya ketiga, jangan pandang belakang congkak pula. Raya keempat, cerita spesis tu juga. Sampai la raya ketujuh lapan, hari-hari ada cerita pasal hantu, santau, rasuk, bomoh-bomoh sikit-sikit pastu mati.


Walaupun tak lah begitu turutan intisari rancangan tv, tapi seingat saya memang tiap-tiap hari ada cerita-cerita seram dekat-dekat raya hari tu. Saya yang baru balik nak tengok-tengok tv lepas setahun tak petik remote tv ni terus tak ada mood.


Terus terang saya cakap, saya tak minat cerita hantu. Sebab, saya tak tahu apa moral saya nak ambil dari cerita ni. Tak tahu la penggemar-penggemar cerita-cerita genre ni sangat kreatif mengolah apa nak dijadikan pengajaran. Anda lagi faham kot.


Adik saya yang lapan tahun tu ada la juga tunjuk minat dengan cerita seram ni. Suka-suka je tengok dia cakap. Tapi sekarang, nak masuk bilik pun kena orang bukakkan lampu. Nak masuk sendiri buka lampu takut. Ada hantu. Tulah hasil didikan cerita hantu dan seram ni. Sapa nak tanggungjawab sekarang? Producer? Pelakon? Hantu?



Filem Kita, Mentaliti Kita


Sementara tunggu nak naik bas hari tu, saya ada baca-baca nst. Muka depan penuh dengan berita tentang polisi Malaysia dan juga teknologi baru seat pesawat tambang murah. Pada masa yang sama, akhbar-akhbar bahasa Melayu sibuk dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati yang dah dua, tiga minggu. Hari ni report jumpa pisau dalam parit. Esok report jumpa gelang dalam sungai.


Paper English ni tak perlu benda-benda sensasi.” Kata abang saya. Betul.


Kalau paper yang selalu orang baca pun dah nampak setakat nak jual kasi laris, tak fikir pasal pembangunan minda pembaca-pembaca, saya yakin kita masih seribu tahun lagi dibelakang masyarakat-masyarakat Jepun yang tiap-tiap hari baca buku dalam keretapi walau 2,3 minit dah sampai. Memang kita akan sentiasa pandang saja ke timur, tak mampu nak kejar kalau inilah minda masyarakat kita.


Bezakan sendiri, Cina dan India yang tak baca paper Melayu dengan orang Melayu yang tak dapat nak baca paper English.


Jangan jadi hantu masyarakat. 


Tapi yang saya nak cakap sini, saya terbaca satu artikel. Pasal filem kita yang akan terbit 2011.


Lebih sepuluh buah filem-filem baru bergenre seram akan keluar memekak di pawagam-pawagam seluruh dunia, err.. Malaysia saja. Lebih sepuluh, itupun yang dijangka meletup. Ada banyak lagi filem-filem seram kecil nak masuk padang. Makna, paling kurang, satu cerita seram mesti ada sebulan!


Astagfirullah. Semangat kehantuan ni makin menjadi-jadi.


Di saat orang-orang lain buat filem Wall Street, Invictus, My name Is Khan dan sebagainya lagi. Penuh dengan mesej-mesej kepada kaki-kaki wayang sedunia. Kita masih lagi berusaha nak kasi orang tengok cerita hantu mengarut ni. Dapat apa? Nak bawa masuk Indonesia, Thailand pun dah kena reject awal-awal inikan pula nak bersaing dengan filem Hollywood sana.


Hantu-hantu diorang lagi taiko la dari kita. Setakat jerit sana sini. Lari sana, lari sini. Pastu tangkap pakai bomoh. Habis cerita.


Baru saja nak keluar dari era bomoh, pawang pakai setan kepada doktor-doktor bertauliah. Kita hangat-hangatkan cerita hantu dan bomoh ni. Lapuk la. Tak ada modal lain ke cerita Melayu? Malu la sikit.


Kalau dulu, kencing manis pun kata kena buat orang. Kena strok pun kata kena santau. Padahal sendiri yang tak jaga kesihatan. Dulu kita jahil. Tapi sekarang, dah ‘alim kita nak jahilkan balik. Apa pasal?


Apa yang kita nak doktrin masyarakat kita ni sebenarnya?


Anak-anak kecik jadi penakut.
Santau, rasuk jadi cara penyelesaian sakit hati dengan orang.
Boleh jadi bomoh pun orang dah caya balik.


Mana faedahnya? Jumud dan hanyut!


Yang untung producer-producer dan pelakon-pelakon. Orang tak tengok, tak laku. Duit tak masuk maaa.. Yang ni confirm. Saya tak mahu cakap banyak. Kalau Islam, kamu telah menyebarkan dakyah yang boleh membawa kepada syirik. Kalau bukan, boleh bertanggungjawab kerana melahirkan masyarakat bebal dan juga berfikiran cetek? Jawab sendiri.


Juga tidak ketinggalan, Pameran Hantu yang diadakan Muzium Negeri Sembilan pada 2007 yang lalu. Masa tu saya masih belajar di SMAP Labu. Tiap-tiap kali pergi outing akan nampak muzium tu. Time tu memang ramai nak masuk muzium yang selalu lengang.


Ada-ada saja idea orang kita nak promote hantu ni. Alhamdulillah, pameran ditarik balik atas kerjasama KEKWA selepas ditegur mantan mufti, Dr Asri Zainul Abidin.



Mari Gerak Bersama


Banyak tujuan saya tulis blog.


1. Update dengan isu-isu semasa. Kalau tulis benda-benda lapuk, orang tak baca.


2. Jana idea. Sekurang-kurangnya, dapat keluarkan idea, walaupun sekarang sangat sempit masa nak tulis post.


3. Islah masyarakat. Islah tu ‘memperbaiki’. Cuma sedap didengar, saya gunakan Islah. Tambah lagi kita orang Islam, kita baiki ikut cara Islam. Bukan sekadar ikut fahaman bangsa atau negara.


Kalau ikutkan boleh saja merapu ikut suka, orang baca pun banyak. Ramai juga yang berpenyakit hati, langsung dicemuh post ilmiah. Semoga Allah beri hidayah. Tapi mengingatkan tujuan-tujuan ini, saya akan serius setiap kali menulis.


Sekurang-kurangnya inilah sumbangan saya, seorang nahasiswa buat masa ini. Sebelum melangkah ke alam kerja yang suasananya yang lebih terbuka dan mencabar.



Wallahua’lam. Wassalam..

11 comments:

Asif said...

Filem Kita, Mentaliti kita..

Setuju.. haha.. sabor jelah.. memang raya masa nk promote cite2 ngarut cmtuh..

siap cmpur2 lagi bomoh die, baca fatihah campur jampi lain.. fuh. ngarut betul..

Anonymous said...

filem kite mentaliti kite....yg tu ak mmg stuju...

NidzamYatimiRamli said...

faiq... setuju...

mentaliti kelas ke....-corot...

mari sebarkan pemahaman sebenar!

Unknown said...

betul2.
ade ke ptut tgah mlm2 raya tuh boleh plak cite tepekik sane sni.
buat memekak je.
kebanjiran filem seram melayu nih dh tahap kritikal.
budak2 dh rmai jd penakut dek cite2 cmni

macam mane la industri filem nak maju.

Unknown said...

salam..

asif: hantu pun nk raya katakan. '-.-

anom: tq.

nidzam: kena up budaya ilmu ni. hiburan x abes2 dgn modal pelik2..

amar: cerita melayu nak populariti katakan. x pekik pekik tak de benda laen dah nak buat saspen.

wallahua'lam. wassalam..

beruanglegend said...

assalamualaikum
pada aku cerita melayu yang dangkal itu menunjukkan sendiri mentaliti rakyat malaysia terutamanya melayu
aku secara jujur sudah bertahun-tahun tidak menonton cerita melayu secara sengaja
kalau tidak sengaja adala satu dua
memang tiada moral dan pengajaran bahkan tiada isi dalam filem mereka
imaginasi mereka pun nampak terbantut dengan pengulangan idea sama dan bab-bab jiwang yang sudah bosan dengan pelakon sama yang asyik-asyik muka dia
ada orang kata pada aku
cerita melayu ini macam kita masuk tandas duduk mencangkung
yang keluar itulah cerita melayu
tak dapat tidak aku agak bersetuju dengan kata-katanya yang agak kasar itu
2 kupang pemikiran daripada aku

hanis said...

xde button LIKE lak kat sini.
sokong sokong.
boring raye raye tayang cite hantu je. :)

Unknown said...

prof abul: y keluar tu crita? haha sian ko pok2 ye..

hanis: borin ngoh. x dop cte len doh.

Salam Abdullah said...

Salam..

Post terbaik. Em, btul tu abg Iq. Ambo pon dah xrasa nk tnton tv lgsg balik ari tu.


Filem Kita, Mentaliti kita.. Ambe pun nak stuju jgak lah. Budaya ilmu dalm msyarakat kita masih kurang.

Satu kekurangan yang perlu kpd pembaikan.

Mabruk..

Ariffah9 said...

filem Invictus :)

siap salin lagi ayat2 power dia..

im the captain of my soul, im the master of my fate..

woa

Unknown said...

abe le..
pewit..

arifah, tbaek kan?
"Forgiveness liberates the soul, it removes fear."